Friday, January 16, 2009

Melayu dan AMOK ....

Salam Buat Semua,

1) Orang Melayu mudah hormat dan mudah 'tabik' kepada orang lain.

2) Orang Melayu terkenal dengan sifat merendah diri, tidak suka berkonfrontasi, mudah mengalah dan memendam rasa.

3) Budaya Melayu mengajar anak-anak Melayu supaya tahu menghormati orang, jangan suka mementingkan diri sendiri dan menjauhi sifat sombong walau kepada sesiapa jua.

4) Melayu pada hakikatnya adalah kaum yang kuat bersabar, tidak suka memanjangkan 'cerita-cerita' dan selalu cuba berpemikiran positif kepada bangsa mahupun agama lain.

5) Dewasa ini, Melayu seakan cuba 'diserang dan dibodoh' dan Melayu semakin kerap 'diasak dan dicerca.' Agamanya disentuh, bahasanya diperlekeh, hak istimewanya dipertikai dan pemimpinnya dicaci.

6) Ada pihak yang merasakan sejarah dan peristiwa silam bukanlah sesuatu yang penting, tiada asasnya untuk terus dipertahankan dan bersifat jahat semata-mata.

7) Individu tertentu dan juga organisasi-organisasi yang 'nakal' persepsinya terhadap kedudukan dan hak Melayu sebenarnya adalah perosak negara yang bodoh akalnya dan binatang lagaknya.

8) Melayu masih mampu bersabar dan Melayu belum 'ambil pusing' dengan seriusnya terhadap segala percubaan 'pengkhianatan perjanjian' dan 'pelupusan asal-usul sejarah' yang cuba disemarakkan para perosak perpaduan itu.

9) Hakikat yang harus diterima ialah Malaysia tidak akan mampu menyediakan satu keadaan kondusif 100% untuk setiap etnik mahupun setiap agama. Carilah mana-mana negara di dunia ini yang berkemampuan untuk memuaskan hati semua rakyatnya yang berbeza kaum dan berlainan kepercayaan. Jawapannya ialah mustahil dan membuang masa.

10) Apa yang harus diterima pakai ialah satu bahasa dan satu agama diangkat sebagai teras rasmi negara yang didasarkan kepada kaum majoriti besar yang merupakan etnik asal yang memulakan tamadun. Rakan-rakan yang lain harus menghormatinya dan tidak 'berlebih-lebih' dalam menyakiti perasaan si majoriti besar itu.

Neba2020: Kamus Oxford terpaksa menerima AMOK sebagai perkataan Inggeris yang diadaptasi langsung daripada Bahasa Melayu berdasarkan sifat orang Melayu yang banyak bersabar tetapi apabila rasa geramnya meluap-luap maka dirinya akan 'berubah' sifat untuk mempertahankan hak mahupun maruahnya daripada diganggu-gugat oleh sesiapa. Kita tidak mahu Melayu menggunakan AMOK di tanah airnya sendiri untuk 'memperjuangkan' nasib ....

4 comments:

Anonymous said...

... dan perkataan AMOK itu dalah salah satu dari dua perkataan melayu yang aslinya tidak meminjam dari mana-mana bahasa...ianya asli dari bahasa Melayu.Terima kasih kepada Cikgu Lim Tian Hion (guru Bahasa Melayu Tingkatan 3 saya )atas ilmu yang dicurahkan...

Noor Ashraaf said...

kejadian amok hanya terjadi didalam malaysia akibat tekanan berlebihan dan mengakibatkan seseorang itu bertindak diluar kawalan...

Keadaan ini tak pernah berlaku di mana2 negara di dunia selain malaysia. Sebab tula perkataan amok berasal dari malaysia, orang malaysia je yang tau mengamok tiba2.

Identiti beb..

Anonymous said...

have a look:)

http://en.wikipedia.org/wiki/Amok

Anonymous said...

Melayu adalah empunya, pelopor dan perintis tamadun dan peradaban di Melaysia. ketika Dato Maharaja Lela, Dol Said, Dato Bahaman, Mat Kilau, Leftenan Adnan dan ramai lagi pejuang melayu yang berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu dari Penjajah. Pada waktu itu tiada seorang pun bangsa Cina atau India yang berjuang seperti pahlawan melayu. Jadi Bangsa lain harus menghormati Bangsa Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu ini.