Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru (16 Mei) ....

Salam Buat Semua,



Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera-puteri negara kita.

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukunegara kita
Panduan hidup kami semua.

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta.

Amanah yang diberi
Kami tak pesiakan
Apa yang kami janji
Tunai, tetap kami tunaikan.

1) Setiap kali 16 Mei muncul, pastinya lagu ini akan dinyanyikan Cikgu-Cikgu sewaktu perhimpunan khas sambutan Hari Guru.

2) Selama 11 tahun di alam persekolahan (Darjah Satu - Tingkatan 5), lagu tersebut cukup memberi kesan mendalam kepada diri ini.

3) Sewaktu rakan-rakan lain majoritinya tidak ada yang bercita-cita untuk menjadi pendidik tetapi saya tidak. Jauh di lubuk hati ini, sejak sekolah lagi saya memang mahu menjadi seorang pendidik. Saya berani kata bahawa saya bukanlah jenis pendidik yang menjadi 'Cikgu' kerana mengejar insentif yang sentiasa meningkat, kerjayanya terjamin, telah bosan dengan dunia pekerjaan lain, tidak berjaya memperoleh pekerjaan lain yang diidamkan awalnya mahupun dek termakan 'kata-kata' sesiapapun jua. Saya jadi 'Cikgu' kerana saya memang 'mengidamkan' kerjaya ini sejak saya berusia satu angka lagi.

4) Saya percaya dan saya yakin bahawa pendidik yang bagus bukan hanya mampu melahirkan seorang anak murid yang mampu mendapat 10A sewaktu SPM, lulus peperiksaan sekaligus tamat ijazah dan berjaya mendapatkan pekerjaan kemudiannya semata-mata. Bagi saya, itu bukan kesan sebenar pengaruh seorang Cikgu dan pendidik !

5) Pendidik ada kuasa untuk mengubah masa depan seorang manusia. Pendidik ada kuasa untuk mengubah pemikiran seorang manusia. Pendidik ada kuasa untuk memberi hala tuju yang bagus untuk masa depan seorang manusia. Paling penting, saya percaya bahawa pendidik ada kuasa untuk melahirkan manusia yang positif pemikirannya, baik disiplinnya, bermoral serta percaya kepada kuasa TUHAN dan sentiasa yakin kepada kemampuan diri.

Saya amat sayang dan cintakan karier ini. Saya bangga menjadi seorang pendidik !

Neba2020: Selamat Hari Guru Kepada Semua Guru Yang Pernah Mendidik Noor Effandi Bin Ahmad ini. Cikgu-Cikgu di Sekolah Temenggung Abdul Rahman, Segamat (1989), Sekolah Kebangsaan Gemereh, Segamat (1990-1994), Sekolah Agama Gemereh, Segamat (1991-1995) dan Sekolah Tinggi Segamat (1995-1999) serta para Pensyarah yang berwibawa di Multimedia University (2000-2004) dan Universiti Utara Malaysia (2005-2006) sememangnya sungguh banyak berjasa kepada diri ini. Moga TUHAN merahmati anda semuanya di dunia dan di akhirat kelak ....

2 comments:

mart gee said...

Selamat hari guru wahai cikgu ku! :)

Helmy Ahmad said...

Selamat Hari Guru, buat Fendy jua...