Tuesday, December 29, 2009

Sekeping Gambar ....

Salam Buat Semua,


1) Terima kasih buat sahabat lama Faradela Ismail. Kerajinan 'awek Kelate' ini 'menampal' gambar di 'Facebook' memungkinkan saya berkongsi sesuatu yang sedikit bersejarah.

2) 'Adegan' spontan ini dirakamkan pada 8 April, 2004, sebaik sahaja 'lega' selesai peperiksaan semester akhir.

3) Dari kiri: Mun Yee, Karen, Pack Wah, Jesse Nath, Rhu An, Syikin dan Farah. Semestinya saya yang di tengah-tengah itu.

4) Waktu itu, kami; Melayu, Cina dan India memang sentiasa bersama. Ketawa bersama, kutuk-mengutuk bersama, menjerit bersama dan berkongsi susah senang zaman belajarpun bersama.

5) Komunikasi kami majoritinya dalam bahasa Kebangsaan. Tidak nampak pula ada sahabat Cina ataupun India yang tidak mahu bercakap Melayu. Tapi bila waktu 'presentation' di kelas, kami tidak takut berbahasa Inggeris. Nampak kemas, yakin dan tidak seperti robot walaupun bercakap 'orang Putih.'

Neba2020: Satu Malaysia yang 'ori' ialah kemampuan untuk sama ketawa, sama bersedih, sama menjerit, sama bersorak, sama bergossip, sama mengeluh dan sama tersenyum senang hati ....

3 comments:

Anonymous said...

wahsemangat MMU Melaka! ni time Alpha kan? I miss those yrs! Keep posting the memories dude.

fendy_ahmad said...

Salam,

Ini bukan zaman Alpha, ini Delta (2004) ... Alpha tahun 2000 mesti wajah-wajahnya lagi comel :P

Helmy Ahmad said...

Fendy,

Pada tarikh ni, lepas gambar beramai ramai diambil kita ada 'rendevous' nite... apa kata letak semua gambar yang ditangkap pada tarikh tersebut. lagi meriah!!!

Helmy Ahmad