Mutakhir ini ada disebut bahawa Utusan Malaysia Berhad akan digabungkan dengan NSTP Berhad....
Alasan yang diberikan oleh pihak yang mencadang:
1) Menguatkan struktur kewangan kumpulan NSTP
2) Mengukuhkan pengedaran akhbar NST yang sejak 10 tahun lepas kecundang di tangan The Star
3) Mengurangkan persaingan sesama akhbar Melayu (Berita vs Utusan dan Metro vs Kosmo)
4) Pembahagian pasaran yang lebih menjurus kepada memahami kekuatan masing-masing (Utusan Malaysia
difokuskan untuk market Utara Semenanjung dan Pantai Timur) manakala Berita Harian difokuskan untuk
market Selatan Semenanjung dan Metropolitan)
Walau bagaimanapun alasan yang cuba dicari.... Saya amat tidak bersetuju dengan penggabungan 2 entiti besar ini...Kedua dua syarikat pada dasarnya adalah milik UMNO (Lebih kurang 52% saham Utusan adalah milik UMNO dan 47% saham NSTP dimiliki oleh Media Prima Berhad yang juga adalah proksi UMNO).... Mengapa saya lebih kepada menidakkan idea ini:
1) Seandainya gabungan dibuat, maka bermulalah proses pembuangan kakitangan syarikat atas alasan untuk
mengurangkan kos operasi
2)Andainya Utusan dan Berita menjadi entiti di bawah payung yang sama, maka hilanglah identiti masing
masing dan paparan berita dan liputan akan menjadi statik dan tidak berinovasi
3) Persaingan yang kurang akan menyebabkan kualiti menurun
4) Star Publications Berhad yang memiliki akhbar THE STAR (majoriti saham milik MCA) sebenarnya sudah
mempunyai lesen untuk menerbitkan akhbar harian berbahasa Melayu sejak 1997 lagi tetapi ditangguhkan
permulaan penerbitannya kerana gusar dengan persaingan bersama Berita Harian dan Utusan Malaysia.
Andainya Berita bergabung dengan Utusan maka sudah pasti Star Publications akan melancarkan akhbar
Melayu miliknya kerana sudah kurang persaingan. Dikhuatiri, agenda 'merubah pemikiran' bangsa akan
berlaku secara senyap...... " Biarlah minda Melayu dibentuk daripada pemikiran dan niat ikhlas Melayu sendiri "
Apapon, tahniah saya ucapkan pada 43 orang ahli Majlis Tertinggi UMNO yang membangkang penggabungan ini dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada petang Jumaat 1 Disember 2006. Malangnya, ada 5 yang menyokong.....Apa agenda mereka agaknya?
Kepada Perdana Menteri, ini satu mesej yang jelas dan terang.......
1 comment:
Saudara BUjang,
Apa yang saya khuatiri ialah isu ini dicipta oleh pihak-pihak yang ingin menjadikannya sebagai medan bahawa 'Akulah Pejuang Melayu Pejuang Rakyat' dan 'Aku berdiri dibelakang pendapat Mereka....'
Menarik diperhatikan apabila KHairy menjawab soalan para pemberita dan seolah emnunjukkan bahawa dia 'tidak bersetuju dengan penggabungan tersebut.'
Apa maksud yang sebanar?
Post a Comment