Friday, August 24, 2007

Semangat 50 Tahun Merdeka !!!

Salam Buat Semua,

Semestinya ketika artikel ini dirungkai, saya dalam keadaan yang cukup bersemangat dan dalam masa yang sama cukup tersentuh dengan ketibaan 31 Ogos, 2007 yang menandakan cukuplah 50 tahun negara bertuah ini mencapai kemerdekaannya.

Bagi mereka yang faham dan sentiasa menginsafi di sebalik erti kemerdekaan itu maka sudah pastilah 31 Ogos bukanlah sekadar untuk 'berpesta' mahupun 'bersuka-ria' atas erti kata 'cuti Merdeka.'

Antara aspek yang seringkali dikesampingkan oleh kita ialah pengertian dan signifikasi tema-tema sambutan kemerdekaan negara yang kadang-kala langsung tidak disedari kewujudannya oleh segelintir antara kita yang kononnya 'sudah bijak, sudah bestari, sudah gemilang !'

Buat makluman semua, tema hari kebangsaan mula diperkenalkan pada tahun 1970 (Sambutan pertama sejak berlakunya peristiwa 'berdarah 13 Mei, 1969). Setiap tema yang dipilih adalah berdasarkan kepada agenda-agenda penting pihak pemerintah pada waktu tersebut dan situasi semasa negara.

3 tema sambutan kemerdekaan yang cukup menyentuh jiwa saya sekaligus memberikan impak semangat dan motivasi terbesar kepada perjalanan hidup saya pastinya 'WAWASAN 2020, NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA dan KERANAMU MALAYSIA..'

Berikut adalah tema-tema sambutan kemerdekaan Malaysia sejak tahun 1970 sehinggalah yang terkini(2007):


1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang

Akhir kata, janganlah tema tinggal tema... Fahami maksud dan kehendaknya, moga kita menjadi anak Malaysia sejati yang tahu di mana asal usul dan sentiasa mempunyai semangat 'mengutamakan Malaysia, mengutamakan semangat Malaysia Boleh' yang mengatasi segalanya....


Neba2020: Selalu terimbas saat bersemangat menyanyikan lagu Wawasan 2020 ketika di sekolah rendah, tanpa disangka semangat lagu tersebut dan semangat wawasan agung itu sentiasa tersemat di dalam jiwa dan pemikiran ini. Malaysia Boleh ! Saya Boleh ! Wawasan 2020 - Bendera berkibar di angkasa... Lambang negara jaya... Rakyat sepakat sehati sejiwa... Dengan berbakti dengan megah... Hadapi cabaran masa muka... Penuh tenaga murni... Bakti dicurah sehara-sehala... Dengan wawasan yang suci... Wawasan meningkat kemajuan... Tiada lagi kepincangan... Kemewahan rasa-dirasai... Bersama kita nikmati... Wawasan 2020... Satu pandangan jauh... Bukan impian malah kenyataan... Bersama kita jayakan...

No comments: