1) Penerimaan rakyat terhadap Mohd. Najib Abdul Razak menjelang perlantikannya sebagai Perdana Menteri pada Mac, 2009 dikatakan sekitar 44% sahaja. Itulah yang terhasil daripada kajian badan penyelidikan bebas Merdeka Center.
2) Berbanding dengan Perdana Menteri - Perdana Menteri terdahulu, Mohd. Najib 'menaiki takhta' di saat namanya agak tidak popular dan diselubungi dengan pelbagai tanda-tanya negatif di kalangan rakyat jelata. Nyatalah betapa usaha berterusan 'pembenci-pembencinya' untuk tidak mahu melihat beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia sedikit berjaya.
3) Anwar Ibrahim dan sekutu-sekutunya seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Nik Abdul Aziz, Azmin Ali, Zaid Ibrahim dan Mohd. Sabu sememangnya tidak mahu Mohd. Najib 'sempat' mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri menjelang April, 2009.
4) Konco-konco 'Pakatan Rakyat' ini kalau boleh mahu Abdullah Ahmad Badawi terus menjadi Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO. Mereka sebenarnya 'sayang dan kasih' kepada Perdana Menteri ke 5 bergelar Pak Lah itu.
5) 'Faktor Pak Lah, anak Pak Lah dan menantu Pak Lah si K.J' itu sebenarnya telah cukup banyak memberikan 'kuasa bonus politik' kepada Anwar dan kumpulannya. 'Pakatan Rakyat' hampir-hampir menguasai Malaysia sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dengan Barisan Nasional pimpinan Pak Lah terkulai di 5 buah negeri (Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Semestinya mereka yakin jika Pak Lah terus menjadi Perdana Menteri maka PRU 13 yang dijadualkan selewatnya pada suku pertama tahun 2013 akan menjadi 'milik' Anwar dan 'Pakatan Rakyat.'
6) Justeru itu, Mohd. Najib diserang bertubi-tubi tanpa henti di sepanjang tahun 2007, 2008 dan suku pertama 2009. Mohd. Najib 'tiba-tiba' menjadi 'insan terkotor' di Malaysia. Anwar dengan bijaknya telah cuba mempotretkan anak Tun Abdul Razak itu sebagai manusia yang terlalulah hina dan berbahaya kepada Malaysia ini.
7) Hakikatnya, Anwar tahu bahawa Mohd. Najib bukanlah lemah dan seandainya sempat beliau (Najib) mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri maka semakin tipislah peluangnya (Anwar) untuk 'menakluk' Putrajaya.
8) Setahun selepas menjadi Perdana Menteri (April, 2010), tahap penerimaan rakyat terhadap kepemimpinan Mohd. Najib telah meningkat kepada 69%. Kajian terbaru oleh Merdeka Center seperti yang dilaporkan pada awal Jun, 2010 menunjukkan bahawa 72% responden (rakyat) dapat menerima kepemimpinan Mohd. Najib. Untuk aspek keyakinan rakyat terhadap kepemimpinan Mohd. Najib, kaum India, Melayu dan Cina masing-masing mencatatkan bilangan 65%, 60% dan 30%. Logiknya angka ini dapatlah juga dilihat kepada perkembangan di 3 Pilihan Raya Kecil (PRK) terakhir (Bagan Pinang, Hulu Selangor dan Sibu) yang melihatkan betapa majoriti para pengundi Melayu dan India menyokong Barisan Nasional manakala orang-orang Cina lebih 'berminat' kepada 'Pakatan Rakyat.'
9) Semestinya hasil kajian ini akan diperlekehkan para penyokong tegar DAP, PKR dan PAS. Mereka akan katakan bahawa ini adalah satu propaganda, tidak membayangkan rasa hati majoriti rakyat dan dilakukan secara tidak adil. Harus diingat, sewaktu Merdeka Center mengeluarkan hasil kajiannya pada Mac, 2009 iaitu hanya 44% rakyat sahaja yang dapat menerima Mohd. Najib sebagai Perdana Menteri, ia 'diraikan' dengan penuh kegembiraan oleh mereka sehingga menjadi tajuk besar di dada akhbar 'pro' Anwar seperi Harakah, Suara Keadilan dan Siasah.
10) Harakah sendiri di sekitar Mac, 2009 dengan 'gembiranya' menghebahkan kepada umum akan hasil kajian Merdeka Center ketika itu yang menunjukkan bahawa hanya 19% orang Melayu mahu UMNO terus memerintah negara. Kajian yang dilaksanakan di 'akhir-akhir' pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi itu turut merekodkan bahawa hanya 1% orang Cina dan 3% orang India yang mahu UMNO terus menerajui pemerintahan negara ini.
Neba2020: Buat Perdana Menteri Mohd Najib, teruslah menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan berpandukan niat yang ikhlas dan bersih. Selebihnya akan ditentukan Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Adil segalanya ....
1 comment:
Saya tak sabar nak tunggu Muhyidin naik jadi PM...
Post a Comment