Saturday, October 11, 2008

Ringkas Saja .... : Pilihan-Pilihan (UMNO)

Salam Buat Semua,

1) Bersempena dengan musim pencalonan untuk jawatan-jawatan tertinggi UMNO di 191 bahagian serata Malaysia (kecuali Sarawak yang UMNO tidak bertapak) yang berjalan selama sebulan bermula 9 Oktober 2008, berikut adalah pilihan InspiRasi 1982 ~~ :

Presiden - Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak (Pahang)

Timbalan Presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin (Johor)

Naib Presiden - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Johor), Datuk Seri Dr. Rais Yatim (Negeri Sembilan) dan Datuk Seri Dr. Mohd. Zahid Hamidi (Perak)

Ketua Pemuda - Datuk Mukhriz Mahathir (Ahli Parlimen Jerlun, Kedah)

Naib Ketua Pemuda - Razali Ibrahim (Ahli Parlimen Muar, Johor)

Ketua Wanita - Tan Sri Rafidah Aziz (Perak)

Naib Ketua Wanita - Datuk Seri Shahrizat Jalil (Wilayah Persekutuan)

2) Nama-nama 'besar' yang diharapkan tidak tersenarai terus di dalam sebarang jawatan UMNO di bawah era Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kelak - Tan Sri Muhammad Mohd. Taib (kini Ketua Penerangan), Datuk Seri Nazri Aziz (kini Ahli Majlis Tertinggi), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (kini Naib Presiden), Datuk Seri Mahdzir Khalid (kini Pengerusi Perhubungan Kedah), Khairy Jamaluddin (kini Naib Ketua Pemuda), Datuk Zaid Ibrahim (bekas Ketua UMNO Kota Bahru yang pernah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin), Tan Sri Mohd. Isa Abd. Samad (Pemenang jawatan Naib Presiden pada pemilihan tahun 2000 dengan undi tertinggi tetapi didapati bersalah mengamalkan politik wang), Datuk Seri Mohd. Zulhasnan Rafique (kini Pengerusi Perhubungan Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kini Setiausaha Agung), Datuk Mohd. Azim Zabidi (kini Bendahari) dan Tan Sri Annuar Musa (kini Pengerusi Perhubungan Kelantan).

Neba2020: UMNO akan bangkit ! Kepada barisan kepimpinan baru kelak, telesurilah sedalamnya dengan penuh keinsafan akan cogan kata 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' itu ....

5 comments:

Anonymous said...

Saya hanya mengharapkan kepemimpinan baru ini dapat merobah keadaan yang semakin lemah dan rapuh di dalam 'pakatan' Umno khasnya dan kesatuan BN amnya. Sekaligus dapat merobah persepsi yang semakin menampakkan kejatuhan kredibiliti BN. Selain dapat mempertingkatkan kewibawaan dan kejituan arah tuju UMNO dan BN dalam membawa negara Malaysia yang tercinta ini menuju Wawasan 2020 dengan stabil dan ampuh sekali...

Unknown said...

abg fendi...
tan sri rafidah aziz still bertanding?

Anonymous said...

sy harp kepimpinan baru, adalah dari barisan pemimpin yang mempunyai latar belakang pelajaran yg tinggi, at least doctorate ke, masters ke..., supaye die boleh fikirkan untuk malaysia " how malaysia will survive in the future? " berbanding skarang, " how to run from this problem? "

fendy_ahmad said...

Salam,

Buat ain:
Ya, Tan Sri Rafidah akan mempertahankan jawatannya buat kali yang terakhir, Datuk Seri Shahrizat akan mengambil alih pada Jun 2009. Ini untuk memastikan peralihan kepimpinan di dalam Wanita adalah teratur dan tenang.

Buat ashraaf,
Walaupun saya seorang pendidik tetapi saya merasakan betapa faktor akademik bukanlah jaminan tunggal bahawa seseorang itu akan menjadi pemimpin yang bagus.
Lulusan Diploma waima STPM juga andainya 'kreatif dan bervisi' juga boleh menjadi pemimpin yang unggul andai kena caranya.

Anonymous said...

calon2 yg agak menarik ! percaturan dr M ..
tapi calon2 pilihan adalah dikalangan mereka yg bersuara lantang ! adakah bersuara lantang bermaksud mereka yg terbaik ? maka yg senyap atau menghormati BOSS adalah mereka yg takut ? apa saja jasa Dr. Rais Yatim di dlm UMNO ? mesra rakyat ka ? disukai rakyat ka ? atau setakat pandai berckp tapi tak buat kerja xde gunanye ! najib yg penuh dgn masaalah2 peribadi ! muyiddin yg makan tuan sendiri tidak mustahil membuat benda yg sama kepada najib ! Hishammuddin Tun Hussein tak habis dgn minta maaf atas keris nya ! dpt kah kemimpinan baru nie dpt menambat hati rakyat ? turun padang ? humble ? kalau setakat nak menjaga yg atas dan org dibawah dilupa kan jatuh juga umno ! isteri najib yg dikatakan bossy dgn sana sini barang kemas hingga ke lengan saya rasa dr wan azizah lebih disenangi dan disukai! seperti rafidah aziz yg bersura lantang akhirnya pencalonan untuk ketua wanita umno diberi kepada sharizat ? kenapa ? bukan kah peralihan sudah dipersetujui ! ada yg tidak setuju dgn peralihan kuasa ka ? padan muka rafidah ! mahu makan tuan akhirnya makan diri sendiri balik ! kenapa isa samad Nazri Aziz Zulhasnan Rafique dan lain2 ? adakah mereka org2 paklah ? dibenci dr M ? saya adalah lah penyokong kuat UMNO dulu kini dan selamanya .. kita perlulah menambat semula hati raykat turun padang dgr masalah rakyat bukan setakat pandai bercakap sahaja seperti yg diamalkan oleh org umno skrg .. kita tidak memerlukan pemimpin yg elit bertaraf dunia tapi tidak turun padang ! lihat saja DSAI turun pandang menambat hati raykat nnt menjelang pilihan raya yg ditentukan org rakyat ! ini hanya la pandangan saya yg cinta kan UMNO !
salam