Salam Buat Semua,
Sedutan laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Ogos, 2007 adalah dirujuk:
Sedutan laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Ogos, 2007 adalah dirujuk:
" Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini melahirkan rasa kesal terhadap segelintir ahli Parlimen yang dikesan masih gagal menguasai bahasa Malaysia (BM) dengan baik"
"kemahiran ‘seni’ berdebat juga dilihat masih kurang memuaskan apabila ada kalangan mereka menggunakan kata-kata kesat dan kurang berhemah di Parlimen."
"Justeru, jelasnya, perkara tersebut perlu disedari dan diperbaiki memandangkan rakyat mempunyai kuasa untuk ‘menghukum’ mereka."
“Kalau sudah berada di Parlimen selama dua penggal tetapi masih tidak mampu menguasai bahasa Malaysia, ia ibarat sia-sia."
Seiring dengan sambutan kemerdekaan negara yang ke 50 pada 31 Ogos, 2007 ini maka tanpa berselindung lagi saya mengakui betapa saya amat bangga dengan keberanian serta keprihatinan yang ditunjukkan oleh Dr. Rais Yatim terhadap isu Bahasa Malaysia ini.
Sebagai ahli Parlimen yang secara jelasnya adalah 'orang-orang politik' yang menjadi 'suara rakyat' di Parlimen maka adalah WAJIB bagi semua ahli-ahli yang berhormat ini untuk menguasai Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa rasmi negara tercinta ini.
Saya merasakan betapa wajar bagi setiap pemimpin-pemimpin tertinggi setiap parti politik untuk 'menapis' dan melakukan 'penggredan kualiti bahasa' terhadap setiap calon-calon mereka untuk pilihanraya umum.
Walau setinggi manapun kelayakan akademik mahupun kekayaan serta pengaruh yang dimiliki oleh ahli-ahli politik tersebut tetapi seandainya mereka adalah terdiri daripada golongan yang 'gagal berbahasa Malaysia' dengan baik dan sempurna maka mereka ini adalah tidak layak untuk menjadi 'suara rakyat' di Parlimen yang merupakan tempat di mana segala undang-undang dan dasar-dasar negara didebat dan dipersetujui untuk dipraktikkan. Bukankah Bahasa Malaysia itu telah termaktub sebagai bahasa rasmi negara berdaulat ini?
Tidak cukupkah sejarah 50 tahun merdeka untuk kita memahami, menguasai dan membudayakan Bahasa Malaysia? Bukankah subjek Bahasa Malaysia adalah subjek wajib dipelajari ketika berada selama 11 tahun di sekolah?
Amat wajarlah kita menggelarkan ahli-ahli Parlimen yang GAGAL berbahasa Malaysia dengan baik sebagai 'AHLI POLITIK LUPA DARATAN, AHLI POLITIK BERMASALAH, AHLI POLITIK GAGAL dan AHLI POLITIK YANG MELOYAKAN !'
Atau perlukah Malaysia menjadi seperti Indonesia mahupun Thailand yang memartabatkan bahasa rasmi masing-masing sebagai bahasa tunggal di dalam sistem pendidikan hinggakan bahasa-bahasa minoriti seakan terkubur daripada lipatan sejarah? Tahukah kita betapa di Indonesia dan Thailand, tanpa mengira bangsa dan agama, setiap warganegara mempunyai nama yang semuanya berbunyi sekata dengan Bahasa Indonesia dan Bahasa Thai?
Saya yakin betapa cara yang kita praktiskan selama ini adalah sudah cukup bersederhana dan lengkap. Bahasa-bahasa minoriti tetap kita amalkan dan dihormati kewujudannya tetapi pada masa yang sama status Bahasa Malaysia sebagai bahasa nombor wahid janganlah dipandang enteng dan sepi selalu.
Neba2020: Terkenang pula zaman muda-mudi ketika di Tingkatan 5 pada tahun 1999.... Seronok sungguh dapat mewakili sekolah dalam pertandingan Debat Ala Parlimen. Sungguh tak disangka dapat jadi Juara Daerah Segamat, Johor dan dapat mara hingga ke peringkat separuh akhir pertandingan peringkat negeri Johor. Pada Idan, Haliza dan Masbiha: moga kenangan kita berempat sebagai pasukan debat Sekolah Tinggi Segamat (STS) tercinta akan terus segar dalam memori selamanya. Juga terima kasih kepada Cikgu Zaimon yang sentiasa sabar dengan 'pendebat-pendebat gila' ini.... STS SENTIASA MAJU !!!
2 comments:
Haliza dah jadi isteri orang, Masbiha lagi 2 bulan naik pelamin... kita bila lagi? huhu..
Wah, Idan masuk gak blog tak seberapa ni yer.. Terima kasih..
Rasanya sejak lepas SPM, dah masuk 8 tahun tak bersua tapi bertemu juga di alam maya...
Sebut pasal kahwin-kahwin ni, rasanya belum lagi masanya :D
Post a Comment