Friday, January 30, 2009

Lompat Jangan Tak Lompat: Antara Kepentingan Peribadi dan Desakan Rakyat?

Salam Buat Semua,

1) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang memenangi kerusi tersebut sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 melalui tiket Barisan Nasional (BN) menjadi 'katak' pertama sejak isu 'lompat-melompat' mula disensasikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak Mac 2008. Nasarudin bertukar arah ke Parti Keadilan Rakyat (PKR).

2) Nasarudin memberi alasan bahawa episod 'cinta beralih arah' itu timbul akibat daripada desakan untuk mencari platform yang lebih berkesan untuk berkhidmat kepada rakyat.

3) Untuk rekod, Nasarudin sebelum Mac 2008 adalah Ahli Parlimen Parit, Perak dan pernah diberi kepercayaan oleh kerajaan sebagai Pengerusi Felcra selama 2 tahun (2006-2008). Kontraknya di Felcra tidak disambung. Khabar angin bertiup kencang bahawa Nasarudin tidak berapa 'gembira' dengan 'penurunan' pangkatnya apabila dipilih BN Perak untuk bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri sewaktu PRU 2008. Beliau seakan 'terasa' betapa kedudukannya sebagai Pengerusi Felcra akan terjejas seandainya tidak lagi bergelar ahli Parlimen, satu jawatan yang lebih bersifat 'nasional.'

4) Nasarudin adalah Naib Ketua UMNO Bahagian Parit untuk sessi 2004-2008. Sewaktu pemilihan Oktober 2008, beliau cuba menguji 'popularitinya' dengan mencabar jawatan Ketua Bahagian yang disandang oleh Dato’ Hj Mohd. Zaim Hj Abu Hasan. Nasarudin gagal dalam percubaannya untuk 'berkuasa' di Parit. Beliau sebenarnya gelojoh kerana cuba terus melawan ketua sedangkan andainya beliau lebih 'berhati-hati,' jawatan yang lebih selamat untuknya ialah terus kekal sebagai Naib Ketua Bahagian ataupun cuba menawarkan diri untuk kedudukan setangga lebih tinggi iaitu sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Parit.

5) Selepas Oktober 2008, Nasarudin kelihatan sukar untuk menerima hakikat bahawa beliau hanyalah seorang ADUN biasa yang tiada lagi jawatan di peringkat nasional dan hilang terus kedudukannya sebagai orang penting di dalam UMNO Bahagian Parit. Mungkin juga 'kedudukan' beliau menjadi 'rapuh' selepas terasa menjadi 'mangsa.' Umpama melempiaskan ketidakpuasan peribadinya, beliau menjadikan 'rakyat' sebagai alasan untuk 'melompat.'

Neba2020: 'Lompat si katak lompat, lompatlah tinggi-tinggi ... Tersalah lompat kaki kau terseliuh, tersilap lompat kepala kau tergantung di atas wayar, tergelincir lompat badan kau nanti yang lebam ...'

4 comments:

El-Zaffril said...

Menyampah sudah tengok politik malaysia... tunggu pak lah turun macam tunggu bush turun plak... isk isk isk

aya_id said...

setuju....manusia dan nafsu dunia susah nak dipisahkan...=p

Anonymous said...

naik jemu dengan politik malaysia ni....
diorang tak tau ke ada benda yg lebih penting nak difikirkan skrg ni...isu ekonomi global?!?!
bukannya jadi katak dan lompat-melompat...
diorang nak tunggu sampai kena baling kasut mcm bush agaknya:)

Anonymous said...

aik nasaruddin masuk balik bn?ape cita ni?bak kata saudara dia 'gila pangkat' dan jadikan rakyat sbg alasan.jadi dia masuk balik umno sbb rakyat tu alasan juga ke?huhu