Tuesday, February 9, 2010

Aku Puas !

Salam Buat Semua,

1) Pagi Jumaat bertarikh 5 Februari, 2010 terasa puas sekali !

2) Kelas subjek 'Financial Management I' yang aku kelolakan itu terasa cukup istimewa.

3) Aku rasa puas, cukup gembira dan amat teruja.

4) Kelas seawal jam 8 pagi, pelajar-pelajarku datang dengan wajah-wajah yang tidak bermaya.

5) Aku mulakan kelas dengan ucapan salam dan selamat pagi. Mereka masih 'tidur.'

6) Aku memberi 'syarahan' selama hampir 2 jam. Makin lama wajah mereka kulihat makin bersemangat, makin bertenaga dan makin seronok.

7) Walaupun kelas itu dihuni hampir 150 pelajar, komunikasi 2 hala tetap dapat dijalankan.

8) Topiknya agak membosankan kerana berkaitan dengan 'ratio analysis' yang penuh dengan formula, angka dan dikaitkan pula dengan kunci kira-kira, penyata untung rugi dan penyata aliran tunai.

9) Aku rasa amat bersyukur kepada TUHAN kerana melancarkan tutur kataku, benda yang bosan akhirnya berjaya menarik perhatian pelajarku.

10) Lawak jenakaku nampaknya masih 'bertaring' dan mereka semua ada masanya dapat ketawa sekuat hati dan tersenyum berpanjangan.

11) Bila sudah puas aku lihat mereka ketawa, aku bertukar menjadi serius dan mula bercerita sesuatu yang 'berat dan mencabar minda.' Mereka mula kelihatan berkerut dahi dan memandang ke bawah kerana 'takut' disoal.

12) Sesiapa yang 'bertuah,' namanya akan dipanggil dan kenalah memberanikan diri memberikan respon kepada soalan mahupun isu yang aku bangkitkan.

13) Apabila tiba waktu rehat, aku sediakan tayangan pendek filem-filem yang akan ditayangkan di pagawam. Aku 'pancarkan' kepada mereka tiga 'thriller' filem Hollywood, Hong Kong dan Indonesia. Mereka bersorak melihat aksi kung-fu filem terbaru Jackie Chan yang akan ditayangkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina dan mereka sama-sama menjerit melihat kemunculan mengejut pontianak di dalam sedutan sebuah filem seram Indonesia.

14) Aku sentiasa tekankan kepada pelajarku supaya belajarlah untuk mengejar ilmu dan kefahaman dan bukannya belajar untuk menjadi seorang robot. Belajarlah juga untuk menjadi seorang yang seimbang, ada masa untuk diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan. Jangan jadi manusia yang terlalu 'gila' dengan peperiksaan dan Internet.

15) Apa yang pasti, pelajar-pelajar Mr. Fendi ini memang sudah maklum bahawa janganlah berharap agar kelasnya dapat dihabiskan awal. Dia sudah memberikan satu analogi khas buat semua pelajarnya. Cubalah tanya pada mereka, jawapannya adalah cukup istimewa:

" Andainya saya membayar RM800 untuk satu subjek dan ada 13 minggu belajar, maka bagi subjek dengan 3 jam kredit bermakna setiap satu jam di dalam kelas adalah berharga kira-kira RM20. Setengah jam awal kelas ditamatkan maka mintalah bayaran ganti rugi sebanyak RM10 daripada pensyarah itu. RM10 itu cukup untuk makan dengan enaknya di KFC mahupun McD! "

Neba2020: " Pelajar-pelajar semua, kita di dalam kelas ini bukan untuk saya mengajar kamu tetapi adalah untuk kita sama-sama berbincang dan berkongsi maklumat sesama sendiri. Jangan anggap saya pandai dan jangan anggap kamu sudah pandai. Kita semuanya adalah bodoh tetapi apabila kita sedar kita adalah bodoh barulah kita boleh menambahkan ilmu kita sedikit demi sedikit .... "

4 comments:

Muhammad Hazimin Wahab said...

.. itu yg kita mahu...;)

wira internet said...

Entri yang cukup bagus. Tahniah!

Kita ini umpama seperti ikan di lautan ilmu yang luas. Masih banyak lagi kawasan (ilmu) yang kita perlu jelajah (belajar).

Salah satu cara yang berkesan untuk menambah ilmu secara senang adalah dengan mendiversifikasi kelompok sosial kita. Jangan pula hanya menumpukan kepada satu kumpulan kerana ianya seperti meletakkan diri dibawah tempurung.

nYzA said...

sokong dgn entry ini..penuh semangat sbg seorang pendidik...chaiok!

Rozailin said...

teruskan semangat itu fendi! bukan mudah untuk mengajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta, kamu memang hebat!