Tahniah diucapkan kepada Menteri Besar (MB) Perak, Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin yang nampaknya sedang mengalami sindrom 'rakus kuasa' hingga 'terlupa' betapa hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu adalah di bawah kuasa dan budi-bicara Sultan. Tindakan MB baru ini yang dengan sewenang-wenangnya 'memecat' Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) iaitu Datuk Jamry Suri telah menimbulkan satu lagi 'krisis peradaban' yang memalukan di kalangan ahli-ahli politik sejak akhir-akhir ini.
Belum lagi memori masyarakat dibersihkan daripada 'krisis peradaban' di Terengganu yang memperlihatkan betapa 'haprak' dan bodohnya para penyokong fanatik bekas Menteri Besar iaitu Datuk Seri Idris Jusoh sehingga tergamak 'mencabar' keputusan Sultan Terengganu untuk tidak 'merestui' pemilihan semula Idris sebagai MB untuk penggal yang ke 2. Rakyat masih 'geram dan loya' apabila terkenangkan perkataan 'NATANG' yang dipaparkan di kain rentang untuk mendesak supaya Idris kekal sebagai MB ! Itu adalah kerja Melayu yang kurang budaya lagi dungu pemikirannya.
Jika kes itu memperlihatkan 'kurang ajarnya' Melayu kepada Sultan, maka kes yang berlaku di Perak ini juga tidak wajar dipandang dengan sebelah mata sahaja. Apatah lagi ianya dilakukan oleh seorang yang baru sahaja 'dinaiktarafkan' dirinya dengan gelaran 'Datuk Seri' oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak itu sendiri. Sungguh biadap dan hina sekali lagaknya !
Pastinya ramai yang tertawa keriangan (mungkin juga ada yang sedih) melihat MB Perak itu dipanggil menghadap Raja Muda Perak iaitu Raja Dr. Nazrin Shah yang mewakili ayahandanya bagi menyatakan rasa ketidakpuasan Baginda Sultan terhadap tindakan 'membuta-tuli' Nizar itu hingga lupa bahawa hal-ehwal tersebut adalah di bawah kuasa Sultan. Saya kira perkara ini tidak memerlukan MB itu untuk membuka jurnal undang-undang mahupun teks sejarah yang kompleks kerana pelajar-pelajar di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga dapat menerangkan perkara-perkara yang terletak di bawah kekuasaan dan kebesaran mutlak Raja-Raja sekaliannya. Alahai Datuk Seri ! Tamparan yang hebat semestinya terasa oleh MB yang satu ini apabila Sultan Azlan Shah menitahkan supaya 'pemecatan' itu dibatalkan dan Pengarah JAIP itu diminta meneruskan tugasannya seperti biasa berkuat-kuasa serta merta. DAULAT TUANKU !
Kepada semua Menteri Besar dan juga Ketua Menteri, janganlah membuat tindakan yang membolehkan kalian dipandang sebagai pendurhaka, fahamilah konsep Raja Berperlembagaan sedalamnya dan hayatilah 'hak-hak' eksklusif yang dimiliki Raja-Raja mahupun Yang Dipertuan Agong !
Seterusnya, peringatan yang sekeras-kerasnya WAJIB diberikan kepada Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh dan juga Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang dengan penuh biadap telah mengeluarkan kenyataan berbaur 'durhaka' kepada titah perintah Duli Yang maha Mulia Sultan Azlan Shah. Dua orang manusia yang berlagak pandai ini telah dengan beraninya mengatakan bahawa Baginda Tuanku Sultan tidak mempunyai 'autoriti' (kuasa) untuk melantik semula para pegawai kerajaan termasuklah yang melibatkan Pengarah JAIP itu.
Koo Ham yang memang diketahui 'kecewa maksima' kerana gagal menjadi MB Perak dek kerana 'undang-undang' walaupun DAP adalah 'juara' dikalangan rakan-rakan lainnya di dalam Pakatan Rakyat untuk negeri Perak turut 'tidak sayang mulut' apabila mengatakan bahawa mana-mana kakitangan kerajaan di Perak yang tidak sealiran dengan kerajaan negeri wajarlah meletakkan jawatan. Koo Ham harus sedar bahawa kira-kira empat daripada lima kakitangan kerajaan adalah terdiri daripada bangsa Melayu. Koo Ham jangan buat-buat lupa bahawa UMNO menguasai 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berbanding DAP yang memperoleh 18 kerusi. Nyatalah majoriti Melayu Perak masih menyokong UMNO berbanding rakan-rakan DAP iaitu Parti Kaadilan Rakyat (7 kerusi) dan PAS (6 kerusi). 8 lagi kerusi DUN diwakili rakan-rakan UMNO di dalam Barisan Nasional (BN). Adalah diharapkan supaya Koo Ham bertindak sedikit bijak dalam menjaga sensitiviti orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti negeri Darul Ridzuan itu. Faktor terbesar yang membawa kepada Pakatan Rakyat menang di Perak dengan kelebihan 3 kerusi DUN itu (Pakatan Rakyat - 31 kerusi, BN - 28 kerusi) ialah penolakan hampir secara total kaum bukan Bumiputera kepada BN, Melayu kelihatan masih setia dengan idealisme BN. Itu adalah fakta yang tidak boleh disembunyikan sesiapapun.
Kepada Karpal Singh dan juga Ngeh Koo Ham, jangan cuba mencabar kedaulatan SULTAN ! Urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu bukan di tangan kalian ! Jangan juga mencuba untuk mencabar kedaulatan bangsa Melayu di bumi bertuah ini ! Jangan cuba bermain api, takut nanti kalian yang terbakar, hangus rentung !
DAULAT TUANKU !
Neba2020: Jangan kita lupa bahawa Sultan Azlan Shah pernah menjadi Ketua Hakim Negara. Si peguam tua bernama Karpal Singh itu mungkin terasa dirinya lebih bijak daripada seorang Sultan yang pernah mengetuai institusi kehakiman Malaysia dan juga pernah bertakhta sebagai Yang Dipertuan Agong sedikit waktu dahulu.... Harapnya si Karpal ini belum dijangkiti sindrom 'kurang daya ingatan, lemah memori.'
14 comments:
takutnya...rupa2 lecturer mmu semua garang2 belaka.
cewah.
bila MB Perak buat silap dari segi tindakan, beliau hanya membuat kesilapan. Apabila Karpal singh etc membuat kenyataan semata2, beliau mencabar tuanku sultan?
Balik lah!
Kalau nak dikira biadap pemimpin Pakatan Rakyat yang baru dapat kuasa kerana melanggar titah perintah Sultan memanglah berat tapi mereka ini semuanya tahu mintak ampun dan maaf terhadap Sultan apabila melakukan kesalahan tersebut tanpa menunggu waktu yang lama berbanding pulak dengan pemimpin UMNO/BN tau dah derhaka kat Sultan/Agong lak tu tapi tak tau nak menyembah memohon ampun mana lebih biadap antara mereka ini tak caya tanya le pemimpin UNMO/BN yang saudara agong2kan seperti Pak Lah dgn Sultan/Agong, Idris Jusoh, Shahidan Kassim dan yang lebih teruk lagi Najib yang lebih mengutamakan isteri sehingga sanggup membelakangkan Agong. Sendiri fikir le mana yang lebih hina, Ada akal gunakan secara rasional bukan mengikut emosi dan nafsu.......
rational thinker:
Kalaulah kita berfikir secara rasional, MB Perak adalah seorang jurutera profesional. Kesilapan beliau didalam hal ehwal yang melibatkan undang-undang negeri, mungkin masih boleh diberi muka dan dimaafkan, apabila, beliau sendiri pergi mengadap Sultan Perak untuk memohon ampun.
Walhal Karpal Singh pula, seorang peguam yang dihormati(kepada sesetengah orang, mungkin) pula membuat kenyataan yang arifnya, seorang yang berpengatahuan "tinggi" didalam bidang undang-undang tidak patut mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Entahlah, mungkin Karpal sendiri suka kepada publisiti murahan; di mana antiknya yang terbaru adalah dengan memulakan kekocehan di Dewan Rakyat.
anonymous:
Saya kira penulis blog ini tidak menafikan bahawa penderhakaan pemimpin-pemimpin lain juga ada dibuat secara terang-terangan, bukankah beliau sendiri sudah menyebutnya (bekas MB Terengganu) didalam penulisannya?. Jelas disini bahawa beliau tidak berat sebelah. Yang SALAH TETAP SALAH.
Tapi disini, apa yang cuba untuk ditonjolkan adalah "kesilapan" yang telah dibuat (mahupun secara sengaja atau tidak) oleh MB Perak baru-baru ini. Ianya bukan untuk menentukan siapa yang lebih buruk. Benda yang telah dibuat, telah menjadi sejarah. Dan kita sepatutnya mengabil iktibar darinya. Terutama kerajaan pakatan pembangkang yang sentiasa diwawarkan sempurna hendaknya oleh media "alternatif".
teringat pulak banner dlm satu tunjuk perasaan yg dipegang oleh ahli2 bn terengganu utk menyokong idris jusoh sbg menteri besar terengganu. Banner tersebut menyebut "kami mahu idris jusoh, natang ( binatang)" . Ya, benar tersebut ditujukan kpd sultan mizan, agung negara malaysia. X dengar pulak orang bn mintak maaf dgn sultan. kuang2
huhu...menarik...
sy nk komen tapi panjang sgt..
Baca komen sy di blog sy ek...
huhuhu....
www.sketsajiwa.blogspot.com
haih..apa nak jadik la org umno skrg.kelakar.
Tolong bantu saya untuk komen diposting terbaru saya berkenaan Permohonan Christian Weekly Herald untuk menggunakan perkataan 'ALLAH' di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. tq
http://ampanganbouleverd.blogspot.com
1. Tindakan MB MENUKAR jawatan ( setelah tidak mendapat kerjasama dan diandaikan telah ada perundingan, bukan membabi buta menukar sesuka hati) TIDAK melanggar perlembagaan 135.
Perlembagaan 135- hanya menyatakan seseorang TIDAK boleh di pecat dan dilucut JaWATAN tanpa memberi peluang memberi tunjuk sebab. MENUKAR jawatan TIDAK termaktub dan TIDAK bertentangan dgn Perlembagaan -( bagi menjawab statement NAZRI yg menyatakan Ir Nizar tidak faham perlembagaan.)
2. Berhubung Kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam dan Kuasa MB kepada penjawat JAWATAN AWAM, bidang kuasa ini telah menimbulkan kekeliruan. Dlm hal ini DATUK Jamry penjawat JAWATAN AWAM yg kebetulan Pengarah JAIP yg bertanggungjawab keatas JAIP ( hal ehwal islam).
Adakah sultan berkuasa keatas Jawatan Datuk sebagai penjawat jawatan awam atau aktiviti JAIP yg mengendalikan hal ehwal agama islam?
Jika ia terangkum dlm bidang kuasa sultan sebagai ketua agama, maka tindakan MB silap Tidak mendapat perkenan sultan.bagaimana pertukaran jawatan pengarah lain?
Adakah perlu juga mendapat perkenan sultan kerana prosidur penukaran jawatan prosidur biasa bagi kakitgn kerajaan.
Masa yg sama, adakah bidang kuasa MB dlm hal ini (dikecualikan keatas mana mana pengarah JAIP) dan terpakai ke atas mana mmana pengarah jabatan kerajaan yg lain.
Setahu saya selepas semak perlembagaan, ydpagung dan sultan sebagai ketua agama adalah ketua kepada adat istiadat, upacara dan perkara yg berhubung kait dgn agama islam.
Kalau sultan/pemangku begitu prihatin dan sepatutnya prihatin- ISU MURTAD dan byk isu lain ttg org islam hari ini yg patut ditekankan. Mana suara sultan sebagai ketua agama ( melainkan suara yg telah dibisukan atas "nasihat perdana menteri"). Kenapa isu pertukaran Pengarah ditakrifkan sebagai "ketua agama islam dan perlu mendapat perkenan". I rest my case.
Buat Merong Mahawangsa,
Saya terpaksa mengatakan bahawa anda sememangnya tidak layak saya gelarkan sebagai MELAYU (andai anda Melayu).
Apa jua yang anda hurai dan cuba hujahkan nampaknya terlalu berbau 'fanatik' dan berat sebelah dengan runtaian perlembagaan dan seumpamanya.
Saya kira rasionaliti anda sebenarnya telah dikuasai oleh apa yang anda sokong tetapi bukan apa yang melangkaui resam, percaya, adab dan jiwa Melayu itu sendiri.
Saya pasti, jika perkara ini berlaku di negeri yang MBnya datang dr parti yang anda tidak 'minat' maka lain pula bunyinya.
hahhaha...tahniah merong mahawangsa....fendi_ahmad, anda seakan tidak dapat menerima kenyataan...fakta yg diwarwarkan oleh merong mahawangsa adalah BENAR dan TEPAT!
Persoalkan pasal Melayu? Adakah anda tu PURE Melayu yang asalnya daripada jajahan Minangkabau?
Anda seakan mati hujah, dan menggunakan sentimen perkauman dalam membalas komen. Ternyata anda sebenarnya cetek ilmu dan byk lagi yg kene belajar. Jgn terlalu bangga dengan Melayu!
Sebab Melayulah...kerajaan Kesultanan Melayu Melaka Musnah!
Sebab Melayulah( Tun Chedet), sultan hilang kuasa dibawah perkara 182 perlembagaan.
Sebab Melayulah( Umno ), rakyat tertindas!
So masih lagi bangga dan mendabik dada?
Fakta tidak pernah salah. Orang yang tak dapat menerima fakta adalah orang yang BODOH SOMBONG!!!
p/s: Awak yang sebenarnya TIDAK LAYAK jadi MELAYU!
Bukankah hal ehwal tersebut perlu dimaklumkan kepada Sultan terlebih dahulus ebelum ianya dimuktamadkan?
Adakah tindakan MB Nizar yang terus membelakangkan Sultan itu betul?
Di manakah tatasusila dan adab yang diamalkan Melayu?
Sekarang nampaknya Melayu sungguh bangga dengan manusia seperti Karpal Singh, menarik bukan?
Membelakangkan bukan bermaksud derhaka atau ingkar!
Sultan pun ckp ia hanya soal formalities shj, yang fendi_ahmad ni lebih2 knp?
Lebih sudu pada kuah!
Dalam konteks isu pertukaran Pengarah JAIP baru-baru ini, dilihat ada usaha-usaha dilakukan untuk mempengaruhi pendirian bebas pihak Istana Perak. Perkara ini paling ketara bermula dengan bocornya perbualan telefon antara MB Perak yang mengarahkan pertukaran Pengarah JAIP. Laporan akhbar yang membocorkan perkara ini bersumberkan daripada seorang ADUN yang tidak disebut namanya. Sedangkan pemakluman telefon tersebut merupakan satu langkah prosedur yang di buat oleh MB Perak sebelum meminta perkenan ke Bawah Duli Paduka Sultan untuk menukarkan Pengarah JAIP tersebut. Diyakini selepas pemakluman tersebut, MB akan menasihati dan mendapatkan perkenan untuk membuat pertukaran tersebut secara rasmi.
Satu lagi petunjuk yang memperlihatkan ada pihak yang cuba mempengaruhi pihak Istana Perak untuk motif politik mereka ialah dengan tersiarnya kenyataan akhbar pihak Istana. Keseluruhan isi kenyataan akhbar tersebut adalah mengandungi titah perintah baginda kepada MB Perak. Satu demi satu isi kenyataan akhbar tersebut merupakan nasihat Baginda kepada MB untuk melangsungkan sebuah kerajaan negeri yang baik. Tidak kelihatan di mana perlunya nasihat-nasihat Sultan kepada MB itu diketahui oleh semua rakyat jelata. Yang jelas sekiranya nasihat-nasihat itu disiarkan kepada rakyat, pastinya memberi gambaran buruk kepada MB Perak sekarang. Adakah terdapat motif politik pihak tertentu di sebalik kenyataan ini?
Menyedari hakikat tersebut, tindakan pihak Istana ke arah mengembalikan semula sistem pemisahan kuasa sememang dialu-alukan. Bagaimanapun pihak Istana yang menjadi naungan seluruh rakyat seharusnya bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak terutama UMNO. Sokongan secara terbuka atau tidak terbuka kepada UMNO sebagaimana yang berlaku dalam PRU ke-11 2004 yang lalu sepatutnya tidak berlaku. Pihak Istana juga harus memastikan mereka yang bertindak mewakili pihak istana seperti Setiausaha Sulit, Penasihat Agama dan lain-lain turut bebas dari dipergunakan dan dipengaruhi oleh pihak-pihak lain. Sekiranya tidak, semangat untuk mengembalikan sistem pemisahan kuasa tidak bermakna.
Saya mau tau apa komen fendy_ahmad apabila melihat PakLah dan konco-konconya berebut yang membuat laporan Polis berkenaan dengan "kebiadaban" karpal singh KONONNYA dan telah MEMAKSA peguam negara MENDAKWA karpal singh kerana dikatakan mengganggu-gugat kestabilan negara.
Tentu anda gembira bukan? Seronok melihat Perdana Menteri MEMAKSA peguam negara yang terang-terang bertentangan dengan semangat perundangan! Di mana Perdana Menteri belajar yang dia boleh menyuruh Peguam Negara mendakwa orang yang tidak disukainya sesuka hati. Padahal Menteri UMNO yang biadab dengan Sultan terdahulu dibiarkan goyang kaki. Lebih melucukan apabila Perdana Menteri mengarahkan orang kesayangannya yang terbabit dalam video VK Lingam iaitu Tengku Adnan untuk membuat laporan polis berkenaan isu ini. Sedangkan kes VK linggam pon tak diumumkan lagi, sangat lucu apabila muka KU Nan tersengih bangga kerana berjaya membuat laporan terhadap "kebiadaban" Karpal Singh katanya.
Inikah keadilan versi anda wahai fendy_ahmad? Kalau berani saya cabar anda kritik tentang hal ini. Kebenaran tidak memilih bulu wahai fendy_ahmad hatta jika ianya datang daripada insan yang bernama Karpal Singh sekalipun!
Post a Comment