Wei Bing mula saya kenali tatkala dia memasuki program Pra-Universiti di Multimedia University (MMU) pada pertengahan 2006. Saya mengajar kelasnya (PM9 !) bagi subjek 'Principles of Economics I' yang menjurus kepada bidang ekonomi mikro. Tempoh saya menjadi 'cikgu' kepada jejaka Seremban ini hanyalah kira-kira 4 bulan (1 semester) tetapi ia memberikan saya satu perkenalan yang berterusan sehingga kini.
Beliau memilih untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazahnya di MMU kampus Cyberjaya di dalam bidang kewangan, bumi MMU Melaka ditinggalkannya sekitar pertengahan 2007. Andainya beliau cuba 'membeli hati' saya sewaktu diri ini masih lagi bergelar Tuan Pensyarah kepadanya semestinya mempunyai logik yang boleh diterima. Biasalah resam manusia, di mana ada peluang di situ budi dicurah, segala kata-kata manis dihambur kepada si pendengarnya ! Wei Bing ternyata tidak memenuhi kriteria kata-kata tersebut. Beliau unik dan cukup ikhlas terhadap saya. Beliau suka mendengar kisah-kisah dan juga nasihat-nasihat saya walaupun tidak berkaitan dengan pelajarannya.
Seingat saya, Wei Bing ini tidak memperoleh A di dalam subjek yang saya mengajarnya. B+ ! Itulah gred yang diperolehnya, tidaklah buruk tetapi tidaklah boleh digembirakan sehingga boleh membuatkan 'Mr. Fendi' ini dingatnya kerana memberikan satu gred yang cukup cemerlang.
Kira-kira jam 2 petang sebaik selesai menunaikan solat Jumaat (23 Mei 2008), saya mendapat panggilan telefon lalu melihat tertera nama 'Wei Bing.' Terperanjat juga saya kerana dia menelefon saya. Kebiasaannya, kami hanya berbicara secara maya melalui sistem pesanan di Internet (messenger). Dia bertanya khabar dan ingin tahu saya berada di mana ('Brother, where are you?'). Wei Bing sudah biasa memanggil saya sebagai 'brother' mahupun 'abang.' Dia gembira apabila saya mengatakan yang saya berada di pejabat. Dia lantas berkata ingin menemui saya dan akan sampai di MMU kampus Melaka dalam masa 10 minit.
Berikut adalah 'isu-isu' bahan bicara kami di pertemuan yang mencecah 2 jam itu:
1) Hubungan beliau dengan kekasihnya masih berjalan dengan baik
2) Beliau hampir putus semangat untuk meneruskan subjek kewangan di awal semester
5) Matlamat hidupnya selepas tamat ijazah
9) Kisah-kisah kegiatan sosialnya yang semakin mantap

Dengan wajah gembira, dia masuk ke pejabat saya dan kami berborak seperti dua kenalan yang sudah lama tidak bersua. Rupanya dia baru sahaja tamat peperiksaan akhirnya beberapa jam yang lepas di Cyberjaya sebelum membuat keputusan untuk datang ke Melaka.
Ini bukanlah kali pertama Wei Bing menjenguk saya selepas dia meninggalkan kampus Melaka. Penamat semester yang lepas juga beliau datang ke Melaka dan tidak lupa mencari saya. Pertemuan Wei Bing dan saya bukan sekadar pertemuan bertanya khabar dan berbicara pasal dunia akademik semata-mata, ianya lebih 'besar dan hebat!'
Berikut adalah 'isu-isu' bahan bicara kami di pertemuan yang mencecah 2 jam itu:
1) Hubungan beliau dengan kekasihnya masih berjalan dengan baik
2) Beliau hampir putus semangat untuk meneruskan subjek kewangan di awal semester
3) Kisah seorang bekas pensyarahnya di peringkat pra yang cuba 'berbaik-baik' dengannya
4) Kisah pensyarah kewangannya di Cyberjaya
5) Matlamat hidupnya selepas tamat ijazah
6) Kisah akaknya yang akan bekerja dengan Bank Negara Malaysia
7) Kenangan-kenangan sewaktu beliau di kampus Melaka
8) Bercerita pasal pemakanan yang baik untuk belajar dan berjaga malam
9) Kisah-kisah kegiatan sosialnya yang semakin mantap
10) Berkongsi prinsip-prinsip kehidupan terhadap keluarga
Wei Bing sudah biasa memanggil saya dengan panggilan 'abang.' Sejak dia meninggalkan kampus Melaka, dia lebih selesa memanggil saya sebagai 'abang.' Sejak di zaman pra lagi dia seakan selesa untuk meluahkan segala masalah dan 'kisah-kisah' hidupnya kepada saya. Sehingga ke hari ini, saya tidak akan lupa kepada kata-katanya, 'I trust you....'
Wei Bing adalah bekas anak murid saya yang sehingga ke hari ini masih tidak lupa kepada saya dan beliau tetap menjadikan saya sebagai tempat untuk mengadu masalah dan berkongsi segala cerita manis mahupun pahit. Beliau mencari saya bukan di waktu susah sahaja tetapi di waktu senang juga beliau tetap ceria mengkhabarkan cerita-cerita gembiranya kepada saya.
Saya berbangga memiliki pelajar seperti Wei Bing, dia tidak pernah menganggap saya hanya sebagai seorang Pensayarah, hanya sebagai pendidik di universiti. Wei Bing lebih banyak berbicara tentang prinsip hidup, cabaran kehidupan dan etika perhubungan sesama insan tatkala bersama 'abang' yang seorang ini.
Saya juga berbangga kerana saya adalah Melayu dan dia adalah Cina tetapi kami rapat dan mesra sekali. Jauh di sudut hati ini saya bersyukur kepada Tuhan kerana matlamat saya untuk menjadi seorang 'cikgu' yang dapat diterima dengan baik oleh pelajar-pelajar tanpa mengira batasan kaum dan agama seakan menghampiri garisannya, belum lengkap pada perkiraan saya tetapi sedang berkembang dengan positif sekali.
* Gambar-gambar ini saya ambil daripada laman web www.friendster.com yang menyimpan profil diri pelajar yang dinyatakan *
Neba2020: Teringat pula kepada Chee Wai Hong dan Chan Pei Lynn, dua rakan berbangsa Cina sewaktu di Tingkatan 5A (Sekolah Tinggi Segamat, Johor - 1999). Kami bertiga selalu mengisi posisi tiga tempat teratas pada setiap peperiksaan. Chan si gadis yang bijak dalam Bahasa Inggeris dan Kimia, Chee pula si jejaka yang cukup genius dalam Matematik Tambahan dan Fizik. Si Fendi tetap dihormati mereka kerana penguasaan Bahasa Melayu dan Prinsip Akaun yang mantap. Kami bertiga saling hormat-menghormati di atas kekuatan diri masing-masing. Chan dan Chee kini bergelar jurutera, si Fendi menjadi 'cikgu' di universiti. Sekolah Tinggi Segamat BOLEH !
4 comments:
Assalamuualaikum
Saya ada beberapa orang pelajar/bekas pelajar seperti ini. Boleh bercerita tentang hal-hal keluarga, politik, peribadi dan ada juga cerita hantu. Salah seorang daripada mereka bernama Fendy. :)
Waalaikumussalam,
Saya kira sewaktus aya menjadi pelajar dahulu, Puan MS ini memang begitu terbuka pemikirannya. Perbincangan walaupun 'borak-borak' dengannya melangkaui bidang pelajaran, betul-betul menjadi seorang pengajar yang melangkaui skop buku dan teori..
Menarik untuk dikenang apabila kami selalu berbicara secara kontra tentang pemimpin dan kepimpinan ketika itu. Walau ideologi seakan lain tetapi tetap professional dan reasional.
Itu jugalah yang cuba saya tunjukkan kepada semua pelajar saya... RASIONAL dan BUKANNYA TAKSUB 100% pada apa jua yang yang diminati dan disokong...
Ho Wei Bing sahaja kah yang berkongsi cerita dengan Encik Fendy ?
Bagaimana dengan pelajar-pelajar yang lain yang sering beramah mesra dengan Encik Fendy ?
Salam Buat Semua,
Dalam 'posting' sebelum ini rasanya banyak juga saya coretkan kisah-kisah pelajar yang pernah saya depani.
Pastinya, sesekali saya akan terus 'berceloteh' di sini tentang kisah-kisah pelajar-pelajar, generasi baru yang semakin unik dan penuh dengan 'kebarangkaliannya.'
Post a Comment