Thursday, December 14, 2006

Kontroversi Dalam Kehidupan.....Yang Hangat dan Yang Suam

Salam Buat Semua,
Melihat kembali perjalanan kehidupan kita, dalam sedar atau tidak... Kita tidak dapat mengelak daripada berada dalam situasi yang menimbulkan ' KONTROVERSI.... '
* Kontroversi dalam percakapan yang menimbulkan suasana hangat di kalangan rakan-rakan
* Kontroversi dalam pencapaian diri yang tidak cemerlang dan tidak menepati kehendak ramai
* Kontroversi dalam memulakan hubungan dengan seseorang
* Kontroversi dalam cara penampilan diri yang tidak disenangi oleh segelintir pihak
* Kontroversi dalam tingkah laku kita yang dipandang jelek oleh individu lain
Pendek kata, walaupun kita bukanlah seorang personaliti yang dikenali ramai (ahli politik, artis, jutawan, warga media massa, kerabat ..... ) TETAPI hambatan ' KONTROVERSI ' tetap ada mengejar dan menjerat kita walau mungkin tidak disiar di dada akhbar dan memasuki ruangan gossip di majalah, tabloid mahupun forum sembang Internet.
Di sini saya perturunkan beberapa ' KONTROVERSI ' yang dekat di hati kita dan telah membawa 'TANDA - TANYA' kepada masyarakat marhaen (biasa) dan mengundang keadaan 'BERGELORA' di dalam negara sepanjang 2006 ini ....
* Apabila seorang bekas PERDANA MENTERI yang mengemudi proses pemodenan Malaysia selama 22 Tahun secara terbuka mengkritik PENGGANTINYA dan mengakui bahawa si pengganti itu sebagai 'mengkhianatinya' dan 'menikamnya dari belakang.'
* Kontroversi juga timbul apabila sesetengah MENTERI bertindak 'lebih sudu dari kuah' dengan 'membelasah' TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD melalui media massa hingga mengatakan BAPA PEMODENAN MALAYSIA dan PERINTIS WAWASAN 2020 itu sebagai sudah nyanyuk, ingin berkuasa semula, mengalami sindrom ingin berkuasa semula. Sikap TERLAMPAU mereka ini yang lahir dari niat untuk 'mempertahan' Perdana Menteri telah membawa implikasi lebih buruk apabila majoriti rakyat menjadi muak dan menyampah keterlanjuran mereka yang dilihat seperti 'monyet kelaparan pisang.' Ada yang merasakan bukannya berjaya mempertahankan imeh Yang Berhormat Perdana Menteri tetapi sebenarnya memburukkan lagi imej P.M dan kabinetnya di mata rakyat kebiasaan
* Kontroversi juga timbul apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam satu temu-ramah yang disiarkan T.V 3 dengan yakinnya mengatakan bahawa tiada syarikat Malaysia yang telah terjual kepada pihak negara luar dan anaknya tidak terlibat dengan bisnes di dalam negara TETAPI dalam jangkamasa pendek dibuktikan bahawa syarikat Parkway Holdings (Singapura) telah menguasai Pantai Holdings (Malaysia) yang memegang kontrak pembekalan bahan perubatan kepada KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan dibuktikan pihak tertentu bahawa syarikat yang dimiliki sahamnya oleh KAMALUDDIN ABDULLAH juga ada menerima kontrak langsung melibatkan projek yang berkepentingan kerajaan
* Kenaikan harga minyak (petrol dan diesel) secara mendadak dan mengejut secara berterusan dan mencapai tahap MAKSIMANYA pada Februari, 2006 dengan alasan untuk menngurang beban subsidi kerajaan dan dikatakan penjimatan RM4 Billion akan digunakan untuk memperbaik dan memoden lagi pengankutan awam. Akhirnya, senyap sepi.....
* Penyanyi nombor satu Malaysia, Siti Nurhaliza (kini Datuk) dijerat dengan keberatannya untuk mengaku bahawa beliau memang intim dengan Datuk Khalid Mohd. Jiwa (jutawan bisnes) sehingga ditafsir oleh umum sebagai hipokrit dan berbohong
* Tidak ketinggalan kisah-kisah CERAI-BERAI dan MAHKAMAH melibatkan selebriti popular seperti YUSRY-ERRA FAZIRA dan Datuk Seri Effendi Norwawi - Datin Seri Farida Effendi (kini Datin Seri beralih ke Tiara Jacquelina si 'Puteri Gunung Ledang moden.'
* Bintang meningkat naik, SHARIFAH AMANI yang diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Malaysia melalui filem GUBRA dan bertambah popular melalui filem CINTA membuat kenyataan 'terlebih bijak' apabila mengeluarkan kenyataan " i sound stupid if i speak in Malay.." ketika menerima anugerah PELAKON WANITA TERBAIK di Festival Filem Malaysia 2006 yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara. Apapun alasannya, Amani tetap dipersalah dan dalam hal ini tindakan Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk menempelak Amani amatlah disokong dan tiada kompromi dalam isu-isu seperti ini
* Isu beberapa wakil rakyat bertaraf Ahli Parlimen dan ADUN yang menyalahguna kuasa atau membuat kelakuan / tindakan yang menimbulkan kontroversi turut mendapat liputan besar dan mereka sebenarnya telah memalukan institusi pentadbiran dan menghancurkan harapan masyarakat umum yang 'MENGANGKAT' mereka ke jawatan tersebut sewaktu pilihanraya
* Isu Mat Rempit dan Minah Rempit juga menimbulkan suasana hangat apabila PEMUDA UMNO dengan bangganya mahu menghimpun REMPIT-REMPIT ini dengan tujuan untuk menunjukkan kepada mereka bahawa mereka tidak dilupakan. Hasil program tersebut masih menjadi '1001 tanda dan tanya' yang pening untuk difikirkan
Banyak lagi 'KONTROVERSI' yang kadang-kadang memualkan kita TETAPI adakalanya mampu menghiburkan kehidupan kita dengan 1001 persoalan, misteri, jenaka dan ketidaksiuman manusia yang tiada noktahnya.
Adakah HIPOKRASI manusia itu sendiri yang menimbulkan 'KONTROVERSI' ?
ATAU
Adakah sikap telus dan suci itu juga kadang-kadang menghadirkan 'KONTROVERSI' ?
Sehingga berjumpa lagi,
Salam InspiRasi ~~

4 comments:

srikandi malam said...

assalamualaikum wbt kepada fendy..

kontroversi adalah lumrah kehidupan setiap masyarakat,baik yang muda mahupun tua,semua orang tidak terlepas dari kontroversi.

Menyentuh tentang isu bekas perdana menteri,Dr M,saya berpendapat bahawa beliau tidak berfikir panjang apabila mengutarakan pendapat beliau. Beliau tidak seharusnya mengkritik kepimpinan Pak Lah di dalam UMNO.

Ini kerana pendapat beliau boleh menimbulkan perpecahan didalam parti dan beliau sepatutnya menggunakan saluran yang betul dan bukannya menggunakan media.Sebagai seorang yang cerdik pandai dan pernah memimpin kerajaan selama berpuluh tahun, beliau patut tahu bahawa tindakan beliau itu mampu menggoyah kerajaan.

Setelah berjumpa dan mengutarakan ketidakpuasan hati beliau terhadap kepimpinan Paklah,sekali lagi beliau telah menunjukkan ketidak professional beliau dengan menyebarkan kepada media isi kandungan perjumpaan sulit beliau dengan Paklah.


Akhir sekali, kontroversi adalah satu perkara yang direka dalam mencari kepentingan untuk diri sendiri.Sekian terima kasih..

Srikandi malam.

fendy_ahmad said...

Waalaikumussalam dan terima kasih buat srikandi kerana memberi respon,

Dalam isu kritikan terbuka Tun DR M kepada Pak Lah saya kira isu perpecahan adalah perkara kedua...

DR M selalku pemimpin yang mengemudi Malaysia selama 22 TAHUN mempunyai HAK untuk mempertahan sekaligus 'memelihara' segala misi nasional yang telah digariskannya...

Saya kira adalah WAJAR untuk beliau mempersoalkan beberapa isu KONTROVERSI di bawah pentadbiran PAK LAH yang GAGAL diJAWAB oleh PAK LAH terutama yang berkaitan dengan AP, PROTON dan JAMBATAN INDAH....

Saya kira isu tidak akan menjadi PANAS sekiranya PERDANA MENTERI bijak mengatur strategi dan menjawab segala persoalan dengan penuh hemah dan bukannya bergantung kepada bala MENTERInya semata-mata....

ISU Tun Dr M. membuka 'rahsia' pertemuannya dengan PAK LAH sebenarnya BUKANlah Tun membuka rahsia KERANA apa yang Tyn nyatakan pada pihak media itu adalah 'BUKAN SUATU RAHSIA' lagi dan Tun sekadar mengulang isu-isu yang telah diketahui umum....

Di sini kita dapat melihat betapa TV 3 terutamanya telah memutarbelitkan perkara tersebut....

Tidak hairanlah seluruh kerabat keluarga saya di JOHOR ketika Aidilfitri tempohari memilih untuk menonton Berita RTM berbanding TV 3....

bujang senang said...

srikandi malam,

Sudah 2 tahun TDM mendiamkan diri daripada mencampuri urusan kerajaan, walaupun selepsa 2 minggu Pak Lah menjadi PM beliau telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak ada duit, nak kena bayar hutang yang banyak.

Tetapi selepas di kritik tiba2 duit ada untuk RMK-9 ? Cuba saudari fikirkan mengapakan TDM mengkritik kerajaan? Kenapa beliau sanggup korbankan diri untuk kritik terhadap kepimnpinan AAB ?
TDM tidak mengkritik pada mulanya cuma memberi pendapat masalah AP yang menyebabkan Proton rugi tetapi AAB tidak memberi sebarang maklum balas sehingga lah soal maruah negara hendak di gadainya sebab tidak boleh menjual pasir ke Singapura maka projek Jambatan Bengkok di batal dgn alasan rakyat tidak mahu.

Tidak ada cara lain TDM hendak bercakap dgn ahli MT UMNO semuanya di halang, dgn surat khabar pun tak boleh masuk, tapi PM AAB kata beliau telus tapi yang sebenarnya AAB yang di bawah pengaruh anak menantu yang membawa padah kepada negara.

Cuba kita renungkan wahai srikandi malam buat apa TDM yang dah 82 tahun bukan beliau mahu jadi Pm semula tetapi beliau mahu membersihkan UMNO serta pengaruh menantu Pak Lah yang tidak memegang apa2 jawatan dlm kerajaan hanya Naib Ketua Pemuda aja tetapi mempunyai kuasa PM boleh talipon siapa2 saja beri arahan kpd MB - MB berhubung kontrak dan projek kerajaan kepada kuncu2nya.

Buat apa TDM korbankan popularitinya kerana kritik PM AAB dan para menteri yang half past six bukan main garang serta kurang ajar itu.

Pak Lah kena berubah cara kepimpinannya jangan kuat tidur, jangan dok dengar cakap menantu serta berhantu itu. Jika tidak nescaya BN akan tersungkur di pilihanraya akan datang ...insyaallah.

Mohd. Hezery bin Hussin said...

fendy, sebenarnya ramai giler yang tak puas ati dengan cara pemerintahan Pak Lah, sebab stail yang dibawaknya lebih menjurus ke arah kemunduran, sampaikan Singapore yang masa zaman Tun Dr. M dulu terpaksa akur dengan kehebatan ekonomi kita dah bleh berlagak balik sebab pertumbuhan ekonomi dier dah mendahului Malaysia balik semula. Banyak kilang yang tutup, pelabur banyak lari ke China dan India... dan gak kat negara2 jiran kita. Sebab tu la makin banyak giler graduan menganggur walaupun dengan pointer yang tinggi...!!!

Sebenarnya tak salah kalau Pak Lah nak naikkan balik pertanian, tapi approach dia tu yang salah. Dia terlampau tumpukan pada pertanian yang jadik periuk nasik kepada setakat 33% penduduk Malaysia yang dok kat kampung, sedangkan baki 67% yang dok kat bandar dah susah nak carik makan sebab Pak Lah dah mengabaikan sektor industri dan perkhidmatan yang jadik periuk nasik kepada 67% penduduk Malaysia...!!!