1) Kadang-kadang kita tidak sedar rupanya diri sendiri ada kelebihan mahupun kekuatannya yang tersendiri.
2) Kita lebih suka melihat pada kelemahan diri dan biasanya mudah merasa betapa diri sendiri adalah sentiasa lemah, tidak berupaya, kurang istimewa dan serba-serbi tidak sempurna.
3) Bagus juga 'sedar' akan kelemahan mahupun kekurangan diri sendiri tetapi pada masa yang sama janganlah 'terlupa' atau mungkin sengaja tidak memberi ruang kepada diri untuk 'mengetahui' keistimewaan yang telah sedia wujud.
4) Elok juga sesekali kita cuba memikirkan akan 'kehebatan' diri sendiri. Kehebatan, kekuatan mahupun keistimewaan diri kita itu tidaklah semestinya sesuatu yang kelihatan terlalu bagus, terbilang atau terkehadapan berbanding orang lain.
5) Percayalah bahawa Tuhan tidak mencipta seorang manusia normal tanpa sebarang keunikan mahupun keistimewaannya yang tersendiri. Masalahnya ialah kita yang terlalu 'sebok' untuk mengkaji di manakah terletaknya kekuatan atau keupayaan diri sendiri. Mungkin juga kita terlalu kerap memandang rendah kepada diri sendiri hinggakan merasa betapa tidak ada apa yang boleh digembirakan juga dihargai.
Neba2020: Orang lain sentiasa dirasa bagus, hebat dan istimewa ... Diri sendiri dirasa sentiasa malang, hina, tidak bertuah dan kurang kehebatan ... Bukankah Tuhan menciptakan setiap manusia itu dengan sempurna dan lengkap segalanya ? Mungkinkah kita yang gagal menjelmakan apa yang telah sedia ada itu ?
1 comment:
kadang kala, kita sedar kita ada kelebihan utk sesuatu perkara dan org lain pun tau akan itu....
masalah akan timbul apabila org hanya akan "pandang" kita sahaja walaupun kita sedang menggunakan "kebolehan" kita utk sesuatu yg lain pada masa yg sama....
Post a Comment