Tuesday, January 13, 2009

PENGGANAS YAHUDI YANG CELAKA LAGI HARAM !

Salam Buat Semua,

1) Satu dunia sedang 'bising' dengan keangkuhan dan kegilaan PENGGANAS YAHUDI di negara syaitan Israel yang dengan rakusnya MEMBUNUH, MEMBAHAM dan MEMBELASAH si lemah rakyat Palestin di Tebing Gaza.

2) Kita di Malaysia juga sedang geram dan benci melihat malapetaka yang hakikatnya sedang mendapat 'sokongan dan semangat' daripada Amerika Syarikat selaku sahabat karib kerajaan Israel.

3) Ada yang melakukan demonstrasi secara besar-besaran bagi melempiaskan perasaan sedih mahupun meluat terhadap rejim Zionis yang kelihatannya tidak ubah seperti sejarah Nazi di Jerman dahulu.

4) Maka kelihatanlah bendera Amerika dan Israel dibakar hangus, patung-patung Presiden George Bush dan Perdana Menteri Ehud Olmert dihentam lalu diapikan dan aneka kain rentang dengan disertai pekikan celaan sebagai tanda protes kepada tindakan PENGGANAS YAHUDI terhadap rakyat Palestin. Semuanya kelihatan bersemangat umpama pejuang jihad yang tidak takut mati dan sungguh sayangkan rakan-rakan nun jauh di bumi Palestin itu.

5) Gerakan memboikot produk-produk yang dikaitkan dengan Amerika Syarikat dan Israel juga menjadi gagasan penting bagi meluahkan perasaan benci dan geram itu. Rakyat digesa supaya memboikot, menjauhkan dan 'mengharamkan' diri daripada menggunakan mahupun menikmati barangan tertentu. McDonalds, Coca-Cola, Nestle, L'Oreal, Johnson & Johnson, Brylcream, Kotex, Danone, Nescaffe dan Maggi adalah 10 jenama yang cukup popular, berpaksikan Amerika sekaligus menyumbang kepada kempen PENGGANAS YAHUDI.

6) Hakikatnya, ratusan jenama lagi wajar diboikot tetapi impak penggunanaanya tidaklah cukup besar. Andai 10 produk ini sahaja dapat diboikot secara sekata oleh beratus juta penggunanya di seluruh dunia atau sekurangnya puluhan juta daripada yang beragama Islam, sudah pasti kesannya amat buruk kepada ekonomi dan perusahaan awam negara 'kelahiran' idea-idea keganasan itu.

7) Ada juga yang merasakan bahawa tindakan berdemonstrasi adalah membuang masa dan tidak mendatangkan hasil yang nyata. Akhirnya, kita hanya mendapat penat dan tiada siapapun di luar sana yang mendapat kesan langsung daripada pekikan dan laungan yang dijalankan. Masa, tenaga dan wang ringgit kelihatannya dibazirkan tanpa mendatangkan impak positif.

8) Memboikot pula kelihatannnya seperti satu tindakan 'senapang dua mata yang menembak burung di langit, tanpa disangka sebutir pelurunya tertembak si tuan punya senapang.' Ekonomi domestik negara akan terjejas, rakyat yang bekerja di perusahaan-perusahaan terbabit akan mendapat kesan langsung yang negatif dan majoriti daripada syarikat 'jenama-jenama Amerika' yang beroperasi di Malaysia sebenarnya sudah lama menjadi milik rakyat negara ini akibat daripada pemilikan saham majoriti yang ditetapkan kerajaan sejak berzaman dahulu. Kesudahannya, setiap tindakan biarlah ditetapkan melalui pemikiran yang lebih mendalam dan bersifat 360 darjah. Andai berdemonstrasi tidak mendatangkan hasil dan memboikot pula rupa-rupanya 'membunuh' diri sendiri, maka apakah yang termampu kita lakukan?

9) Cuba 'kongsi' penderitaan rakyat Palestin yang sedang dihambat ketakutan, kelaparan, kesakitan, kehilangan dan kehancuran itu. Andai hari ini kita berbelanja RM10 sehari untuk mengisi perut sendiri, apa kata kita potong perbelanjaan itu sebanyak RM4. Ini adalah seperti kita cuba 'kongsi' rasa lapar dan sakit mereka itu dengan 'memotong' bajet makan malam sahaja tanpa perlu menjejaskan perancangan kewangan bulanan yang lainnya. Lakukan ini selama satu bulan, maka di akhir hari yang ke 30 nanti kita akan memiliki 'tambahan' RM120 di dalam poket sendiri.

10) Jika 10 000 orang menyahut cabaran ini, kita akan dapat mengumpul RM1 200 000. Jika 10 juta rakyat Malaysia menyokong 'usul' ini, dalam masa satu bulan sahaja sebanyak RM1200 000 000 (RM1.2 Bilion) akan dapat dijanakan untuk tujuan membantu rakyat Palestin. Bayangkan jika 'kempen' ini diluaskan lagi kepada rakan-rakan segugusan kita di Singapura, Brunai, Indonesia, Thailand dan Filipina, hebat angkanya ! Membantu bukan sahaja di saat PENGGANAS YAHUDI sedang 'mengaum' tetapi yang lebih penting ialah dapat berbakti untuk tujuan 'pembangunan kekuatan mental, rohani dan fizikal' mereka selepas ini supaya menjadi lebih kuat, lebih bersedia dan lebih terancang dalam membina negara Palestin yang makmur sekaligus bersedia untuk 'menakutkan dan menghadapi' si PENGGANAS YAHUDI yang CELAKA lagi HARAM itu !

Neba2020: Kongsi kesusahan orang lain supaya di saat kita susah nanti Tuhan akan datangkan seseorang yang simpati dengan keadaan kita dan sudi menghulurkan bantuan kerana kehidupan ini adalah ibarat roda yang berpusing-pusing, sekejap di atas dan seketika kemudian beralih pula ke bawah ....

Info Tambahan: Bantuan Kemanusian Palestin.


Jan 12, 2009.

On Dec 28, Gaza Strip was ravaged by a brutal assault by Israeli forces that left most of its 1.5 million people unable to access its most basic rights – including medical supplies. Hospitals, bursting at the seams, find it difficult to cope as infrastructure was destroyed by bombings.

MERCY Malaysia initiated an emergency response assessment team on the 30th December 2008 to Egypt in response to the humanitarian crisis which has killed about 900 people and wounded close to 4,000. One third is children, and the number is rising.

As a result of generous contribution by the public, MERCY Malaysia has to date managed to push through more than 50 tonnes of medicines and medical equipment. MERCY Malaysia has also procured four ambulances and a mobile blood bank unit – expected to be ready between 10 and 14 days. MERCY Malaysia is awaiting permission to send highly-qualified surgeons into Gaza and have 20 volunteer surgeons on standby.

We appeal to concerned Malaysians to send in cash donations.

MERCY Malaysia's basis of assistance to the beneficiaries relies on the support and generosity of individuals such as you to contribute to the PALESTINE RELIEF FUND.

It will support our efforts to procure emergency surgical kits, additional medicine and hospital equipment which will be channeled to the affected communities in Gaza.

PALESTINE RELIEF FUND

Cheque payable to MERCY MALAYSIA :
CIMB Account No : 1424-000-6561053
Cheque payable to MERCY HUMANITARIAN FUND :
MAYBANK Account No : 5621 7950 4126

You can also download our donation form. Download Donation Form
For more information please contact 03-2273 3999 or email us at info@mercy.org.my

5 comments:

Anonymous said...

Jangan berbelog lar sebab hang guna ni platform blogger.com yang made in USA :P

fendy_ahmad said...

Janganlah gelojoh buat konklusi saudara/saudari,

Baca tu biar betul-betul, inilah masalah orang kita sejak berzaman, mudah 'terjun' berkonklusi.

Rasanya memang saya ada maksudkan yang saya tidak merasa boikot itu sesuatu yang bagus ;)

Ah Seng said...

Betul cadangan boss, jangan suka suka, suruh orang boikot sana boikot sini. Senapang dua mata===> temabak diri sendiri je.

Shahibul Kidan said...

kepada Encik Anonymous, cakap pandai la, hang guna PC tu Made in Malaysia ke? Internet yang hang connect tu Made in Malaysia ke? Browser yang hang surf tu Made in Malaysia ke? Website blog yang hang asek nak baca dan nak kutuk ni Made in Malaysia ke? Guna otak la wei! Baguih dok ada

Musafir said...

Bagi saya, pemboikotan ini boleh membuka mata rakyat bahawa negara kita terlalu bergantung kepada ekonomi luar.

Kenapa kita tidak mengambil iktibar dan memperkenalkan sambil memperluaskan lagi pasaran domestik kita dengan barangan buatan negara sendiri?