1) Mulai tahun 2011, cuti bersalin bagi kakitangan wanita di negeri Kelantan (agensi / jabatan di bawah kelolaan kerajaan negeri) akan dinaikkan kepada 90 hari berbanding dengan 60 hari seperti yang dipraktiskan sekarang.
2) Alasan yang dikeutarakan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Wan Omar ialah bagi membolehkan kakitangan wanita mengambil masa lebih panjang menjaga anak dan keluarga dalam tempoh pantang bersalin itu.
3) Semestinya 'bakal-bakal' ibu mahupun ibu-ibu sedia ada amat gembira dengan perkhabaran ini.
4) Terfikirkah kita betapa 'cuti panjang' menyebabkan tugas-tugas si empunya badan akan 'beralih' kepada pekerja-pekerja lain pula. Bebanan petugas lain menjadi lebih untuk jangka masa yang panjang.
5) Sebelum akhir 1990an, para pekerja mendapat cuti bersalin tidak sampai 60 hari. Generasi 'lama' itu tetap bersemangat, sehat dan mampu untuk hadir menjalankan tugas sebaik sahaja tamat tempoh 'berpantang.'
6) Ada baiknya kita mengujudkan skim pilihan kepada 'ibu-ibu' untuk bercuti bersalin selama 2 bulan, 3 bulan, 4 bulan, 5 bulan mahupun 6 bulan. Sebabnya, mungkin ada yang berasa perlu untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada bayi, penyusuan badan dan menjaga kesihatan tubuh sepenuhnya.
7) Tempoh tambahan selepas 2 bulan bolehlah diberikan dengan syarat ianya berbentuk cuti tanpa gaji. Baik juga kiranya 'duit' itu diagihkan pula kepada petugas gantian.
8) Malaysia ini sudah sedia maklum dan diketahui sebagai antara negara di dunia ini yang mempunyai cuti am terbanyak ditambah dengan majoriti sektor yang memberikan cuti mingguan selama 2 hari penuh (Sabtu dan Ahad). Bertambah banyaknya cuti bermakna semakin sedikit tugas yang dapat diselesaikan. Mungkin tugas asas dapat disempurnakan tetapi pekerja tidak mempunyai cukup masa itu menambah kecekapan dan ilmu untuk kebaikan di masa hadapan.
9) Produktiviti pekerja di sektor kerajaan sudah lama dipertikai, jumlah pekerja di sesetengah agensi adalah 'terlebih' berbanding dengan kerja yang perlu dibuat, penyelesaian kerja adalah lambat dan kualiti hasil kerja diragui. Sama ada betul ataupun tidak, itulah hakikat dan persepsi masyarakat kita secara umumnya.
10) Ada baiknya wanita yang berasa mahu menjadi ibu sejati, penuh tanggungjawab, ikhlas dan mahu meletakkan kepentingan keluarga di carta teratas di setiap detik masa memikirkan untuk 'bersara' daripada pekerjaan dan bertukar kepada profesion sebagai surirumahtangga sepenuh masa.
Neba2020: Sayangkan anak pukul-pukulkan, sayangkan isteri / suami tinggal-tinggalkan, sayangkan keluarga korban-korbankanlah apa yang patut ....
1 comment:
Pasni minta 6 bulan plak... patutnya gov kene buat cuti optional... haish
Post a Comment