Thursday, November 12, 2009

"Menantuku Layak"

Salam Buat Semua,

1) Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ke 4 Malaysia selalu dicerca oleh para pembencinya kononnya beliau mengamalkan kronisme, anak-anaknya dikatakan sentiasa diutamakan sehingga bergelar jutawan dan kaya-raya. Rekod menunjukkan bahawa tidak pernah anak-anak beliau dilantik memegang sebarang jawatan rasmi di dalam pentadbirannya selama 22 tahun itu.

2) Abdullah Ahmad Badawi juga tidak ketinggalan. Anak tunggal lelakinya (Kamaluddin Abdullah) turut dikatakan 'menguasai' banyak projek-projek yang berkaitan dengan kerajaan. Menantunya si Khairy Jamaluddin itu pula dipercayai para 'pembenci' kerajaan sebagai orang yang 'menguasai' keputusan-keputusan penting melibatkan kewangan juga pentadbiran negara.

3) Pembangkang akan sentiasa mengatakan bahawa orang kuat UMNO mahupun Barisan Nasional sebagai mengutamakan anak menantu masing-masing. Jawatan, kontrak, kedudukan dan kekayaan sentiasa 'didakwa' diberikan mahupun 'disediakan' oleh para pembesar UMNO / Barisan Nasional kepada kerabat terdekat mereka.

4) Rupa-rupanya Menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Abdul Nik Mat selama ini telah 'merestui juga melantik' menantunya sendiri iaitu Mohd Ariffahmi Abd Rahman untuk memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Ramai sedia maklum bahawa ketua kepada Perbadanan Menteri Besar / Ketua Menteri bagi setiap negeri bukanlah satu jawatan biasa kerana institusi seperti itu terlibat dengan pelbagai aspek kewangan, pembangunan dan ekonomi sesuatu negeri itu. Ada orang membuat tafsiran bahawa perbadanan seperti itu adalah 'lubok duit dan projek' bagi sesuatu negeri itu.

5) Alasan 'menantu saya layak, anak saya memang boleh buat kerja dan keluarga kami memang professional' sememangnya tidak boleh digunapakai di dalam lingkungan skop pentadbiran negeri / negara. Konflik kepentingan sesama keluarga terdekat adalah sukar untuk dipisahkan. Justeru itu, norma kebiasaan sistem pentadbiran dunia merasakan bahawa ianya perlu dielakkan terus demi menjaga kredibiliti si pembesar itu di mata masyarakat sekaligus mengelakkannya daripada dipandang serong.

Neba2020: Kalau pihak yang selama ini yang tidak suka sesuatu praktis itu dilakukan juga turut mengamalkannya maka siapa lagi yang boleh dipercayai? Kalau pihak yang dituduh selama ini pada hakikatnya tidaklah membuatnya secara nyata tetapi yang menuduh pula telah membuatnya secara rasmi dan terang-terangan maka apa lagi yang boleh diharapkan kepada mereka yang selama ini kononnya mendokong konsep professionalisme dan akauntabiliti dalam mentadbir?

4 comments:

taipingmali said...

satu lagi ialah Marina...habis semua tempat yg ada marina kapal layar dikatakan milik anak Tun. Bodohnya Pas..buat fitnah..tak takut dosa..

Noor Ashraaf said...

senang je,

rajin bekerja, rajin membuat networking, rajin rapport, rajin usaha, rajin meningkatkan mutu diri sendiri...

maka berjaya lah, bila dah berjaya, of course nak tarik adik beradik, sanak saudara berjaya sama kan? logiklah mana2 bisnes pon begitu.

Ini tak mahu usaha lepas tu kutuk2 kata itulah ini lah , sapu projek la ape la,

rapport kene bagus, dapat la projek.

Pak Pandir said...

Anak tak semestinya dalam kementerian/kabinet untuk menjadi kaya dengan menggunakan pengaruh si ayah. ;)

wardina said...

orang muda skang ni inovatif and creative. kenapa nak gunakan pengaruh mak bapak nak berjaya. sapa yg guna tu akal pendek la agaknya. keje sendiri la. baru ada satisfaction. sudah2 la dengan perangai lapuk nih. ehehehe.