Thursday, February 5, 2009

Lompat Jangan Tak Lompat: Najib dan Nizar 'mengumumkan', Tuanku Sultan 'memperkenankan' jua ...

Salam Buat Semua,

Episod SATU (Khamis, 10.30 pagi):

1) 4 Februari 2009 semestinya cukup istimewa buat rakyat Malaysia. Keadaan politik di Perak menjadi tumpuan ramai.

2) Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang terhasil akibat daripada 'kahwin kontrak' di antara DAP, PKR dan PAS akhirnya menemui penamat yang tidak begitu manis untuk dikenang. Baru 11 bulan menikmati 'kuasa' sayangnya mimpi-mimpi indah terungkai menjadi gerhana tanpa disangka.

3) Mohd. Nizar Jamaluddin 'mengumumkan' Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri diadakan. Beliau terpaksa 'mengaku kalah' dengan menerima realiti betapa 'kuasanya' sebagai Menteri Besar akan hanya dapat bernyawa kembali sekiranya Pakatan Rakyat dapat menerima mandat majoriti baru daripada rakyat Perak. 2 ADUN PKR dan seorang daripada DAP telah menjadi ahli yang berkecuali, seorang lagi 'ahli baru' PKR sudah 'rujuk' kembali kepada UMNO. BN kini menguasai 28 kerusi, PR juga selari diangka 28 manakala 3 ADUN menjadikan diri mereka sebagai Yang Berhormat dengan status 'bebas.'

4) Mohd. Najib Abdul Razak pula 'mengumumkan' bahawa BN sudah mampu untuk membentuk kerajaan negeri yang baru setelah kembali memiliki 28 kerusi dengan mendapat 'sokongan' daripada 3 ADUN berstatus 'bebas' itu. Secara ringkasnya, BN mendapat sokongan daripada 31 ADUN manakala PR pula didokong oleh 28 ADUN.

5) Segalanya terpulang kepada kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Baginda berhak untuk memilih sama ada memperkenankan permintaan Mohd. Nizar supaya DUN Perak dibubarkan ataupun memberikan keizinan kepada BN untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru sekaligus menerima Menteri Besar yang baru daripada BN (UMNO).

Episod DUA (Khamis, 2.50 petang):

1) Setelah meneliti sedalamnya pandangan di pihak Mohd. Nizar mahupun Mohd. Najib, dengan kebijaksanaannya dan rasa penuh kasihnya kepada negeri, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak tidak memberi perkenan kepada pembubaran DUN Perak dan menitahkan supaya Menteri Besar meletakkan jawatan atau jika ingkar akan dianggap sebagai kosong secara automatik.

2) Maka berakhirlah secara rasmi 'nikah kontrak' di antara trio DAP,PKR dan PAS di Perak yang hanya mampu bertahan selama 11 bulan semenjak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 yang lalu.

3) Mohd. Nizar akan menjadi pembangkang biasa sahaja selepas ini. Beliau kehilangan jawatan Menteri Besar yang sebenarnya dipegang hanyalah bersandarkan kepada faktor nasib akibat daripada 'ehsan undang-undang' di Perak yang mewajibkan Menteri Besar perlulah daripada keturunan Melayu yang beragama Islam.

4) Ngeh Koo Ham selaku Pengerusi DAP Perak pada hakikatnya adalah 'Menteri Besar' di sebalik tabir selama 11 bulan di atas kapasitinya sebagai 'ketua' kepada 18 ADUN DAP yang sebenarnya adalah majoriti di kalangan 3 parti PR yang bergabung itu. Ngeh sendiri 'ditabalkan' sebagai Exco Kanan, suatu jawatan yang tidak pernah wujud sebelumnya.

5) Kebiadapan DAP dalam 'menguasai' Mohd. Nizar selama 11 bulan yang berlalu sesungguhnya sudah cukup banyak 'mengguris' perasaan Sultan Perak dan Raja Muda Perak. Cukuplah dikatakan di sini bahawa Mohd Nizar dalam membuat ketetapan dan dasar-dasar baru di Perak telah dihantui oleh 'ketakutannya' kepada Ngeh dan DAP (gusar hilang jawatan Menteri Besar andai DAP keluar daripada PR Perak) sehingga terlepas pandang perasaan kaum majoriti negeri Perak dan istana.

Neba2020: Rakyat biasa merancang, Baginda Sultan memperkenankan izinnya ... Tuhan Yang Maha Kuasa jua yang memberi petunjuk, hidayah dan hala yang sebenar ... Kepada Tuhan kita berserah, segalanya telah ditentukanNYA ...

6 comments:

Anonymous said...

tak boleh nak adakan p/raya sbb baru lepas buat p/raya laaaa....

mat buluh kasap.

Anonymous said...

Ahli MP/ADUN PAS juga yang berintegreti - BN,PKR,DAP semua takleh pakai.

Itulah jadinya bila perjuangan tidak berlandaskan Islam.

fendy_ahmad said...

Salam,

Buat Islam - dulu, kini dan selamanaya:

Saya agak bersetuju dengan pendapat anda.

Integriti itu luas maksudnya, melangkaui skop lompat melompat mahupun amanah.

Amanah pula merangkumi perspektif mampu mentadbir dengan cekap, berinisiatif dan sentiasa mengatasi masalah asas rakyat.

Saya kira ahli MP/ADUN PAS yang sudah berjaya (mungkin) di dalam perspektif amanah dan akidah wajar juga menguatkan integriti secara penuh pula.

Malangnya, kenapa PAS masih rela untuk meneruskan 'nikah kontrak' dengan PKR dan DAP.

Adakah semata-mata kerana kekuasaan dan kedudukan politik? PAS rasa tidak cukup kuat / yakin untuk bersendirian semula tanpa DAP dan PKR?

Ini semua menuntut pemikiran kepimpinan yang 'betul-betul' yakin kepada kuasa, nikmat dan kurnia TUHAN jua.

Anonymous said...

Jika saudara penulis perasan bagaimana penyokong pembangkang ini bertindak terhadap pengumuman Sultan Perak, ianya amat menghina dan kurang ajar!

Mereka hanya menyokong Raja-raja Melayu apabila keputusan berada di pihak mereka sahaja. Terbalikkan keputusan itu, kembalilah mereka mencerca-cerci institusi diraja.

Anonymous said...

Kalau macam tuu kenapa UMNO tak stand alone jugak? Kenapa terikat dengan 12 parti komponen. Lagi dasyatttt. Kenapa kalau Pas bergabung dengan PKR dan DAP dikata PAS tak yakin, tapi kalau UMNO bergabung dengan 12 parti komponen dikatakan perpaduan. Itu BIAS namanya:p

PAS “nikah kontrak” tak boleh, UMNO “nikah kontrak” boleh? Kalau nak kata dasar PAS, DAP, ngn PKR tak sama, macamlaa dasar parti komponen BN semuanya sama... Kalau tak masakan dengar di sana sini tak puas hati dan ugut2 nak keluar dari komponen.

UMNO kalau stand alone pon takkan kuat.. sama jer.. harapkan ketuanan (fantasi) melayu jerla. Realitinya nak tanak UMNO pon kena tunduk ngan Cina. Itu jangan nak nafi. Kalau tak percaya tgkla MB Baru tak angkat sumpah pon lagi, MCA dah ngomel-ngomel nak kerusi exco. Tak caya tanyalah Dr Mah Hang Soon (Naib Pemuda MCA Perak) yer:)

fendy_ahmad said...

Salam,

Buat al-keriani:

1) 'nikah kontrak' : PAS, DAP dan PKR sehingga ke hari ini masih TIDAK BERANI untuk bergerak secara rasmi menggunakan satu simbol tanda sepakat dan satu nama secara rasmi. PAKATAN RAKYAT hanyalah terma tidak rasmi berbanding BARISAN NASIONAL yang kesemua komponennya bertanding atas satu tiket atas satu nama rasmi. Itu 'nikah mutlak' namanya. PAS, DAP dan PKR sebenarnya masih takut untuk bertanding menggunakan satu simbol seragam dan nama seragam.

SAYA SELAKU AHLI UMNO MENCABAR PAS, DAP dan PKR bertanding atas nama PAKATAN RAKYAT dengan simbol BARU !

2) UMNO 'stand alone' tidak kuat - Saudara silap dan tertipu dengan 'fantasi' Anwar. Di Perak, UMNO menguasai 27 kerusi DUN. Hampir separuh. BN tewas bukan kerana orang MELAYU Perak menolak UMNO secara majoriti. BN tewas kerana pengundi-pengundi CINA dan INDIA yang memihak secara majoriti kepada DAP dan PKR. DAP menguasai 18 kerusi DUN berbanding MCA yang hanya menang satu. Keadaan yangs ama juga berlaku di SELANGOR dan PULAU PINANG. UMNO tewas secara total hanya di KELANTAN dan KEDAH. Itupun bukan di tangan DAP mahupun PKR tetapi PAS.

3) MCA 'mengomel' mahu jawatan Exco - Apa yang pasti, majoriti ahli Exco Perak nanti (mungkin 9 daripada 10) akan dipegang oleh bangsa majoriti Perak iaitu Melayu. Andai MCA 'mengomel' pun sememangnya wajar dan ada logik. MCA hanya 'takut' tidak mendapat walau satu kerusi Exco, itu 'ngomelan' ada asas dan tidak menakutkan demi menjaga kepentingan minoriti Cina. Lihat sebelum ini, DAP tidak perlu 'mengomel,' kerana Mohd. Nizar terus TUNDUK KETAKUTAN memberikan 6 jawatan Exco kepada DAP, sejarah tercipta apabila kaum minoriti memperoleh majoriti jawatan Exco.

4) 'fantasi' - Saya tidak mahu menyentuh isu-isu abstrak seperti ini. Cukup saya katakan, andai UMNO dengan 'fantasi ketuanan' maka PKR pula dengan 'fantasi 16 September' dan 'keadilan total buat semua kaum.' PAS ada 'fantasi negara Islam dan Hududnya.' DAP pula 'fantasi bangsa Malaysia' dan 'bunuh DEB.'

Semua politikus bergerak di atas 'fantasi' sebenarnya. Tanpa 'fantasi' maka haluan politik menjadi kabur dan kurang enaknya.

Terima kasih di atas komentar yang menarik, lawatan anda cukup saya hargai :)