Salam Buat Semua,
1) Maaf dipohon andai kali ini kata-kata saya lebih bersifat peribadi dan mengimbas kenangan diri sendiri sahaja.
2) Saya adalah budak kampung yang membesar di era 1990an. Era ini adalah era di mana lebih ramai rakan-rakan sebaya kelahiran 1980an yang dibesarkan di pekan, bandar, taman perumahan ataupun rumah flat. Saya membesar di rumah kampung pusaka asal arwah Tok Usop ('Encik kepada Encik'). Rumah saya adalah campuran rumah papan dan rumah batu.
3) Ayah saya bersekolah Inggeris sepenuhnya. Walau tidak masuk universiti tapi dia fasih berbicara di dalam bahasa antarabangsa nombor satu itu. Emak saya pula langsung tidak tahu 'cakap omputih.' Di rumah kami, saya bertutur sepenuhnya di dalam bahasa Melayu versi kampung Johor.
4) Sewaktu sekolah menengah, saya adalah umpama 'pejuang mini bahasa Melayu.' Sewaktu di Tingkatan Tiga (1997), saya menjadi juara Pertandingan Menulis Esei sempena Hari Kebangsaan. Saya juara menulis karangan di dalam bahasa Melayu, 'champion' untuk seluruh daerah Segamat ! Pernah juga saya menuliskan puisi dan sajak untuk seorang anak cikgu yang hendak memasuki pertandingan mendeklamasi sajak di peringkat daerah. Sajak nukilan spontan saya itu berjaya juga mendapat antara tiga yang terbaik apabila dibacakan dengan penuh penghayatan oleh anak cikgu saya itu.
5) Tahun 1999, saya adalah ketua kepada pasukan debat ala Parlimen Sekolah Tinggi Segamat (STS). Kami menjadi juara daerah Segamat dan saya menjadi pendebat terbaik. Langkah pasukan debat kami adalah sehingga ke laluan separuh akhir sewaktu pertandingan peringkat negeri Johor diadakan di Sekolah Teknik Batu Pahat. Kami daripada sekolah jenis harian biasa mampu tewaskan Sekolah Menengah Sains Muar di peringkat suku akhir sebelum kandas di tangan Maktab Rendah Sains Mara / Sekolah Menengah Sains (lupa pula yang mana satu) Kluang.
6) Tahun 1999 juga saya menjadi 'pengerusi' pasukan Forum Remaja Sekolah Tinggi Segamat. Pasukan kami menjadi johan daerah Segamat dengan menewaskan saingan terdekat daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat. Kemaraan kami dengan slogan kata 'STS Sentiasa Boleh !' berterusan hingga ke peringkat negeri Johor. Saya dan rakan-rakan lainnya berjaya menjadi juara Johor dengan menewaskan lawan-lawan 'ternama' seperti Sekolah Tun Fatimah yang mewakili daerah Johor Bahru dan Sekolah Sains Muar.

7) Sekitar tahun 2004 dan 2005 (sebelum weblog ini dimulakan) saya kerap menghantar artikel ke akhbar Berita Harian dan sentiasa terpilih untuk disiarkan diruangan rencana. Artikel saya pernah menyentuh isu-isu 'bangsa dan bahasa' seperti kegagalan pelajar Melayu untuk menyerlah di universiti, bahasa Melayu sebagai titik penyatuan semua bangsa di Malaysia dan keunikan Hari Raya sebagai teras perpaduan negara.
8) Sepanjang saya memiliki kereta sendiri (akhir tahun 2005), tidak pernah walau sekalipun ianya 'dilagukan' dengan cakera padat (CD) lagu-lagu berbahasa asing termasuklah bahasa Inggeris. Semuanya adalah lagu-lagu berbahasa Melayu (termasuklah produk-produk artis Indonesia dan Singapura). Koleksi CD di dalam kereta saya 'penuh dan meriah' dengan 'suara-suara' penyanyi seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid, M Nasir, Jamal Abdillah, Raihan, Alleycats, Rabbani, Anuar Zain, Search, Peter Pan, Sheila On 7, Ning Baizura, Agnes Monica, Mawi, Tan Sri SM Salim, Rossa, Kris Dayanti dan banyak lagi.
9) Jika telinga ini mahu mendengar radio, semestinya hanya tiga nama yang akan dipertimbangkan iaitu ERA, SINAR dan HOT FM. Kesemuanya adalah radio berbahasa Melayu. Akhbar yang wajib saya beli pada setiap hari Sabtu dan Ahad pula adalah Utusan Malaysia, Berita Harian, Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan Siasah. Saya lebih suka dan lebih bangga membaca akhbar berbahasa Melayu.
10) Tahniah saya ucapkan kepada para 'pejuang' bahasa Melayu, seorang dua sasterawan Negara, ahli-ahli politik haluan kiri dan 'orang kuat' kesatuan sekolah jenis kebangsaan yang telah mulakan gerakan pemansuhan PPSMI. Mereka kini telah berjaya. Kerajaan terpaksa 'tunduk' kepada 'perangai' mereka ini kerana 'politik' itu sememangnya sukar untuk dipermudahkan. Kerajaan sebenarnya 'tersepit' di antara 'survival politik' dan juga kewajaran PPSMI sebagai medium yang memberikan kebaikan kepada negara untuk jangka masa yang lebih panjang kelak. Keputusan itu adalah ibarat 'diluah mati emak, ditelan mati bapak.'
Neba2020: Bersoraklah semua, bersoraklah sekuat-kuatnya buat mereka yang tiba-tiba menjadi 'pejuang bahasa Melayu' kerana lebih kepada terpedaya dengan 'cerita politik' padahal selama ini lebih selesa mendengar lagu Inggeris, menolak drama Melayu, membaca akhbar Inggeris, bercakap campur-campur Melayu-Inggeris, berhujah di dalam bahasa Melayupun tidak berani, mereka pantun dan sajak tidaklah mampu dan Bahasa Melayu di peringkat SPM juga belum tentu cemerlang ...
4 comments:
Berdasarkan kualifikasi saudara, saya cadangkan agar saudara menulis buku-buku tentang bidang yang saudara ceburi. Saudara pun pandai menulis. Banyakkanlah buku-buku ilmu dalam bahasa Melayu.
saya menyokong cadangan 'Melihat Kesunyataan' - Fendi you can be a good writer, tak kisah lah dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris =)
walaupun saya juga pencinta bahasa melayu dan sentiasa cemerlang dalam bahasa melayu, namun saya menyokong perkembangan pembelajaran bahasa inggeris di Malaysia, it's good for our country itself, i dont want Malaysian to be as low as people in Japan or Paris who don't know how to speak english. Saya pernah berhadapan situasi itu...as the result hotel yang cuma 5 minit hanya dijumpai setelah 1 jam bertanya!
@dikazz: masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang kerbau menguak. ;)
kadang2 orang tak tengok keberkesanan nya. Tapi lebih suka melihat dari aspek 'politik'. saya sendiri merasakan ianya satu kerugian dalam pemansuhan ini.
mereka2 ini banyak bermodalkan, budak2 'kampung' tidak mampu nak melakukannya. Selama ini, dengan penggunaan bahasa melayu, mampukah meraka mengubah gred pencapaian mereka?
saya rasa.... they have to really OPEN their CLOSED eye...
Post a Comment