Wednesday, January 7, 2009

Anwar Terus Berangan-Angan Mat Jenin ....

Salam Buat Semua,

1) Satu laporan berita rasmi daripada Internet memaparkan tajuk utama yang berbunyi 'Anwar mahu Kuala Terengganu percepat menuju Putrajaya' sememangnya cukup menarik untuk ditelusuri.

2) Figura yang mengeluarkan kenyataan itu adalah seorang yang berstatus Ketua Pembangkang, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), bekas Timbalan Perdana Menteri yang terpecat dan juga bekas Timbalan Presiden UMNO yang terpecat. Dia ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

3) Dia pernah menjual cerita bahawa dia akan menjadi Perdana Menteri Malaysia menjelang 16 September 2008 melalui kaedah 'lompatan' beramai-ramai ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ke dalam Pakatan Rakyat (PR) yang 'bermentorkannya.'

4) Apabila 16 September berlalu pergi, dia mengatakan bahawa usaha menumbangkan BN melalui 'jalan belakang' itu akan direalisasikan menjelang sambutan Hari Raya Aidil Adha pada awal Disember 2008. Sekali lagi sasaran beliau 'tersasar' jauh keluar daripada realiti planet bumi ini !

5) Anwar terus 'menjual' angan-angan peribadi dirinya sebagai modal untuk meraih simpati rakyat. Beliau juga sebenarnya mencuba sebaik mungkin untuk 'melakar fantasi' ke dalam minda para pengundi 'atas pagar' yang berpotensi untuk memberikan undi mereka kepada calon PAS mahupun UMNO yang merebut kerusi Parlimen di dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 ini.

6) Anwar tetap 'suci dan mulia' di pandangan para penyokong setianya. Anwar pada mereka tidak menipu. Anwar juga tidak melakukan sesuatu yang tidak beretika andainya cuba berkuasa melalui 'sokongan' ahli-ahli Parlimen yang menang di atas kepercayaan rakyat umumnya kepada BN. Apapun keadaannya, Anwar adalah pemimpin hebat yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri Malaysia ini.

7) Pilihan Raya Umum 2008 telah berusia 10 bulan keputusannya. Secara majoriti, rakyat masih menaruh kepercayaan kepada BN dan mutakhir ini sentimen 'ketidakpuasan' pengundi berstatus 'atas pagar' terhadap BN kelihatannya sudah menyurut. Apapun yang berlaku, penyokong tegar PR akan terus menyokong PR manakala para pencinta BN akan selamanya bersama BN. Individu-individu 'atas pagar' inilah yang sentiasa berubah pola pengundiannya. Mereka mengundi dan menyokong berdasarkan kepada keadaan semasa negara, isu-isu kritikal dan gaya kepimpinan atasan negara. Tahun 1995 mereka berpihak kepada BN, 1999 kepada pembangkang (Barisan Alternatif), 2004 ke kem BN dan 2008 meloncat ke pembangkang semula (PR).

8) Anwar sebenarnya sudah hilang sengatnya di mata rakyat-rakyat 'atas pagar' ini. Mereka sudah bosan, letih dan muak dengan retorik ciptaan Anwar ini.

9) Anwar sebagai seorang yang beragama Islam sepatutnya belajar sesuatu daripada John McCain yang tewas kepada Barrack Obama di dalam perebutan jawatan Presiden Amerika Syarikat. McCain yang beragama Kristian itu kelihatannya tahu erti bersabar, tahu erti menerima hakikat dan tahu erti menghormati suara majoriti rakyat. McCain dapat menerima 'takdir !'

10) McCain dalam masa kurang 24 jam setelah keputusan pemilihan diketahui terus menggesa para penyokongnya agar dapat menerima kemenangan Obama dan menasihatkan para penyokongnya supaya menyokong Obama sebagai Presiden mereka semuanya dan bekerja kuat untuk kemakmuran Amerika Syarikat. Rakyat yang menyokongnnya digesa supaya melupakan segala sengketa di sepanjang proses berkempen dan memberikan kerjasama kepada Presiden baru negara itu. Keperibadian dan kematangan McCain nampaknya umpama langit dengan bumi jika hendak dibandingkan dengan Anwar.


Neba2020: Angan-angan itu baik jika dipaksikan kepada realiti sebenar dan faham istilah 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.' Angan-angan akan menjadi buruk apabila ditunjangkan impian peribadi dan dendam kesumat yang tiada hentinya. Angan-angan Mat Kilau dan angan-angan Mat Jenin jauh bezanya, Mat Kilau berangan demi bangsanya manakala Mat jenin berangan hanya untuk kepentingan dirinya ....

7 comments:

Muhammad Hazimin Wahab said...

memang, Anwar pun manusia, bukannya malaikat. Beliau pun bukannya maksum , seperti Baginda Nabi & Rasul.

Sama juga spt BN, ada juga orang yang bagus. Akan tetapi, kalau kapal sudah robek, apa akan jadi pada kapal.... goyang dan teroleng. Lama-lama, kalau tak ditampal (kalau boleh), pasti akan tenggelam.

Sistem 2 parti, sgt2 bagus utk kemakmuran rakyat. Kalau tiada pembaharuan, maka rakyat tiada pilihan. Kalau nampak ada pilihan, masing-masing barulah nak tunjuk jaguh rakyat.... kan itu bagus....

kenapa nak sangkal peristiwa sebenar. Bagi saya, apa pun, yg penting rakyat (agama & bangsa) dahulu, tidak kiralah siapa yang naik...

kalau kita boleh dapatkan hidup yang lebih baik daripada sekarang, apa salahnya jika pilihan itu mungkin sesuatu yang lebih baik...

50 tahun sudah BN memerintah... adakah semuanya lebih baik ?

tidak bermakna PR itu semestinya bagus. Buat apa kita bertikam lidah, kalau masalah rakyat juga tidak berkesudahan, rakyat juga menderita... kaum sendiri juga yang senantiasa di kaca TV... berita "masalah rumah tak siap"... kaum siapa... "kemunduran ekonomi", kaum siapa, "keciciran pendidikan", kaum siapa.. "tiada pekerjaan", kaum siapa.... "masalah sosial", kaum siapa....

terpulang kepada semua pemilih, pilihlah yang selayaknya.. jika tidak pasti juga, "solat Istiqarah", mengikut ajaran Islam itulah yang sebaiknya.... dari tuhan kita datang, kepada tuhan kita kan kembali....

Dia-lah yang mengetahui hakikat kebenaran....

ikan dikolam, sekali imbas, sudah tahu jantan betinanya....

Nurul Aizam Zaini said...

wah wah wah.. sebok berdebat nampak yer dua org nih.... haishh... sebab itulah sebenarnyer islam menolak politik kepartian... islam tidak menolah politik, jgn salah faham, sbb siasah itu satu cabang utaman dalam islam, tapi menolak "politik kepartian" ...
zaman rasulullah dulu pun ada juga siasah islam... tp x jadi mcm ini sebab tidak ada sistem parti parti ni.. abis tu nk buat macam mana ya?? hmmm, sy pun kurang arif ttg itu, mungkin pd pndangan sy yg daif ini, akhirnya semua kena duduk sekali bawah satu payung yg sama tak lain tak bukan ISLAM lah...

p/s: kenapa politik hari ini tak bgs sbb pertama sy nmpk, kompem sape yg join politik mesti akn bercakap ttg keburukan org len, sudah pasti la sbb nk raih undi, kedua sbb politik arini berlaku perpecahan sedangkan Islam yg nabi s.a.w bwk x pernah suruh berpuak puak, berpecah pecah spt cth peristiwa kaum ansar dan muhajirin disaudarakan nabi s.a.w... huhu entahlah... msg2 ada pndpt sendri yg mahu dipertahankan :D

fendy_ahmad said...

Saudara Nurul,

Zaman Rasulullah tiada politik kepartian..

Tapi cuba kita lihat apa yang berlaku menjelang zaman Khalifah yang ke tiga dan juga ke 4..

Kemudian lihat pula ke adaan di Malaysia ini...

Baru satu pihak cakap tentang Islam ada pihak lain yang sanggup 'mati' untuk melawan apa jua proses 'Islamisasi' itu ..

Cara bukan Islam di zaman Nabi dahulu menghormati dan mengiktiraf kuasa majoriti Islam jika hendak dibandingkan dengan keadaan pada masa kini di negara kita nampaknya amatlah berbeza.

Kita di dalam dilema, kita terperangkap...

Kepartian tidak salah kerana kepartian juga menimbulkan musyawarah, masalahnya ialah pendokong kepartian itu..

zul said...

saya agak tertarik utk mencoret sesuatu di sini lepas baca entry angan2 mat jenin ni...

saya bukanlah org politik atau penulis politik, tapi pada saya, segala tindakan DSAI tu adalah utk mengembalikan populariti beliau...

beliau mula sedar, kisah 1997 dah tak bleh dijadikan penyambung karear politik beliau, justeru, timbullah pelbagai tarikh dan janji2 kosong...

mungkin pandangan DSAI utk jadikan KT tu sebagai Putrajaya suatu yg berpandangan jauh, tetapi jika bercakap biarlah dengan ilmu.. nyatakan perancangan yg terperinci dan fakta yg jelas.. barulah para pemilih dapat bagi penilaian yg betul...

pemilih hari ini semakin pintar, walaupun masih ramai yg sgt taksub.. tak faham demokrasi sebenar..

Akhirnya, ambillah Thailand sebagai ikhtibar... agaknyer, kalau dah huru hara camtu, baru semua org nak puas hati agaknyer...

wallahualam...

Anonymous said...

Keperibadian dan kematangan McCain nampaknya umpama langit dengan bumi jika hendak dibandingkan dengan Anwar....





saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh saudara seperti diatas... namun nak dibandingkan " kematangan " mc gain yang tidak mampu menasihatkan obama tentang isu dasar luar amerika....sebagai contoh rejim yahudi sedang seronok bermain peluru denagn warga tua kaum wanita serta anak kecil palestin...... itukah yang dinamakan " kematangan mc gain...




dan dibandingkan pula denagn ketidak matangan DSAI yang baru pulang dari turki berjumpa dengan pemimpin dunia membincangkan tentang masalah rakyat palestin!!saudara boleh lihat video beliau di youtube ketika ceramah kempen di kuala terengganu yang mana pada sebelah petangnya beliau baru tiba ke KL...denagn ketidak matangan DSAI itu telah mengupas denagan jelas masalah sebenar PEMIMPIN islam palestin.....

Anonymous said...

ulasan tambahan


Anwar terus 'menjual' angan-angan peribadi dirinya sebagai modal untuk meraih simpati rakyat...




kalau lah anwar gemar menjual angan-angan peribadi dirinya ialitu menjadi ketua kerajaan = perdana menteri.....

berulang kali anwar cakp kan beliau jika kemaruk sangat menjadi perdana menteri beliau tidak perlu menjalani kehidupan 6 tahun dipenjara di pukul di belasah dan sebagainya...


tetapi cukup denagan menyokong apa sahaja tindakan ex presiden umno(idola saudara) merompak wang kwsp yang nii hasil duit simpanan pekerja untuk menyelamat kan syarikat anak kesayangan idola saudara.....


dan ini diakui sendiri oleh ahli umno oleh saudara ezam noor ketika menyatakan sebab anwar ibrahim dilucutkan jawatan.....(banyak lagi sebab)

fendy_ahmad said...

Saudara/Saudari Anonymous,

Terima kasih atas ulasan anda.

Bab KWSP, saudara perlulah belajar sistem kewangan dan sistem pengauditan.

Ezam Mohd Noor, masih saudara/saudari percaya 'cakap-cakap' orang seperti itu? Sekarang dia di 'kem' mana? Ada kemungkinan tidak dulu diapun sama seperti IDOLA saudara/saudari itu, jenis CAKAP IKUT SEDAP dan MEMAINKAN SENTIMEN orang ramai sahaja kerjanya.

Saudara/Saudari ini adalah TIPIKAL penyokong fanatik ANWAR, cakap ikut sedap ikut secukup rasa.

Saya membuat perbandingan Anwar dan McCain berlandaskan realiti selepas PILIHAN RAYA, tidak sesekali saya katakan Anwar tidak sensitif dengan isu ISRAEL.

Tidak sukup sensitifkah IDOLA saya terhadap isu ISRAEL jika hendak dibandingkan dengan IDOLA anda itu.