Tuesday, December 12, 2006

Pencarian Idola : Antara Ahli Politik , Penyanyi, Ahli Perniagaan dan Ahli Sukan....

Salam Buat Semua,

Andai kita ingat dan sedar, kita selalu ditanya satu soalan normal ketika masih berada di alam persekolahan mahupun alam institusi pengajian tinggi dahulu...

SIAPAKAH IDOLA AWAK?
Timbul persoalan, siapakah yang wajar diangkat sebagai IDOLA untuk anak anak ataupun remaja yang sedang terkapai kapai mencari identiti diri dan mengalami gejolak jiwa yang serius akibat daripada perkembangan zaman yang semakin rencam dan 'pelbagai' tanpa boleh dibaca...
Dalam membicarakan soal ini, saya menolak ketepi jawapan seperti
- Idola saya ialah Nabi Muhammad S.A.W ataupun tokoh tokoh agama masing-masing
- Idola saya ialah ibu dan bapa saya
Bagi saya, Nabi mahupun ibu-bapa adalah IDOLA wajib bagi setiap insan dan mereka tidak wajar disama tarafkan dengan Idola-idola lain yang pastinya taraf mereka adalah lebih bawah daripada Nabi dan ibu-bapa kita....
Maka, siapakah yang wajar diMARTABATKAN dan diANGKAT untuk diketengahkan sebagai IDOLA kepada anak anak mahupun remaja?
--> AHLI POLITIK ?
--> PENYANYI?
--> AHLI PERNIAGAAN?
--> AHLI SUKAN?
Persoalan seterusnya....
AHLI POLITIK..
--> ada yang dengan mudahnya menunjukkan kesamsengannya, mengajar generasi muda untuk menjadi kurang ajar kepada orang yang lebih tua daripada kita (yang telah berjasa pada kita di wakti terdahulu) .... Saya merujuk kepada kebiadapan seorang dua ahli politik bertaraf Menteri yang dengan tanpa segan silu merendahkan martabat bekas Perdana Menteri sedikit masa dahulu... Ini tidak termasuk kes penyelewengan dan 'korupsi..'
PENYANYI..
--> hanya dengan memenangi pertandingan realiti T.V, wajarkah itu ditakrifkan sebagai idola terkini...Hairan sungguh apabila ada kerajaan negeri yang dengan mudahnya mengangkat pemenang ciptaan realiti T.V sebagai Duta Remaja Negeri... Saya tidak pasti dimana tahap keintelektualan pemimpin negeri tersebut atau dia sebenarnya terpengaruh untuk menjadikan pentadbiran negeri juga seperti rancnagan realiti yang 'glamor..'
AHLI PERNIAGAAN..
--> Media massa Malaysia amat payah untuk menjadi kreatif mengangkat mana mana ahli perniagaan berjaya yang banyak berbakti dan telus untuk dijadikan bahan motivasi kepada remaja dan anak anak. Rasanya hanya sekelumit anak anak dan remaja yang tahu akan kisah perit jerih orang orang seperti Tan Sri Loh Boon Siew, Tan Sri Lim Goh Thong dan Tan Sri Mohktar Al-Bukhary dalam membina empayar perniagaan mereka yang akhirnya bernilai Billion Ringgit.
AHLI SUKAN..
--> Sukar pula untuk mencari ahli sukan Malaysia yang berjaya dan mampu untuk menjadi seorang ahli sukan berjaya yang konsisten pencapaiannya. Baru hendak 'diangkat,' dia sudah tenggelam semula. Contoh terdekat ialah bagaimana Hafiz HAshim yang unggul menjadi Juara All-England dan Sukan Komanwel pada 2002, tiba tiba tenggelam terkulai selepas itu. Mutakhir ini, Nicol David dirasakan layak untuk 'diangkat' sepenuhnya..Tetapi, media lebih gemar mengangkat bintang nyanyian realiti TV sebagai jagoan remaja....Alahai media.....
Seterusnya, saya serahkan kepada anda semua untuk memikirkan persoalan ini....
Untuk saya....siapakah idola saya.... ???
Saya masih teringat dipertengahan tahun 1997, saya pernah menulis sebuah esei yang membawa tajuk CITA-CITAKU YANG MEMBARA (esei tersebut menjadi juara pertandingan esei sekolah menengah peringkat Daerah)..... Di dalam satu perenggan, saya menulis yang inspirasi saya hadir melalui 3 pemimpin ini :
SAYA INGIN MENJADI SEORANG PEMIMPIN YANG BIJAK DAN BERPANDANGAN JAUH SEPERTI DATUK SERI DR MAHATHIR MOHAMMAD, BIJAK BERBICARA DAN HEBAT KETRAMPILANNYA SEPERTI DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DAN TENANG JIWANYA DAN TINGGI PEKERTINYA SEPERTI DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI...MEREKALAH IDOLA SAYA....
Itu adalah idea dan pegangan saya pada tahun 1997 ketika berada di Tingkatan 3... Ketika itu Dr Mahathir adalah Perdana Menteri, Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Abdullah adalah Menteri Luar yang baru saja memperoleh semula jawatan Naib Presiden UMNO yang dia tewas pada 1993....
Tapi kini..... segalanya adalah sejarah.... Yang Pasti, ada antara mereka yang membuatkan saya sudah tidak menganggap mereka adalah idola saya.... Hanya satu saja yang akan tetap saya martabatkannya sebagai IDOLA saya selamanya.... Dia adalah seorang yang KONSISTEN dalam tindakan dan sikapnya.... ITULAH sifat WAJIB seorang IDOLA..... Sentiasa sama cara dan pemikirannya..Bukannya seorang yang bersikap 'SEKALI AIR BAH, SEKALI PANTAI BERUBAH :)
Jumpa Lagi, Salam InspiRasi....

9 comments:

Pak Cik Satu Dua said...

diriku idolaku...

zazzy said...

Zaman sekolah rendah dulu sehinggalah ke tingkatan tiga, YM Prof. Diraja Ungku Aziz menjadi idola saya, perjuangan dan pandangan Ungku Aziz sering menjadi pembakar diri. Saya percaya jika beliau boleh berjaya bangkit sebagai seorang anak Melayu yang memperjuangkan pendidikan dan pemartabatan, mengapa tidak saya?

Ketika berjuang bersama rakan-rakan untuk menghadapi SPM, tiba-tiba Dr Zeti Akhtar Aziz menjadi pembakar semangat saya. Beliau menjadi pembakar semangat saya dan menjadi sumber inspirasi saya lantas sebaik sahaja selepas SPM, saya nekad meninggalkan Kimia, Biologi dan Fizik jauh di belakang sana.

Dan hari ini, dengan menjadikan Dr Zeti dan ayahandanya sebagai idola, saya percaya bahawa saya boleh menjadi ahli ekonomi...

walau sesukar manapun econometrics itu..hehe...

tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna kan?

Anonymous said...

Hanya satu saja yang akan tetap saya martabatkannya sebagai IDOLA saya selamanya.... Dia adalah seorang yang KONSISTEN dalam tindakan dan sikapnya.... ITULAH sifat WAJIB seorang IDOLA..... Sentiasa sama cara dan pemikirannya..Bukannya seorang yang bersikap 'SEKALI AIR BAH, SEKALI PANTAI BERUBAH :)
p/s: siapa idola tu?

fendy_ahmad said...

anonymous,

soalan anda tentang siapa yang saya maksudkan itu ada jawapannya jika anda kaitkan dengan sentimen yang saya keutarakan dis epanjang penulisan saya di sini.....

Hanya dia...

bujang senang said...

Testing

Anonymous said...

Assalamu'alikum fendy dan lain2.

Saya cuma ingin melontarkan satu soalan kepada perkara ini. Apa perlukah kita mempunyai IDOLA?

Adakah tanpa IDOLA anak2 kita tidak boleh berdaya saing dan bergerak maju?

Secara peribadi saya katakan: Kita tidak perlu ada IDOLA. Yang kita perlukan ialah tanamkan dalam diri anak2 (bermula dari rumah hingga di sekolah)ialah apakah hala tuju hidup sebagai seorang hamba ALLAH di muka bumi ini. Khabarkan kepada mereka apakah tujuan dan tugas insan di dunia ini.

Kalau kita nak ambil mana-mana tokoh sebagai contoh kejayaan, that okay with me. But as an IDOL?( perkataan idol pun dah memberi makna yg tak elok dari segi Islam. Idol : orang atau objek yg di puja)

Wassalam

tokasid

Anonymous said...

anda begitu hebat dlm penulisan.. penuh warna.. adakah dlm realiti sebenar anda sebegitu?

Anonymous said...

bijak btol kamu dlm menzahirkan kata-kata~ begitu hebet~ tapi.. jgn pula sehingga meminggirkan seseorang yang telah sekian lama mendambakan kamu..

fendy_ahmad said...

Terima kepada respon yang diberi...

Saya rasa terharu apabila 'blog kerdil' saya yang amat hijau lagi ini mendapat respon-respon daripada khalayak semua...

Merujuk pada TOKASID,

Saya kira persoalan bahasa ttg IDOL itu yang ada pihak merujuk sebagai sesuatu yg dipuja...saya suka ingin merujuk kepada penyataan Majlis Fatwa yang mengeluarkan pendapat bahawa Ucapan Selamat Deepavali adalah tidak salah walaupun ianya adalh merujuk kepada pengertian agama HINDU....

Dalam isu penafsiran bahasa ini, saya rasa biarlah kita merujuk kepada NIAT dan TUJUAN....Penafsiran bahasa adalahs esuatu yg merujuk kepada pengertian sesuatu bangsa itu sendiri....

Secara umumnya, idola telah dijadikan bahasa MELAYU dan penafsiran kita bukanlah merujuk bahawa IDOLA itu adalah untuk dipuja....