Friday, November 13, 2009

Niat Anwar Yang Busuk

Salam Buat Semua,

1) Ahli Parlimen 'Pakatan Rakyat' yang mewakili Kulim-Bandar Baharu iaitu Zulkifli Noordin mendedahkan 'rancangan' terbaru Anwar Ibrahim selaku 'mentor merangkap penguasa utama' Parti Keadilan Rakyat (PKR).

2) Penasihat PKR itu menasihati ahli-ahli mengenai strategi baru untuk melancarkan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri, Mohd. Najib Abdul Razak. Mungkin matlamatnya adalah untuk 'membunuh' terus pentadbiran Mohd. Najib yang belumpun mencecah usia satu tahun itu.

3) Anwar memang sejelasnya telah kekeringan idea untuk menjadi Ketua Pembangkang yang efektif lagi berguna kepada negara. Beliau kelihatan semakin terdesak dan 'huru-hara' pemikirannya. Kita tidak fikir bahawa gaji / elaun yang diterima Anwar sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang itu adalah semata-mata untuk 'merencanakan' agenda menghancurkan karier politik seseorang semata-mata !

4) Anwar sedar betapa pengaruh Mohd. Najib semakin 'kukuh berakar umbi' di pandangan juga jiwa ramai orang. Para penyokong fanatik pakatan pembangkang sememangnya tetap 'benci dan curiga' kepada kepimpinan Mohd. Najib, itu sudah pasti tidak berubah sampai bila-bila. Masalahnya, adalah jelas kini betapa majoriti rakyat biasa yang non-partisan (tidak memihak secara nyata kepada mana-mana kepercayaan politik) telah mula 'sejuk hati' terhadap UMNO / Barisan Nasional di bawah 'seliaan' Mohd. Najib. Lebih meresahkan Anwar, para penyokong UMNO sendiri sudah mula 'rapat' dan tidak kronik mencurigai keupayaan kepimpinan parti seperti yang berlaku kepada Abdullah Ahmad Badawi dahulu yang 'diperli juga ditertawa' oleh orang-orang UMNO sendiri.

5) Di kala tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha untuk memajukan negara dan membela nasib ahli masyarakat, Anwar nampaknya mahu partinya (PKR) memberi tumpuan khusus kepada usaha untuk meranapkan imej Perdana Menteri di mata rakyat. Kalau benar Anwar itu mulia, baik peribadi dan ikhlas niatnya, apa mungkin dia tergamak menunjukkan secara jelas kepada masyarakat betapa busuknya hati beliau dan mindanya hanya berisi dengan perjuangan untuk menjatuhkan orang bagi mencapai matlamat peribadinya yang sehingga kini tidak pernah ditunjukkan TUHAN jalan yang lurus untuk mencapainya !

Neba2020: Percaya kepada janji TUHAN, niat yang baik akan dibalas baik. Cara yang tidak baik akan selamanya TUHAN tunjukkan jalan yang menyempit untuk kita mencapai matlamat diri .... Orang yang tahu benda itu salah dan pengetahuan agamanya pula baik akan lebih dihina TUHAN andainya dia sendiri tidak berpegang teguh kepada kemurnian agama itu sendiri berbanding insan-insan lain yang cetek ilmunya ....

6 comments:

Anonymous said...

kau ni yang busuk hati.anjing umno

fendy_ahmad said...

Salam,

Saudara/Saudari Anonymous,

Terima kasih kerana menggelarkan saya sebagai anjing UMNO.

Sekurangnya saya 'anjing UMNO' yang jelas identitinya berbanding anda yang mungkin 'malaikat pelindung Anwar' yang kabur identitinya.

Kalau betul-betul berani mahu 'menganjingkan' orang, berilah sedikit identiti pengenal diri.

Atikah Abdullah said...

Salam saudara Fendy,

Saya nak tanya, sebagai anak jati Johor penyokong UMNO ni, kat sana banyak ke tanah hak milik orang melayu?

Maksud saya tanah yang hak milik orang melayu, tanah sendiri, geran sendiri?

Setahu saya lah, dekat Johor banyak tanah tol. Tanah kerajaan yang penduduk terpaksa bayar lesen.
Sebab itulah ramai penduduk Johor terpaksa sokong UMNO.

Sebab - takut nanti bila kawasan ni jadi kawasan 'panas' pembangkang, kerajaan UMNO akan terus bagi alasan untuk membangunkan kawasan tu - untuk dijadikan pejabat ke, untuk dijadikan shopping mall ke, apa-apa je lah alasan.

Akibat - penduduk kawasan tersebut tertindas di tempat sendiri. Nak lari ke mana? Tanah pun dah takde.

(Maaflah kalau salah info, saya pun cuma baca dekat blog suara johor online je. Itu pun pendapat orang Johor jugak, darah Johor macam saudara jugak)

Kerajaan negeri Johor ada jaga tak kuota tanah rizab orang Melayu?

Boleh saudara buat entry mengenai hal ni? Teringin nak baca dari point-of-view saudara pulak.

Terima kasih

fendy_ahmad said...

Salam saudari Atikah,

Saya kira info kamu itu salah dan maklumat itu sungguh berbau 'pembangkang' semata-mata.

Tanah tol ini di mana negeri pun ada tetapi bukanlah sampai terlalu besar jumlahnya hinggakan boleh dikatakan orang Johor Melayu Johor majoriti besarnya menyokong UMNo kerana takut hilang tanah.

Terima kasih kerana berkongsi maklumat juga pandangan walaupun nampaknya lari sungguh daripada apa yang cuba saya usulkan melalui topik kali ini.

yusaini said...

aku rasa la tak pasti la pulak rakyat semakin menerima najib mcm yg kau ckp tu.last survey merdeka centre on najib(sblm prk bgan pinang) pencapaian najib n penerimaan rakyat blum memuaskan lagi.infact so much to answer.hebat juga kau ni boleh tebak niat di hati anwar?Tarikat muhyidin ker?

hamdan al-kandahlawi said...

ulasan menarik2..

kalo nak tembak,biarla berfakta kawan2..jgn sbb menentng BN,sentiasa betul memanjang..