Jumlah Peminat 10 Ahli Politik Malaysia di laman web sosial FACEBOOK setakat jam 8.30 pagi, 25 Februari, 2010:
1) Tun Dr. Mahathir Mohamad - 283, 713
2) Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak - 109, 094
3) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat - 81, 970
4) Dato' Seri Anwar Ibrahim - 56, 661
5) Lim Guan Eng - 25, 665
6) Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir - 24, 881
7) Lim Kit Siang - 20, 082
8) Dato' Seri Abdul Hadi Awang - 12, 232
9) Dato' Seri Mohd. Nizar Jamaluddin - 10, 528
10) Tan Sri Muhyiddin Yassin - 9,450
* Dr. Mahathir Mohamad nampaknya bolehlah diiktiraf sebagai individu paling popular di Malaysia.
* Penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri Mohd. Najib semestinya kelihatan cukup ampuh.
* Di pihak pembangkang (Pakatan Rakyat), Tok Guru Nik Aziz nampaknya adalah yang paling diterima oleh warga 'FACEBOOK.'
* Mukhriz Mahathir dan Mohd. Nizar jelas cukup disenangi lagi disukai masyarakat. Walaupun bukan 'orang besar' di dalam parti masing-masing, mereka berjaya menambat hati rakyat jelata. Mungkin selepas Pilihan Raya Umum 13 nanti, mereka berdua ini adalah 'bintang' yang akan menguasai politik nasional.
* Anwar Ibrahim pernah berkata (seperti dilaporkan Suara Keadilan) bahawa beliau tidak gentar dengan Mohd Najib yang kerdil kerana Dr. Mahathir sendiri beliau berani lawan. Jika mengikut petunjuk 'populariti' FACEBOOK ini maka jelaslah bahawa bukan mudah untuk Anwar menidakkan keupayaan Mohd. Najib apatah lagi Dr. Mahathir dalam menambat hati rakyat untuk terus setia memberikan sokongan. Walaupun begitu, Anwar tetap popular dan ramai yang sayang dan kagum dengan personaliti juga karismanya yang unik itu.
Neba2020: Menawan hati manusia bukannya mudah, tidak boleh dipaksa dan tidak mampu dipujuk rayu. Orang akan sayang dan orang akan suka kepada kita jika ada sesuatu yang istimewa pada diri kita yang kelihatan di pandangan mereka lalu melekat di hati....
6 comments:
bukan mudah utk tawan hati sesorang kan ;)
bukan mudah untuk tawan hati seseorang sahaja, tetapi untuk menarik dan meninggalkan kesan di hati seseorang lalu melekat di minda hingga ke akhir hayat juga memerlukan satu titik tolak permulaan dan berlanjutan kepada peristiwa-peristiwa seterusnya sehingga tamat kisah seseorang itu.
itupun selepas habis riwayat orang itu ia menjadi kesan sejarah pula, dan akan diulang-ulang sampai kiamat
KJ?
setakat nih aku baru jadi fan untuk Tun Dr M, belum terbuka hati untuk menjadi pengikut yang lain-lain..
salam
ok la najib punya fan 100k lebey sebab promosi pun hebat kat tv 1 2 3 utusan segala yang ado..
anwar pak ajis x do....
tapi jgn lupa
pak ajis mendapat anugerah tokoh ulama 100 paling famous didunia
anwar pernah dapat tokoh politik 100 paling amous didunia
dr mahathir dihormati lawan dan kawan
Salam,
Dr Mahathir seorg yg berjasa kpd rakyat Malaysia, namun beliau juga seorg yg kontroversial.
Saya ada yg bersetuju dan tidak bersetuju dgn beliau terutama sekali berkaitan dgn 2 perkara besar yg melibatkan org2 Melayu dan Raja2.
1.) Kenapa wang royalti..(dlm perjanjian di tulis cash payment) kpd rakyat Terengganu -(dibaca:kerajaan negeri Terengganu 1999-2004), sehingga sekarang di nafikan, (bermula 1999 hingga sekarang) ditukar nama kpd wang ehsan...kerana ini utk org2 Melayu maka di nafikan hak supaya org2 Melayu tidak terlalu maju/kaya agar kuasa masih berada di tgn mereka2 yg sedang berkuasa.. Ini adalah peninggalan penjajah British, British pernah menyatakan perihal org2 Melayu " Kita British mesti memastikan org2 Melayu ini pandai sedikit sahaja dr bapa2" ini supaya kuasa British tidak dpt di gugat oleh sesiapa,dlm atau luar negeri.
2) Raja2, pd tahun 1994 telah di tarik hak kekebalan...maka siapa yg kebal skrg...sedangkan Raja tugasnya memastikan tidak berlaku pemusatan kuasa yg terlampau di Malaysia ini.
3) Banyak kerosakan ke atas institusi yg disebut sebagai 'Teori pengasingan kuasa" iaitu pemisahan kuasa eksekutif, legislatif dan judiciary berlaku di Malaysia dan semakin teruk dr semasa ke semasa...yg paling teruk apabila Ketua Hakim Negara sendiri Tun Salleh Abbas di pecat atas sebab-sebab yg...lihat kes di Perak. Sejarah sudah menghakimi peristiwa ini dan sejarah juga pasti akan menghakimi Tun Dr Mahathir sama ada beliau seorg negarawan atau seorg yg mudaratnya lebih besar dr manfaatnya...
Post a Comment