Tuesday, December 5, 2006

Proton Kini DI Afrika Selatan... dan Percubaan "Membunuh Proton"

Salam InspiRasi,

November 2006 mencatat sejarah tersendiri buat produk kebanggaan Malaysia, ProTon....

Pasaran terbesar kenderaan di benua Afrika iaitu Afrika Selatan kini menjadi destinasi terbaru pelebaran sayap Proton....

4 model Proton yang akan menguji pasaran Afrika Selatan ialah:

* Satria Neo
* Gen - 2
* Savvy
*Arena

Isu yang hendaks aya timbulkan di sini ialah 'Proses Pembunuhan Proton' yang seakan sedar tidak sedar sedang berlaku sejak berleluasanya pemberian AP (Approved Permit) daripada MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) yang diketuai oleh Y.B Rafidah Aziz.....

Pemberian AP yang berleluasa untuk kenderaan yang menjadi 'direct competitor' kepada Proton terutamanya yang datang daripada Korea Selatan dan Jepun adalah amat menyedehkan....

Walaupun ramai yang beranggapan persaingan adalah baik untuk masa depan Proton TETAPI harus diingat supaya kita jangan bertindak terlalu 'memandai.'

Korea Selatan sebagai contoh, walaupun telah jauh kedepan dari pada segi teknologi dan kemantapan pasaran keretanya, MASIH MELINDUNGI PASARAN KERETA TEMPATANnya.... Hingga hari ini, amat susah untuk pengeluar kereta luar memasuki pasaran kereta penumpang bajet sederhana (1300CC- 1800CC) di Korea Selatan kerana kerajaannya berpendapat bahawa produk keluaran tempatan harus dilindungi dan diutamakan...

Hal yang sama turut berlaku di negara yang JAUH lebih maju daripada Malaysia seperti Jepun dan Taiwan...

Bukanlah saya cuba untuk menjadi Pejuang Nasionalisme TETAPI kita harus ingat bahawa 'spin-over' atau 'kesan luahan' yang telah dibawa PROTON dalam pengembangan ekonomi Malaysia bukannya harus dilihat daripada segi KERETA itu sendiri tetapi ianya telah membawa kepada pengembangan sektor lain:

* Industri hiliran lain berkembang maju - pembekal komponen, aksesori, tayar dan getah, aluminium...
* Industri sokongan - baik pulih, pengedaran, insurans, kewangan

Walau ramai yang beranggapan bahawa Perodua, Naza dan Inokom juga telah diberi status pengeluar kenderaan bertaraf nasional.... Tetapi 'nilai dan semangat' yang dibawa oleh Proton adalah berbeza.....
Sehingga hari ini... Perodua, Naza dan Inokom sebenarnya hanyalah 'pemasang semula model-model kenderaan luar' dan dinamakan semula mengikut citarasa Malaysia..Lahirlah Kancil,Kelisa,MyVi,Naza Ria, Naza Citra, Naza Sutera, Atos Prima, Matrix dan sebagainya..... Proses pasang semula tidak menyumbang kepada peningkatan taraf kejuruteraan negara untuk masa depan dan tidak juga menyumbang kepada kepakaran R&D (Kajian dan Pembangunan) teknologi kenderaan.....

Harus diingat, Proton telah berjaya menjadi pengeluar kenderaan yang datang daripada idea anak anak Malaysia sendiri dan bukannya dibantu oleh otak dan pemikiran mat saleh mahupun mat Jepun.....2 fakta unggul yang menjadi sejarah negara yang bernama Malaysia melalui Proton ialah:

* Rekaan bentuk kereta pertama daripada anak Malaysia - Pelancaran Proton Waja pada tahun 2000
* Rekaan bentuk dan enjin (100% kereta ciptaan Malaysia) - Pelancaran Proton Gen-2 pada 2004

Kerana itu, Proton adalah InspiRasi saya :)






3 comments:

A KADIR JASIN said...

Saudara Fendy,

Tahniah kerana membuat blog sendiri. Saya harap Saudara menghebahkan kewujudan blog Saudara ini kepada kawan-kawan dan megajak mereka tertukar-tukar fikiran.

Elok kalau orang muda yang terpelajar seperti saudara boleh menggunakan saluran ini untuk bertukar-tukar fikiran, berbahas dan menyebarkan ilmu.

Terima kasihlah kerana berminat terhadap buku saya dan gigih mencarinya.

Eloklah kalau ada kedai runcit di kampung yang mula menjual buku-buku yang agak serius seperti buku Blogger.

Terima kasih dan selamat maju jaya.

fendy_ahmad said...

Satu Penghormatan Untuk Blogger kerdil seperti saya ini apabila blogger heavyweight seperti Yang Berbahagia Dato' sudi melawat dan melakarkan sesuatu di sini....

Rasa bangga dan bermotivasi jadinya apabila Penulis Kolum Nombor SATU di hati saya ini memberikan kata kata semangat untuk saya...

Terima kasih Dato'.. Nasihat akan terus diterimapakai sebaiknya....

fendy_ahmad said...

bujang senang,

Sikap kecintaan negara pada saya tidak harus dijual beli dengan pengertian globalisasi ataupun perdagangan bebas.... Saya tetap merasakan bahawa sistem 'pure capitalist' ataupun 'pure socialist' adalah tidaks esuai untuk negara kita.....

Sistem 'mixed system' yang kita amalkan sejak merdeka harus terus dipelihara dan dipulihara dari masa ke semasa tanpa perlu kita khuatir kita akan tewas di medan perdagangan antarabangsa..ada cara ada kekuatan, kita takkan rebah....

Dalam hal Proton, saya tetap merasakan bahawa KEBEBASAN untuk mengimport kenderaan luar yang merupkan 'close substitute' kepada Proton iaitu kenderaan did alam genre 1300cc-1600cc haruslah disekat dan tidak dibuat secara "MEGA" ....

Kesannya amat menakutkan jika kita fikirkan untuk jangkamasa 5-10 tahun mendatang.....

mungkin kita untung kononnya inilah perdagangan masa kini...win-win situation.... Tapi apa akan jadi pada segala industri tempatan yang berkaitan dengan PROTON dan sektor automotif tempatan dan warga penggeraknya???

Kiat akui kualiti Proton masih ada yg ragui, tetapi kalau dilihat antara 1985-2005..dalam amsa kira-kira 21 tahun ini, PROTON sudah makin bagus, makin berdikari, makin menarik, makin menawan..... CUma yang diharap...pihak kerajaan sendiri 'MENGHARGAI KEWUJUDAN PROTON' yang lahir daripada wawasan MALAYSIA sendiri bahawa kita BOLEH !