Monday, April 20, 2009

Sempena Hari Buku Sedunia: 23 April - Selamat Membaca !

Salam Buat Semua,

1) Ada orang bertanya saya, 'Boleh tak beritahu buku-buku yang kamu baca dan suka.'

2) Pelik juga ada yang hendak tahu tentang buku-buku yang orang lain baca.

3) Katanya, dia mahu cuba 'memahami' si penulis weblog ini dengan 'kaedah' yang lain. Dia mahu 'meneka' pemikiran saya dan mahu 'berkongsi' dengan dirinya sendiri sesuatu ilmu dan gaya minda orang lain.

4) Saya berasa 'serun' juga tetapi saya teringat pesan Encik (ayah), 'Pandai kita, kaya kita, senang kita ... Semua tu Tuhan yang punya. Bila-bila masa boleh ditarik, jangan lokek (kedekut) dekat orang lain.'

5) Buat perkongsian ilmiah bersama, berikut adalah antara buku-buku yang 'berjaya' saya miliki setakat pertengahan April buat menyerikan koleksi peribadi di tahun 2009. Selamat membaca buat anda semua !

* Quranic Law of Attraction: Serlahkan Potensi Diri Secara Optimum dengan Kuasa Tarikan Berteraskan Quran -Rusdin S Rauf

* Saya Pun Melayu - Datuk Zaid Ibrahim

* Dilema Melayu - Tun Dr. Mahathir Mohamad

* Wang, Anda & Islam: Halal dan Haram dalam Kewangan dan Perbankan - Zaharuddin Abd Rahman

* 7 Formula Individu Cemerlang - Dr Danial Zainal Abidin

* COMEDY & TRAGEDY, a review of the latest development in Malaysian politics - Datuk A. Kadir Jasin

* Top Money Tips For Malaysians - KC Lau

* Tip-Tip Cemerlang Daripada Al-Qur'an - Dr. Danial Zainal Abidin

* Hidayah - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

* Bertemu Janji Allah - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Neba2020: Sentiasalah berasa bahawa diri adalah bodoh dan penuh kelemahan kerana hidup tidak pernah menjanjikan ketepatan juga kebetulan 100%, jangan pula sesekali menunjukkan diri bodoh dihadapan manusia kerana nanti kepercayaan juga penghormatan akan hilang melayang, berusahalah untuk belajar apa yang betul walaupun ianya datang daripada mereka yang berbeza ideologi, agama mahupun kepercayaan politik ....

1 comment:

Helmy Ahmad said...

Kepada semua yang senantiasa mengikuti dan menelusuri laman Blog Mr. Fendy ini, apa kata kita cuba ambil sedikit sebanyak ilmu dengan buku-buku yang disenaraikan. Saya pun ada membeli sebahagian buku-buku tersebut. Memang meninggalkan kesan yang amat positif kepada kita. Memberi motivasi dan pengajaran yang hebat.

Sebagai contoh... 7 Formula individu cemerlang...