InspiRasi saya, negarawan Mahathir Mohammad pernah menyatakan bahawa 'GLOBALISASI bukanlah sesuatu yang semestinya diterima bulat bulat.'
Saya tetap merasakan bahawa 'GLOBALISASI' adalah rekaan barat yang sebenarnya dicipta berlandaskan prisip dan cara yang berat ke arah memenuhi keperluan dan kehendak mereka atas nama :
1) Dunia tanpa sempadan
2) Kebebasan perdagangan
3) Tiada kawalan politik dalam perdagangan
4) Tiadanya kekangan yang merencatkan aktiviti perdagangan....
Setelah FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas) antara Malaysia dan Jepun yang berlaku sebelum ini telah mendapat satu tempikan HEBAT banyak pihak apabila dipermainkan dengan kata kata " Adakah SETARA untuk membenarkan CUKAI BARANGAN ELEKTRONIK daripada Jepun diminimakan/dihapuskan sama sekali dengan GANTInya adalah PISANG daripada Malaysia juga diminamakan/dihapuskan cukainya ketika memasuki pasaran Jepun "
Rasanya tokoh besar seperti Rafidah Aziz wajar tidak terperangkap dengan 'SANDIWARA' yang dibesarkan atas erti kata 'GLOBALISASI PASARAN dan PERDAGANGAN'
Telusurilah, makna makna tersirat berita dibawah yang saya petik melalui BERNAMA :
Rafidah harap pasaran dorong FTA AS-Malaysia
PHILADELPHIA 29 Nov. – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz berharap perundingan FTA AS-Malaysia akan lebih didorong pasaran berbanding dorongan secara politik.
“Ia akan lebih berjaya jika kita hapuskan matlamat-matlamat politik dan kesimpulannya berasaskan kepada aspek-aspek didorong pasaran,” katanya di dalam ucapan beliau pada satu seminar mengenai “Peluang-peluang Perniagaan di Malaysia,” di sini semalam.
Rafidah mengetuai satu misi perdagangan dan pelaburan 36 anggota ke AS dari 26 November hingga 6 Disember, meliputi tiga bandaraya Philadelphia, Chicago dan Phoenix.
Misi itu dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Beliau berkata, adalah sukar untuk bersetuju sekiranya perundingan meninggalkan kesan ke atas dasar-dasar dalam negara sedangkan ia akan lebih mudah jika perundingan-perundingan didorong pasaran.
Sambil memahami keghairahan masyarakat perniagaan AS terhadap bakal kesan perdagangan dan pelaburan FTA, katanya sektor perniagaan di Malaysia juga berkongsi sentimenb yang sama tetapi negara itu masih perlu meneruskan dasar-dasarnya bagi pembangunnya yang mampan dan bagi memenuhi matlamat-matlamat sosial.
Beliau menegaskan bahawa adalah perlu bagi negara (Malaysia) meneruskan sesetengah matlamat sosial dan ekonomi yang disasarkan kepada pembangunan negara bangsa dalam satu masyarakat berbilang kaum.
Sementara itu, tiga pusingan perundingan AS-FTA telah diadakan setakat ini dengan yang keempat dijadual pada bulan Januari tahun depan di San Francisco.
Daripada laporan-laporan yang diterima daripada pasukan-pasukan perunding, katanya kedua-dua belah pihak telah mencapai satu tahap kefahaman yang tinggi terhadap keperluan-keperluan satu sama lain.
“Jika AS terus menunjukkan tahap kelonggaran yang sama yang dilihat di dalam pusingan ketiga, saya yakin bahawa satu perjanjian yang memberi manfaat bersama adalah mungkin dalam masa yang amat dekat ini,” kata menteri itu.
– Bernama
The King, his family and U
-
*Or … “Who needs to be a crony when you can be a Royal Crony Pt 2”*
Damansara, 6/12: Ten years ago, this blog published the article *Who needs
to be a cron...
2 comments:
Sir,
In your opinion, do you think that the objective of APEC (in term of the establishment of a free trade area,whereby, the developing countries should achieve the objective by 2020) will success based on the current situation (when India and China are trying to fly)?
BTW, from International Business class last sem, I can conclude that;
Globalization = The rich will become richer and the poor will become poorer.
Zyed,
Saya percaya bahawa matlamat APEC dapat dicapai sekiranya kerjasama antara negara APEC dibuat secara lebih telus dan tidak terikat dengan pandangan dan 'kehendak' kuasa kuasa besar....
MAsalah yang timbul pada hari ini, APEC telah lari daripada objektif utamanya iaitu sebagai FORUM PERDAGANGAN..... Dewasa ini teruatamanya selepas peristiwa WTC 2001, agenda APEC telah banyak dipengaruhi oleh soal KESELAMATAN dan MENANGANI PENGGANAS..... APEC bukannya institusi seperti NATO ataupun EU....
Lebih teruk lagi, istilah 'free trade area' yg diusahakan APEC nampaknya lebih berat sebelah kepada pihak negara maju berbanding yang membangun......Itu masalahnya ...
Post a Comment