Friday, December 4, 2009

GST

Salam Buat Semua,

1) Menjelang pertengahan 2010, Malaysia dijangka memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (Goods and Services Tax, GST).

2) GST bukanlah sesuatu yang asing kerana banyak negara yang telah memperkenalkannya sejak lama dahulu. Daripada 10 negara ASEAN, sehingga kini 7 daripadanya telah mengenakan GST.

3) Suka atau tidak, GST terpaksa dilihat sebagai usaha 'terakhir' untuk memastikan bajet defisit negara dapat dibendung pada masa mendatang dan dana hasil negara tidak terjejas ataupun tertumpu kepada satu sektor pendapatan semata-mata.

4) Peratusan besar pendapatan kerajaan melalui hasil petroleum juga perlu dilihat dengan penuh waspada kerana ianya akan berakhir dalam tempoh yang bukanlah terlalu lama lagi.

5) Sehingga kini, kira-kira 40% daripada pendapatan kerajaan adalah bersumberkan Petronas.

6) GST akan menggantikan cukai jualan yang sekarang cuma meliputi pembelian barangan / perkhidmatan di premis-premis tertentu sahaja (sekitar 5% - 10%).

7) Apa yang melegakan ialah kerajaan memberi jaminan bahawa GST yang diperkenalkan adalah dalam peratusan yang minima (kurang 5%) dan ianya tidak akan melibatkan barangan keperluan asas.

8) Sedikit atau banyak ianya tetap cukai, bererti bebanan rakyat akan bertambah.

9) Bagi yang rasional, GST akan dapat diterima. Lihat sahaja ke Australia, 10% GST dikenakan. Singapura juga telah mempraktikkannya. Negara ASEAN lain yang lebih miskin daripada Malaysia juga mengamalkan GST. Sumber kewangan mana-mana kerajaan adalah terhad tetapi perbelanjaan untuk pembangunan infrastruktur, kesihatan, pendidikan, pertahanan dan banyak lagi akan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.

10) Bagi yang membenci kerajaan, semuanya akan dibangkang dan sentiasa merasakan bahawa pembangunan negara akan dapat dicapai tanpa pengorbanan rakyat. Semua cukai dan semua bayaran daripada rakyat sepatutnya tiada kerana kerajaan banyak dana, kaya selalu.

Neba2020: Ada baiknya GST difokuskan kepada produk-produk bertaraf 'eksklusif' dan yang memberikan persaingan kepada hasil buatan anak tempatan supaya mereka yang betul - betul 'berkemampuan' untuk membayar lebih cukai yang akan 'menikmatinya.'

3 comments:

blogger boy said...

Bukankah barangan-barangan import(ie. kereta jenama luar dll.) telah dikenakan cukai yang tinggi(dan seperti biasa, peniaga menurunkannya kepada pengguna)?

kenapa perlu ditambah pula 5% GST lagi?

Lagi satu, mengenai makanan. Tidak dapat dinafikan bahawa negara kita lebih banyak mengimport makanan daripada membuat. Adakah ianya akan memberikan kesan yang besar kepada pengguna, terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana?

Dan jika kerajaan mengambil berat tentang isu ini, kenapa dengan senang-wenangnya tanah pertanian boleh ditukar status kepada tanah komersial, etc.?

Maaf jika komentar saya menyimpang sedikit.

wira internet said...

Jika kerajaan benar-benar ingin menurunkan defisit, saya kira kena pandai-pandai lah berjimat dan lebih transperasi di atas bajet-bajet.

Masakan tidak kita lihat kontraktor meletakkan harga yang 'gila' utk sebuah skrew dan juga meletakkan jumlah Ringgit Malaysia yang tidak masuk akal kepada sebuah komputer untuk pengunnaan di Parlimen.

Selagi Transperasi tidak wujud, selagi itulah bajet negara tidak akan pulih kepada tahap yang memuaskan.

fendy_ahmad said...

Salam,

Buat blogger boy:

GST ini tidak akan akan berlaku kepada barangan yang telah sedia ada cukai / tarif / duti tertentu.

Pertanyaan selebih anda itu memang amat menarik dan eloklah kita sama-sama memikirkannya. Terima kasih.

BuatWira Internet:

Bajet defisit bukan semata-mata kerana perkara yang anda nayatakan itu.

Kita akui semua itu menyumbang pada pembaziran tetapi nilaiannya adalah peratusan yang amat rendah berbanding KDNK negara.

Faktor ekonomi dunia semasa lebih menyebabkan negara berada dalam keadaan defisit.

Majoriti negara berada dalam keadaan defisiti termasuklah negara maju seperti Singapura, Amerka, Jepun dan England.