Lebih seminggu saya menyepikan diri daripada melontarkan idea dan menulis sesuatu di sini. Dalam masa seminggu ini juga rasanya negara sedang 'dikejut' dan 'dihantui' dengan berita-berita berkaitan dengan bencana banjir besar yang melanda dengan seriusnya di selatan Semenanjung.
Saya juga sebenarnya dalam keadaan sedih dan sentiasa memikirkan tentang malapetaka alam yang hadir secara mengejut tak terjangka di akhir 2006 ini.
Bukan niat untuk meraih simpati tetapi secara langsung, keluarga saya terlibat dan terperangkap dalam bencana kali ini. Sedih bila memikirkan bahawa rumah saya di Segamat, Johor dilanda banjir dan tenggelam hampir melebihi 1 Meter, cukup untuk memusnahkan sedikit harta yang amat bernilai bagi kami sekeluarga. Emak dan abang menuruti jejak beratus-ratus orang di kampung saya (rindu pula pada kampung halaman tempat saya membesar iaitu Kampung Alai, Mukim Gemereh di Segamat) yang disatukan di tempat penempatan mangsa banjir di sekolah yang pernah menyaksikan saya menjadi anak muridnya (Terbayang pula kenangan masa kecil di Sekolah Kebangsaan Gemereh, Segamat yang letaknya hanya 5 minit berjalan kaki dari rumah saya).
Lebih mengharukan, ayah saya yang dipanggil encik (menurut ayah saya, panggilan 'encik' adalah tradisi keluarga kami yang berasal daripada kelompok Bugis) pula berada di Singapura dan tidak boleh pulang ke Segamat kerana perkhidmatan bas dan keretapi tergendala dek kerana bencana yang muncul secara mendadak ini. Saya sendiri yang telah merancang untuk balik ke kampung selama 4 hari sempena musim Krismas ini dengan rasa berat hati terpaksa membatalkan saja hajat kerana banyak aliran jalan dari Melaka - Segamat yangs aya lalui seperti di Jasin, Melaka dan Tangkak dilaporkan terputus dan belum pulih sepenuhnya ditenggelami air yang melimpah.
Sejuk badan saya apabila membaca laporan berita bahawa beberapa orang telah meninggal dunia di Segamat akibat daripada bencana yang satu ini. Bertambah gementar apabila saya sendiri terputus hubungan dengan emak saya selama 2 hari. Tuhan saja yang tahu perasaan saya selama 2 hari yang lepas. Alhamdulillah, emak saya menghubungi saya semalam (petang Jumaat) dan mengatakan bahawa dia dan abang saya dalam keadaan baik, cuma sedih mengenangkan rumah dan barang-barang di dalamnya yang pastinya akan merungsingkan kami sekeluarga di kemudian hari untuk menghadap dan mencari gantian baru. Tapi, kesyukuran terbesar bagi saya adalah apabila mendengar suara emak saya yang masih ceria, sehat dan dalam keadaan baik. Alhamdulillah..............
Malapetaka dan bencana datang tanpa kita sedari dan tidak pernah diundang.....
Hanya ketabahan yang mampu direncana dan doa dititip pada Yang Maha Esa semoga semuanya pulih seperti sedia kala dalam masa yang segera.....
Pastnya setiap yang berlaku ada hikmah dan pengajaran yang boleh mengajar kita erti kehidupan dan insaf bahawa kita ini adalah insan yang kerdil dan Tuhan juga yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana.....
7 comments:
saya pun terhalang untuk pulang...
banjir di jalan mersing-kluang...
sedey...
Takziah fendy sebab rumah kau turut jadi mangsa banjir besar kali ni. Sebagai orang Segamat jugak, aku pun turut rasa keperitan banjir kali ni walaupun rumah aku tu jauh dari kawasan sungai, dan jauh dari kawasan banjir. Sedih jugak aku mengenangkan mak aku yang belum sembuh dari angin ahmar, adik perempuan aku dan jugak ayah aku yang terputus mata pencarian macam ribuan warga Segamat lain disebabkan banjir.
Jadi apa pengajaran yang kita boleh ambil dari banjir kali ni?
Satu pengajaran yang PALING SIGNIFIKAN ialah sama ada seseorang pemimpin tu hadir masa rakyat amat memerlukannya. Tengoklah banjir kali ni, Tengku Mahkota Johor dan Menteri Besar Dato' Abdul Ghani Othman SANGGUP TURUN PADANG MEREDAH BANJIR untuk berkongsi kesusahan dan keperitan yang dirasai rakyat, siap boleh makan nasi kawah sama-sama dengan rakyat lagi. Pak Lah pula, mana perginya? Seronok pergi makan angin di kala rakyat sedang menderita? Memang dasar pemimpin yang TAK BERHATI PERUT...!!!
Terima aksih atas respon anda berdua,
Squall, Laporan terkini menunjukkan bahawa Tuan Perdana Menteri telah kembali ke Malaysia dan memendekkan percutiannya dan telahpon melawat mangsa-mangsa banjir di sekitar Johor dan Melaka semalam (Sabtu).....
Cuma yang agak saya hairankan ialah kenapa Tuan Perdana Menteri agak kerap bercuti di luar negara dalam jangkamasa 3 tahun beliau menerajui kepimpinan Malaysia ini.... Itu persoalan yang banyak menjadi persoalan di kalangan masyarakat....
Fendi..aku pun simpati atas apa yang menimpa famili ko. Sabar bebyk ek..mungkin ini ujian dr Allah untuk menguji keimanan ko sekeluarga. Aku pun terkejut dengan apa yang berlaku kat Johor, supposely time2 camni di belah Pantai Timur yang akan kelam kabut menghadapi banjir..Mungkin ini tanda dunia sudah semakin tua..dan kiamat hampir dekat.So,marilah kita sama2 renungkan. Bala Allah tidak mengira sesiapa, ia melanda seluruh umat di kawasan tu..
- Fara Banking-
Hmm tu la pasal fendy... sepatutnya Pak Lah kena la selalu turun padang macam PM terdahulu termasuk Tun Dr. M, jenguk2 rakyat, beri semangat... bukannya cuma tau makan angin dan kuat tidur jer. Lepas tu, bila buat keputusan yang tak menyenangkan hati rakyat, samua alasan guna nama rakyat walaupun rakyat langsung tak suruh buat macam tu.
Bakannya tak boleh bercuti, tapi janganlah sampai dia leka dan alpa dengan apa yang berlaku di negara sendiri...!!!
takziah fendi. juga utk mereka yang terlibat dlm musibah di penutup tahun 2006 ini.
aku pon kena juga, since my hometown kat muar. tapi alhamdulillah rumah tak kena banjir. cume bekalan air je yg terputus selama 4 days. teruk gak aaa.. terpaksa guna mana2 air yg bule until one time tu, kiteorg terpaksa gune air mata air (air perigi).
apepon, semoga bertabah hati. and as for me, for everything that happens, of course it is from Allah. is this a lesson? yes, it is.
and owh, i wish the best of everything to you and myself. happy new year 2007 & and selamat hari raya aidiladha fendy.
love,
aishah
Kepada Encik Fendy yang saya hormati...
Di sini saya ingin menitipkan kata kata mengenai perihal cerita banjir, mungkin agak terlewat mencoret luahan ini namun ia sebagai pendorong dan perkongsian pengalaman masing-masing.
Sememangnya cerita peristiwa banjir pasti membawa sedikit sebanyak kedukaan pada yang mengalaminya. Saya sendiri pernah mengharungi pengalaman meredah banjir yang pada ketika itu hanya separas pinggang , itupun ketika saya berumur sembilan tahun. Namun begitu peristiwa banjir itu turut memakan korban. Seluruh kampung malah Seluruh Pulau Pinang hampir tenggelam. Dikatakan Empangan Air Hitam terpaksa melepaskan airnya dan pada waktu yang sama air pasang di laut sedang berlaku.Walaupun banjir itu tidak lah sampai ke tahap menghapus sehingga ke bumbung rumah namun kepayahan melaluinya memberi suatu pengalaman agak memeritkan. Keesokannya selepas air surut, seluruh kawasan rumah terpaksa dibersihkan dari lekatan lumpur bawaan air dari sungai belakang. Jalan P. Ramlee sudah lama tenggelam bgitu juga rumah rumah di situ. Dan tahun demi tahun... banjir kilat akan berlaku. Setiap kali hujan lebat bagai yang menggila... maka akan berbunyi lah Siren kecemasan... dan pastinya beberapa minit kemudian akan berderet deret lah kenderaan akan dipindah ke kawasan yang lebih tinggi dan secara tak langsung rumah kampung ini akan jadi tempat parking sementara... dan semestinya akan tenggelam lah Jalan P. Ramlee. Sejak dari dulu lagi Sungai di belakang akan melimpah dan Jalan P. Ramlee yang terkenal dengan rumah P. Ramlee akan tenggelam sejak dari dulu lagi
Post a Comment