Friday, July 24, 2009

Banyak Cikgu Tidak Layak Jadi Cikgu?

Salam Buat Semua,

1) Sekarang ini orang 'berduyun-duyun' mahu menjadi pendidik. Kerjaya sebagai cikgu sekolah nampaknya begitu 'laku' dan hangat seperti 'goreng pisang panas.'

2) Permohonan untuk menyertai program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) mendapat sambutan yang terlebih menggalakkan. Andai ada 5 000 tempat yang ditawarkan, secara mudahnya 50 000 permohonan akan diterima oleh Kementerian Pelajaran.

3) Dahulu KPLI ini mengambil masa 6 bulan. Kemudiannya diubah menjadi satu tahun genap. Baru-baru ini, Kementerian Pelajaran menyifatkan bahawa tempoh satu tahun untuk 'menyiapkan' pemegang-pemegang ijazah sedia ada itu untuk menjadi seorang guru adalah tidak cukup kerana majoriti daripada 'produk-produk' KPLI ini didapati masih tidak berupaya untuk menjadi pendidik yang berkesan kepada anak-anak Malaysia.

4) Bermula tahun 2010 nanti, tempoh KPLI akan dipanjangkan kepada 18 bulan, satu tahun setengah !

5) Tambahan 6 bulan berada di dalam Institut Pendidikan (dahulu dikenali sebagai Maktab Perguruan) diharapkan akan dapat 'menghasilkan' cikgu-cikgu sekolah yang lebih mantap mental dan fizikalnya untuk berdepan dengan 1001 perangai anak murid serta mempunyai daya kreativiti mengajar yang lebih berkesan.

6) Kita tidaklah mahu menyangkal akan niat dan sebab yang membawa kepada puluhan ribu pemegang ijazah dalam pelbagai bidang memohon untuk mengikuti KPLI ini. Persoalannya, adakah kita yakin bahawa golongan ini sememangnya 'berjiwa pendidik' sejati?

7) Apakah faktor utama yang menyebabkan mereka memohon KPLI? Andai jawapannya adalah untuk menjadi pendidik kepada anak bangsa dan kerana minat yang cukup mendalam maka ucapan pujian tertinggi wajarlah diberikan.

8) Malangnya, jawapan-jawapan negatif yang kurang enak untuk didengar pastinya akan mendominasi 'sebab dan musabab' mereka memohon KPLI.

9) Adalah sesuatu yang normal untuk kita menerima jawapan-jawapan seperti sukar mendapatkan kerja lain yang berpadanan dengan ijazah asal di sektor swasta mahupun kerajaan, CGPA ijazah pertama tidaklah begitu memberangsangkan, asyik gagal di dalam temuduga, hilang pekerjaan di sektor perkilangan, kerja seorang guru adalah mudah, gaji serta insentif guru sekarang ini begitu menarik dan risiko menjadi guru adalah rendah.

10) Tidak hairanlah orang mengatakan bahawa kualiti guru-guru muda di era abad ke 21 ini adalah cukup rendah, mengecewakan dan kurang kreativiti dalam mendidik. Cikgu-cikgu di era 1960an, 1970an dan 1980an majoritinya bukanlah pemegang ijazah tetapi keupayaan dan kemahiran mereka dalam mengajar subjek dan mendidik manusia adalah jauh lebih terbilang dan gemilang berbanding dengan cikgu-cikgu keluaran pertengahan 1990an ke atas terutamanya yang lahir daripada kategori KPLI ini. Mereka ini sudah empat atau lima tahun berada di universiti dan ditambah setahun lagi sebagai persediaan menjadi guru tetapi hasilnya cukup mengecewakan. Kalau majoriti produk KPLI ini bagus, mengapa pula Kementerian Pelajaran harus mamanjangkan lagi tempoh 'kuarantin' di dalam KPLI itu? Tepuk dada tanyalah selera.

Neba2020: Jangan jadi cikgu yang terpaksa, nanti jiwa terseksa ....

4 comments:

Anonymous said...

Senang saja jika nak tahu golongan ini adalah serius atau tidak - mari kita perhatikan adakah mereka sanggup keluar dari kawasan selesa dan pergi berkhidmat di kawasan yang betul-betul mememerlukan khidmat pengajar seperti di kawasan pedalaman, yang serba-serbi kekurangan, tanpa bilik hawa dingin atau kemudahan asas yang lain.

PeJun said...

bang fendi..tul tu..dulu saya nak jd cikgu..tp mak tak kasi coz dia dah rasa mcm mana life seorang cikgu...memang skarang ramai cikgu2 x berkualiti..even kwn saya dpt 1 A spm n failed matrix pun leh masuk maktab jd cikgu..negara kita skarang..profession sbg seorang cikgu telah diletakkan di taraf kedua..sepatutnye kerajaan patut meletakkan profession sbg seorang cikgu seiring & satu darjat bersama profession seorang doktor,engineer,akautan dll..barulah ramai pelajar cemerlang memasuki profession ini & langsung menaikkan kualiti profession itu sendiri..seterusnya melahirkan anak bangsa bertambah kualiti..

barulah boleh ajar math n sciences in English

kui kui kui



lagi 1 : ramai juga lecturer or tutor x layak di tempat mereka sendiri...hehehe


yg penting..kita minat n ikhlas dgn bidang kerja kita

mat mimpi said...

setelah saya habis membuat midterm FM2...hujan lebat...

Adeqq said...

jadi cikgu BEST!~ sumpah.. tak tipu!