Friday, May 21, 2010

10 Tahun di MMU

Salam Buat Semua,

1) Hari ini tepat 10 tahun saya menjadi warga Multimedia University (MMU).

2) 10 tahun lepas, saya mendaftarkan diri sebagai pelajar MMU untuk mengikuti program Pra Pengurusan.

3) Mei, 2001 pula saya memulakan pengajian di Fakulti Pengurusan dan Undang-Undang (MMU, Melaka) bagi program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) pengkhususan Perbankan dan Kewangan.

4) April, 2004 secara rasminya pengajian saya tamat. Majlis konvokasi berlangsung pada 25 Julai, 2004.

5) Selepas konvokasi ijazah pertama, saya mulakan alam pekerjaan bersama dengan Telekom Malaysia Berhad di Kuala Lumpur.

6) Jodoh saya dengan MMU memang 'kuat.' 18 Oktober, 2004 saya 'kembali' dengan memulakan tugas sebagai 'cikgu' di Pusat Pengajian Asasi sebagai Penolong Pensyarah.

7) Pengajian Ijazah Sarjana saya di bawah kelolaan Universiti Utara Malaysia (UUM) bermula pada bulan April 2005 dan tamat menjelang akhir 2006. Konvokasinya berlangsung pada Mac, 2007.

8) Saya beralih ke Fakulti Perniagaan dan Undang-Undang sebagai Tutor pada Januari, 2007 dan seterusnya 'naik pangkat' sebagai Pensyarah pada Mei, 2007.

9) Masa 'berlari' dengan pantas. 10 tahun telah berlalu.

10) Adakah saya akan terus 'di sini' 5 tahun lagi ataukah 'mungkin' akan menyambut ulang tahun ke 20 di MMU pula pada tahun 2020 nanti? Segalanya mungkin ya, mungkin tidak.

Neba2020: Apa yang penting di dalam hidup ini ialah ketenangan hati, kebahagiaan berterusan dan kesihatan yang baik .... Keupayaan kita untuk menjaga hubungan diri dengan TUHAN, keluarga dan masyarakat akan menentukan sama ada kita mampu meraih 'perkara-perkara penting' itu ataupun tidak ....

1 comment:

nor'aini said...

Assalamualaikum, nak tumpang tanye, kalau ambik law di MMU, kena buat CLP tak? Tq