Tuesday, February 10, 2009

Lompat Jangan Tak Lompat: Karpal Singh Si Pendurhaka !

Salam Buat Semua,

1) Karpal Singh si Pengerusi DAP kelihatannya sedang cuba mancabar maruah bangsa Melayu dan Islam secara rasmi. Dia sebenarnya sudah terlebih layak untuk dipertimbangkan bagi didakwa di bawah Akta Hasutan atau mungkin bolehlah dihadiahkan status dibuang kerakyatannya oleh Majlis Raja-Raja. Jutaan rakyat Malaysia akan menyembah sokong tindakan tersebut andai Raja-Raja memperkenankannya.

2) Karpal pernah cuba 'mengajar' Paduka Seri Tuanku Sultan Azlan Shah dengan peringatan supaya tidak mencampuri urusan pertukaran Pengarah Agama Islam Perak di pertengahan tahun 2008. Dalam masa kurang setahun nampaknya telah dua kali dia cuba 'menyerang' Sultan Azlan Shah !

3) Karpal mungkin buat-buat 'nyanyuk' bahawa Tuanku Sultan adalah Ketua Negeri merangkap Ketua Agama Islam. Walaupun Malaysia mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan tetapi Sultan masih berada di tangga istimewa dengan perkenannya akan sentiasa diminta terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan melibatkan pentadbiran negeri dan hal-ehwal Islam diputuskan.

4) Kini Karpal dengan penuh lagak mahu menyaman Tuanku Sultan di atas ketidakpuasan hatinya dengan tindakan bekas Ketua Hakim Negara itu menitahkan Mohd. Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan atau terpecat secara automatik jika ingkar kerana telah hilang sokongan daripada majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak.

5) Karpal dan juga majoriti penyokong-penyokong DAP, PKR dan PAS menganggap keputusan Tuanku Sultan itu sebagai tidak berlandaskan undang-undang serta kelihatan seperti cuba memihak kepada Barisan Nasional (BN).

6) Bagi pencinta-pencinta Pakatan Rakyat (PR), adalah sesuatu yang adil lagi saksama apabila Tuanku Sultan berpihak kepada PR selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Pada hakikatnya; DAP, PKR dan PAS hanyalah memenangi kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan dan tidak bergerak secara rasmi sebagai satu entiti berdaftar (satu nama dan satu lambang). Pada dasar 'rasmi,' BN menguasai DUN Perak selepas PRU 2008 dengan 28 kerusi berbanding dengan DAP, PKR dan PAS dengan masing-masing 'menakluk' kerusi-kerusi DUN sebanyak 18,7 dan 6.

7) Selepas PRU 2008, Tuanku Sultan mengizinkan PR membentuk kerajaan selepas kesemua 31 ADUN-ADUN daripada DAP, PKR dan PAS menyatakan sokongan secara sepakat kepada Mohd. Nizar sebagai Menteri Besar. Tuanku Sultan menolak usul cadangan daripada BN Perak untuk membentuk kerajaan di atas dasar 31 ADUN bukan BN (berbanding BN dengan sokongan 28 ADUN) telah 'sehati-sejiwa' bersetuju untuk menyokong Mohd. Nizar. BN tidak pula menyangkal budi-bicara Tuanku Sultan walhal PR bukanlah satu entiti rasmi.

8) Tuanku Sultan dalam menitahkan Mohd. Nizar melepaskan jawatan bagi memberikan laluan kepada seorang Menteri Besar yang baru daripada BN sebenarnya telah menggunakan pendekatan yang serupa sewaktu memberikan perkenan kepada Mohd. Nizar untuk menjadi Menteri Besar selepas selesainya PRU 2008. Tuanku Sultan dalam menjalankan amanah sebagai Ketua Negeri Perak Darul Ridzuan telah dengan penuh yakin mendapati bahawa Mohd. Nizar pada tanggal 4 Februari 2009 telah kehilangan sokongan majoriti ADUN-ADUN apabila 3 ADUN PR bertindak keluar parti masing-masing dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat berstatus bebas. Mereka tidak menyertai BN tetapi menyatakan sokongan kepada seorang Menteri Besar lain daripada BN. Inilah indikasi utama yang Tuanku Sultan gunakan sebelum mengeluarkan titah perintahnya.

9) Perlembagaan Negeri Perak melalui artikel 16(2)(a) dengan jelas menyatakan bahawa Tuanku Sultan berhak melantik seorang Menteri Besar yang pada hemat baginda berkemungkinan beroleh sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak. Artikel 16(4)pula menyatakan bahawa raja mempunyai budi bicara yang luas untuk menentukan siapa yang harus dilantik sebagai Menteri Besar. Artikel 16(6)Perlembagaan Negeri Perak juga menyatakan bahawa tiada peruntukan yang menghalang sultan daripada menamatkan perkhidmatan seseorang MB jika baginda mendapati bahawa MB itu sudah tidak lagi beroleh sokongan majoriti anggota DUN.

10) Tuanku Sultan Perak telah bertindak adil dan saksama sewaktu memperkenankan Mohd. Nizar sebagai Menteri Besar. Baginda tidak melangkaui peruntukan undang-undang. Melalui kaedah yang sama jugalah Tuanku Sultan telah 'menafikan' kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar dengan memperakui perlantikan Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri besar Perak Darul Ridzuan yang ke 11.

DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU !

Neba2020: Karpal Singh janganlah cuba berlagak umpama pakar undang-undang bertaraf yang terkebal lagi yang terbijaksana, kononnya dialah saja yang paling hebat dalam menafsirkan undang-undang dan perlembagaan. Karpal Singh secara tidak langsung telah menghina raja-raja Melayu, menghina kedudukan umat Islam, menghasut rakyat meragui kebijaksanaan Tuanku Sultan, menyebarkan dakyah-dakyah keji yang mampu menghadirkan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat dan yang paling penting dia cuba mengajar rakyat supaya DERHAKA kepada konsep 'kesetiaan kepada raja dan negara.'

4 comments:

jart said...

ahhaaa...panasnye blog sir ni !~
wuwuwu..lompat jgn tak lompat ^_^

apabila barisan alternatif mendapat kuasa..
beginilah jadinya !~

malaysia yg semakin huru hara :D

Anonymous said...

Kes UMNO Terengganu durhaka kat Agong pula apa cerita, tidak di ambil tindakan? :P

Memang betul cakap Tun Dr. Mahathir, Melayu mudah lupa.

Anonymous said...

sultan yang minum arak kita boleh patuh ke?huhu

fendy_ahmad said...

Salam,

Buat anonymous,

Seperti dijangka, para penyokong Pakatan Rakyat / Anwar akan merujuk kepada kononnya UMNO 'durhaka' kepada Sultan Terengganu mahupun Perlis.

Sekurangnya tahap 'durhaka' yang berlaku di Terengganu itu tidak berlarutan malah tidak sampai ke tahap berterusan mempertikaikan titah perintah Sultan.

Kes di Terengganu sendiri hanya melibatkan sejumlah kecil penyokong-penyokong UMNO (lebih spesifik ialah penyokong Idris Jusoh).

Kes di Perak nampaknya beratus ganda lagi hebat dan besar jadinya. Daripada penyokong fanatik Pakatan Rakyat sehingga ke tahap pemimpin-peminpin besarnya semuanya kelihatan ingkar lagi derhaka secara berterusan tanpa penamat.

Buat Rozni,

Saya tidak mahu mahu bermain dengan sentimen tanpa fakta di weblog ini, tuduhan anda adalah cukup keras dan agak melulu.

Saya boleh juga bermain dengan sentimen dengan mengeluarkan kenyataan, 'wajarkah seorang Muslim sentiasa menari berdansa dengan terikut-ikut kata-kata bukan Muslim yang terkenal dengan sikap anti-Islamnya?'

Terima kasih atas keprihatinan anda semua. Segala diskusi adalah untuk tujuan percambahan minda secara intelek sama ada memihak kepada penulisan saya mahupun yang bertentangan, segalanya cukup saya hargai.