Thursday, November 19, 2009

Kunci Kejayaan Minda

Salam Buat Semua,

Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni (penulis buku terlaris di Timur Tengah dan Indonesia - La Tahzan, Jangan Bersedih) di dalam bukunya yang berjudul 'Kunci Kejayaan Minda' meletakkan pembetulan niat dan fokus sebagai 'KUNCI PERTAMA' untuk kita menjadi manusia yang berjaya. Antara 'hikmah-hikmah' yang menarik untuk direnungi bersama:

1) Anda ingin berjaya? Mulakan cita-cita dengan niat.

2) Setiap perbuatan bergantung kepada niat. Oleh sebab itu, niatkanlah kebaikan dalam setiap amalan. Berikanlah manfaat kepada orang lain dan hindari daripada melakukan kejahatan.

3) Gerak kerja dan kesungguhan ialah usaha utama menuju kemuliaan, penawar untuk mengubati dirimu, terapi bagi penyakitmu bahkan dua perkara ini adalah asetmu.

4) Fokuskan perhatianmu kepada sesuatu pekerjaan, perdalami, tekuni dan cintai sehingga terserlah daya kreativitimu.

5) Hindarilah perasaan bosan, kerana perasaan jemu itu tidak mendatangkan hasil, manakala perasaan bosan tidak memberi kamu penghormatan. Sebaik-baiknya banyakkan bersabar dan tetapkan pendirianmu.

Neba2020: Niat yang baik balasan akhirnya adalah baik, niat yang tidak baik semestinya tidak akan direstui Tuhan, sempit dan kelam tidak menemui matlamat yang diidami ....

2 comments:

nurul said...

Amirul Mukminin Umar Al-Khattab ra berkata (yang bermaksud): 'Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: 'Sebenarnya semua amalan itu adalah (bergantung) pada niat, dan sebenarnya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barang siapa yang berhijrah kepada dan kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barang siapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin dia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin dia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang dia berhijrah kerananya'.'

Hadis ini termaktub dalam Hadis 40 susunan Imam An-Nawawi dan merupakan hadis yang pertama - menunjukkan peri pentingnya hadis tersebut.

Peristiwa di sebalik hadis ini terjadi ketika Rasulullah saw menyampaikan keinginan baginda hendak berhijrah dan mengajak para sahabat agar mengikutinya atas perintah Allah swt.

Credit to:http://cyberita.asia1.com.sg/mkomentar/story/0,6879,152845,00.html

Pandangan saya, sebenarnya, kita pun tidak tahu apa niat orang lain. Malah orang lain pun tak tahu apa niat kita. Hanya Allah lebih mengetahui.

Serahkan urusan keikhlasan niat ini pada Allah, tugas kita ialah berusaha untuk sentiasa perbetulkan niat dalam setiap apa tindakan kita. ;)

beruang putih said...

i like this piece of advice. thanks and keep it up!