Monday, November 30, 2009

Kisah Seorang Pelajar

Salam Buat Semua,

1) F mula saya kenali 5 tahun lepas. Dia adalah antara pelajar 'kumpulan pertama' yang saya ajar.

2) Saya pernah 'GAGALKAN' dia dan dia berada di tahap pra-universiti selama 2 tahun, lebih setahun daripada kebiasaannya.

3) Subjek itu diulangnya semula. Hairan bin ajaib, ada banyak pilihan kelas juga tenaga pengajar yang boleh dipilihnya tetapi dia seperti 'berani mati' dan sungguh 'muka tebal' kerana mendaftar untuk berada di dalam kelas saya lagi. Percubaan keduanya berhasil dan melangkahlah dia ke peringkat ijazah dengan CGPA cukup-cukup makan, hidup segan tapi tak mahu mati.

4) Tahun pertama peringkat ijazahnya, dia tidak saya ketemu. Masuk tahun ke 2, kebetulan pula subjek 'major' pertamanya (Financial Management I) sebagai pelajar Perbankan dan Kewangan adalah dikendalikan oleh Mr. Fendi yang pernah menyebabkan dia lambat memulakan pengajian ijazahnya dahulu.

5) F sungguh bersemangat, setiap penerangan saya diberinya tumpuan maksima. Tidak pernah walau sekali dia gagal menghadirkan dirinya. Dia kelihatan 100% berbeza dengan F yang saya kenali sebelum itu. Semangatnya 'mencanak' naik seperti roket yang melungsur ke angkasa !

6) Saya sentiasa memerli dan mengutuk dia secara langsung andai ada perkara yang saya rasa perlu diubahnya. Jika ada benda yang dibuatnya kelihatan bagus dan berasas, saya tidak lokek untuk memberinya pujian. F mendapat 'A' untuk subjek tersebut.

7) F juga menjadi 'anak didik' seliaan saya untuk projek tahun akhirnya. Maka satu tahun terakhir pengajiannya di MMU adalah sentiasa berada di bawah 'kawalan' saya. Saya 'nampak' F ada potensi untuk berjaya. Kemahiran komunikasinya cukup bagus, pemikirannya matang lagi rasional, ideanya bernas dan penampilannya cukup ceria lagi beridentiti tersendiri. Sikapnya juga cukup humor dan sentiasa sedia dikritik. Saya yakin dia boleh berjaya di dalam kerjayanya di masa hadapan. Kerana yakinnya saya kepada beliau, sepanjang proses menyiapkan projek tahun akhirnya, selalu saya sisipkan kata-kata nasihat, berkongsi serba sedikit tentang isu agama, politik mahupun hakikat kehidupan di dunia ini. Saya rasa biarlah saya sedikit penat 'membuat kerja tambahan' asalkan saya dapat 'memandu' seorang manusia yang ada potensi untuk berjaya berada di landasan yang betul dan tidak terbabas arah.

8) F sudah tamat pengajiannya. Minggu lepas dia datang menemui saya untuk menjadikan saya sebagai 'perujuk' (referee) bagi permohonan kursus Sarjananya. 5 tahun lepas si F ini seperti pelajar yang menunggu masa untuk 'dihalau' keluar daripada universiti tetapi akhirnya dia dapat menamatkan alam ijazahnya dengan CGPA yang memiliki angka 3 dihadapannya. Kini dia ingin 'terbang' lebih jauh, menjadi pelajar peringkat Sarjana sambil memegang jawatan sebagai eksekutif muda di syarikat tempatan yang ternama.

9) Sungguh tersentuh saya apabila dalam 'diam' rupa-rupanya dia telah membeli dan membaca serba sedikit sebuah buku berunsur keagamaan yang pernah dulu saya syorkan kepadanya. Katanya, 'Saya beli Sir buku yang Sir sebut tu, sejuk hati baca.'

10) F juga berkata dia tidak lupa pesanan saya tentang sembahyang. Dengan tegas dia ulang kata-kata saya dahulu, 'Jangan sampai lupa pada Tuhan kan Sir!'

Neba2020: Terima kasih buat anak-anak muridku yang sudi untuk ingat dan hayati apa jua nasihat cikgu selama ini ....

4 comments:

mazneeta86 said...

salam sir..tersentuh n syahdu sungguh ayat2 sir..lepas sy dh abes nie,boleh la sir coretan utk sy pulak.hehehe..tu sy ckp sir bukan shj boleh jd lecturer tapi,ustaz pown layak.pendakwah bebas;) gud job sir.moga allah berkati n sir dpt membimbing ramai lagi generasi student MMU, ke jalan-NYA.AMEEN

Adeqq said...

macam ku kenal F itu.. urm... btw, u are great! ur advice, ur words and ur ideas make us think deeply.. tanks a lot my so-called-sir!~

Anonymous said...

sy bkn pljar sir..
tp sy ingnkn nsht mcm mane ingn
sy bgkitkn smgt blaja dan semue...
blaja mcm dah mkn jauh dr idup....
hdup tanpa pengisian ape2 yg berfaedah1

Anonymous said...

sy seorg guru..sy jg cb lakukan apa y saudara buat pd pelajar sy tp mereka tidak menghargainya..terasa sgt kecewa