Selaku anak Melayu, saya tidak pernah menjadi anak Melayu yang 'negatif' terhadap filem mahupun muzik Melayu.... Selaku anak Melayu yang lahir di era 80-an dan membesar di era 90-an, saya dapat melihat betapa 'agak ramai' juga di kalangan anak Melayu yang 'berpendidikan' dan dibesarkan dalam suasana moden menjadi satu golongan yang agak 'negatif terhadap muzik dan filem yang berorientasikan Melayu...
Selalu kedengaran:
* Ahh..cerita Melayu?? Bosanlah... Takde kualiti
* Lagu Melayu??? Iskkk, geli lah...lemah lentok, meleret-leret....
* Sorrylah nak tengok filem Melayu, ntah apa apa... Bodoh jek !
Berbalik kepada tajuk saya kali ini......
CINTA...Sebuah Kisah Tentang Kasih.....
Filem edaran Grand Brilliance Sdn Bhd yang diarahkan oleh Khabir Bhatia dengan skrip nukilan isteri tersayang iaitu Mira Mustaffa ini adalah filem yang wajar ditonton oleh golongan 'negatif' terhadap sesuatu yang berorientasikan Melayu itu sendiri.....
Kekuatan skrip, teknik fotografi yang unik, paparan plot cerita yang kemas, muzik latar yang menarik dan logik serta pengisian nilai murni yang menyeluruh dengan penghayatan lakonan yang hebat di sepanjang filem yang berdurasi 2 jam ini cukup untuk membuktikan kepada khalayak semua bahawa..FILEM MELAYU ada kekuatannya dan tidak semuanya harus dilabelkan sebagai BOSAN, JIJIK, BODOH mahupun TIADA MATLAMAT......
Saya selalu menonton filem di pawagam sama ada filem luar (filem yang datang dari pelbagai arena sama ada Hollywood, England, Jepun, Hong Kong, Korea, Indonesia, Thailand) mahupun filem tempatan sendiri.... Bagi saya kepompong pemikiran bukan setakat boleh dijana oleh melalui pembacaan buku, menghadiri kuliah, dokumentari atau seumpamanya sahaja TETAPI filem juga mampu mencorak minda dan mendidik jiwa seandainya disalurkan matlamat menonton filem itu ke arah yang betul dan membina.
Filem CINTA ini telah mengundang saya menontonnya sebanayk 2 kali di pawagam dan kemunculan CD nya nanti pasti akan membuatkan saya menontonnya untuk kali ketiga pula....
Sedari ini saya mengerti bahawa filem CINTA ini mengajar saya bahawa:
* Kasih sayang adalah sesuatu yang sellau datang tetapi jarang kita raikannya
* Kasih sayang melampaui definisi cinta antara pasangan kekasih semata mata
* Kasih sayang tidak datang secara tiba tiba dan tanpa sebab....
* Kasih sayang sentiasa memerlukan pengorbanan dan cabaran
Masih terngiang-ngiang di telinga saya bait-bait kata watak Makcik Rubiah lakonan Fatimah Abu Bakar:
* Kadang-kadang Orang yang paling kita sayanglah yang paling susah untuk disayangi....
Bait-bait kata watak Cikgu Ilyas lakonan Dato' Rahim RAzali yang cukup bermakna:
* Isteri bukannya hak milik tetapi adalah anugerah....
Sebagai pendidik, bait-bait kata seorang doktor di hospital yang ingin membantu cucu Cikgu Ilyas membiayai perbelanjaan datuknya sudah pasti mebuatkan hatis aya sebak:
* Kalau tidak kerana Cikgu Ilyas, saya tidak akan jadi doktor....
Harapan saya, moga banyak lagi filem-filem tempatan selepas ini akan menjadi satu karya yang boleh dibanggakan..Kalau tidak dibanggakan oleh orang luar, cukuplah sekiranya ianya tidak lagi dicemuh dan diperlekeh oleh anak bangsa sendiri......
......Selain CINTA... saya bangga melihat hasil karya seperti Pontianak Harum Sundal Malam II, Fenomena, Ali Setan, Embun, Laila Isabella,Baik Punya Cilok, Leftenan Adnan..... Berbeza genrenya tetapi masing amsing ada kekuatan dan motif yang tersendiri......
5 comments:
Dear fendy,
thanks untuk ulasan yang mantap. mmg best ey? aku pon nak negok CINTA next week.
then dlm list aku, aku nak tgk filem dukun lakonan umie aida. gile ah, aku sekarang suka tgk filem melayu. aku rasa ini adalah satu perubahan yang positif. hahahahahahaha.
Siapa lagi yang akan memartabatkan bahasa Melayu, jika bukan anak bangsanya sendiri? ;)
Aku dah lama juga tak pergi menonton filem di pawagam; cerita luar negara mahupun tempatan. Selalunya kau lah yang mengheret aku pergi. :P
Salam buat semua,
tidak semestinya jika seorang Melayu tidak lagi berminat kepada filem atau lagu melayu mereka juga bersifat negatif.
sebenarnya kita perlu tahu mengapa orang melayu tak suka pada lagu dan filem melayu. Mengapa filem luar dan lagu Indonesia mendapat tempat di hati orang melayu.
Sejak zaman bangun semula( atau bertatih semula) filem melayu bermula dgn Permintaan terakhir dan Jiwa Remaja saya mula mengenal filem melayu selain filem2 P. Ramlee atau Nordin Ahmad. Kemudian datang M.Borhan dan Syed Kecil kedua-dua jutawan Sabah yg rancak mengeluarkan filem Melayu. Kini kita mempunyai ramai pengeluar samada Melayu atau bukan.
Setelah hampir 30 tahun mengikuti perkembangan filem Melayu, saya hanya nampak sedikit perubahan terutamanya budget makin besar dan pengarah2 mahu bereksperimen. Namun kebanyakkan cerita adalah amat stereotype. Kalau tengok satu filem Badul samalah macam dah tengok filem Badul. Kalau tgk satu filem Mami Prof Razak, macam dah tengok semua filem beliau.Begitu juga drama2 atau drama bersiri di TV. Cerita dan plot yg hampir sama malah angle pemceritaan juga identikal.Namun terdapat beberapa filem yg excellent terutama dari Suhaimi Baba, Rahim Razali,Yasmin Ahmad antaranya.
Sebenarnya cerita2 dari filem atau siri dari luar juga hanpir identikal namun penceritaan dan persembahan agak berbeza. Kisah yg identikal bleh di tonjlkan dari pelbagai kacamata dan angle atau perspektif. Juga lakunan mereka lebih menarik terutama dari Hllywood dan HongKng serta China. Begitu juga dari Iran.
Saya percaya filem Melayu boeh kembali menarik minat jika pengarah dan produser lebih berani mencuba.
Begitu juga tentang lagu2 Melayu sekarang. You hear one you've listened to all. Majoriti lagu tentang cinta hampa dan putus asa
Dan senikata sufdah tidak seindah tulisan Kak Chah. Lagu-lagu tentang masyarakat juga semakin kurang.Sudah tiada lagi lagu tentang rakyat selepas Kembara bubar. tiada lagi puisi indah selepas Kopratasa dan Harmoni.
M Nasir pun telah mula bercinta dan berjiwang.
Ajai, Azlan,Adnan,Hazami lebih suka menitiskan airmata dan mendayukan jiwa anak Melayu.
Lagu2 R&B kita sudah seperti saduran Indon. Rock kita masih di takuk 80'an tapi rock Indon semakin progresif. Namun kita heran mengapa orang Melayu amat menggilai lagu rock Indon. Mengapa amat kagum kpd Dewa,Padi,SO7, Samson,Radja dan Peter Pan.
Kerana karyawan kita selesa tinggal di zon selesa.
Karyawan mesti progresif dan sensitif dalam berkarya.Jgn syk sendiri.Dalam dunia tanpa sempadan orang Melayu dapat melihat dan mendengar hasil seni negara lain dalam sekelip mata dan dpt membezakan hasil melayu dan mereka dari luar.
Terima kasih pada semua yang memebri respon...
ahmadinejad...
saya rasa filem Melayu ada juga yang sudah cuba keluar dari tema cinta.... Cuba kita perhatikan filem seperti Qaisy dan Laila, Selubung, Layar Lara, Paloh, Embun....Tema utama yang cuba dipersembah oleh filem2 tersebut adalah berkaitan dengan kemanusiaan atau patriotik..tetapi elemen2 cinta ada juga diserapkan kerana cinta itu global pegertiannya kalau bijak dieksplorasi.....
bujang senang,
Persoalan bagaimana untuk meningkatkan mutu filem tempatan adalah cukup sukar untuk dijawab dan diberi jawapan yang objektif. FIlem bermutu tidak semestinya bertemakan kemanusiaan, patriotik atau masa depan sahaja... TAkrifan filem bermutu semestinya harus ditelusuri daripada plot cerita, keserasian pelakon dengan jalan cerita, sinematografi, muzik latar, skrip, teknik cahaya juga bunyi.....Dan yang paling utama, mutu ialah 'kelainan' yang dipaparkan....
Masalah di Malaysia ialah khalayak penonton wayanng adalah kecil.....
Sehingga kini, rekod kutipan tertinggi filem Malaysia adalah sekitar RM6 Juta yang diraih oleh filem Sembilu 2 dan Senario Lagi.....
Pada kasarnya 40-50% daripada kutipan akan menjadi hak milik Penerbit....
Andainya kutipan filem adalah RM6 Juta..secara kasar Penerbit filem tersebut akan memperoleh RM3 Juta.... Andainya kos adalah RM1 Juta, maka MEWAHlah pernerbit kerana beruntung bersih sebanyak RM2 juta....
Takrifan BOX-Office di Malaysia adalah RM1 juta pungutan panggung.... Filem seperti EMBUN dan PUTERI GUNUNG LEDANG berjaya mencatat kutipan kasar antara RM1 juta - RM 2 Juta TETAPI dikatakan gagal di pasaran kerana KOS pembikinan filem2 tersebut adalah JAUH JUTAAN ringgit lagi nilainya....
Maka persoalan yang membantutkan usaha usaha untuk meningkat mutukan filem kita adalah kerana kekurangan khalayak penonton itus endiri yang menggerunkan pernerbit untuk cuba bereksperimentasi mahupun mengeluarkan bajet yang lebih tinggi lagi...Akibatnya, mutu dipinggirkan dan kelainan takut untuk dipaparkan.....
Pujian harus diberi pada penerbit filem seperti CICAKMAN yang mengeluarkan bajet RM1.7 juta untuk membawa kelainan dalam industri...KRU akan rugi sekiranya filem tersebut gagal meraih RM3.4 juta di pawagam... RM3.5 juta keatas barulah untung diperoleh.....
Buat Tokasid,
Banyak respon anda yang saya puji dan akui ada kebenarannya... CUma bila menyentuh tentang lirik lagu dan muzik, saya berasa bahawa kalau dilihat pada majoriti lirik lagu dari Hollywood mahupun Bollywood... Elemen lirik cinta, gembiranya cinta, sedih pulunya cinta tetap menguasai muzik mereka.... Salah rasanya kalau nak menyatakan bahawa lirik lagu Melayus aja yang dimonopoli oleh elemen dayu dayuan cinta ini......
hurm...memang sgt2 best citer CINTA tu sir.sbelum ni memang saya jarang nak tengok cerita melayu kat panggung sebab kualitinya tu tak berbaloi dengan harga tiket wayang untuk satu panggung tuh.contoh nyer beberapa bulan lepas saya dengan bersemangat pergi tengok citer Gengster Castelo arahan dan terbitan Rosham Nor,sebabnya saya memang peminat Rosyam dan dalam hati saya mengharapkan filem tu mesti 'gempaks'.tp malangnya, x logik langsung kebanyakan adegan Castelo ngan mamat2 samseng tuh sampaikan sumer dlm panggung tu mengeluh2 dan biler cerita habis ramai yang jerit "buat bazir duit aku jer". tapi cerita CINTA ni memang buka minda dan mata melayu bukan hanya penonton tapi sepatutnya pengarah dan penerbit sendiri. tunjuk mereka cara sebenar,macam mana baru dinamakan sesebuah filem tu adalah FILEM..bukan main arah dan harapkan publisiti dari pelakon seksi atau cantik dan hensem semata..harapan saya, filem yang bakal2 muncul akan hebat malah lebih hebat dari cinta supaya anak2 melayu yang sekarang pilih utk tonton cerita luar dapirada filer melayu sendiri akan sedikit sebanyak mula menghargai filem mereka FILEM MELAYU, x mustahil..
-diana,cyberjaya-
Post a Comment