Wednesday, July 8, 2009

Anak-Anak Kelantan Merantau: Setia Dengan PAS?

Salam Buat Semua,

1) Dengar-dengarnya Kelantan memiliki 'jenis' pengundi yang unik berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

2) Katanya, Kelantan memiliki jumlah pengundi yang paling ramai bukan daripada jenis pemastautin tetap.

3) Maknanya, ramai yang mengundi di Kelantan terdiri daripada anak negeri itu yang sudah tidak lagi menetap secara tetap di sana, rezekinya di luar Kelantan dan membina keluarga baru juga di luar Kelantan. Uniknya, majoriti daripada anak-anak jati Kelantan ini memilih untuk terus mengundi di Kelantan dan tidak di negeri sumber rezeki masing-masing.

4) Hakikatnya, 'pertempuran' politik di Kelantan sejak berpuluh tahun dahulu adalah di antara UMNO dan PAS. Kelantan adalah negeri dengan peratusan majoriti penduduk berbangsa Melayu yang teramai sekali di Malaysia ini.

5) Tahun 2004, UMNO / Barisan Nasional secara undi popularnya sudah mengatasi PAS. PAS berjaya meneruskan penguasaan berdasarkan kelebihan 2 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Di peringkat Parlimen pula, UMNO Kelantan memiliki lebih kerusi berbanding PAS.

6) Tahun 2008, UMNO kecundang teruk di Kelantan. PAS kini memiliki 6 kerusi Parlimen manakala PKR, UMNO dan Bebas masing-masing dengan anggota Y.B yang berjumlah 3, 2 dan 1.

7) Walaupun begitu, masih ramai orang Melayu di Kelantan yang menyokong UMNO. Kawasan sekitar Gua Musang dan Jeli terus menjadi kubu kuat UMNO di Kelantan. Aura Ku Li dan Tok Pa seakan 'kebal' untuk dimusnahkan PAS. Di kawasan lain juga UMNO tidaklah 'tersungkur terpelanting' sehabisnya sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 yang lalu. Tiada calon UMNO yang hilang wang pertaruhan dan jika dilihat kepada undi popular keseluruhan, UMNO masih mampu memikat hati kira-kira 40-45% jumlah pengundi negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

8) Ada analisis mengatakan bahawa majoriti pengundi yang menetap secara tetap di Kelantan adalah menyokong UMNO (peratusan sekitar 55%).

9) Menariknya, adalah dipercayai bahawa PAS mendapat undian padu daripada anak-anak Kelantan yang bekerja ataupun telah bermastautin juga berkeluarga di luar negeri itu. Diyakini sekitar 90% daripada golongan ini menumpahkan taat dan setia mereka buat meneruskan kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz di Kelantan.

10) Timbul satu persoalan, adilkah senario ini? Mereka yang menetap dan berhadapan dengan keadaan semasa mengundi orang lain untuk memimpin sedangkan yang memegang kuasa ditentukan oleh golongan yang hanya balik sekali sekala sahaja ke negeri asal usul.

Neba2020: Jika ditanya Nik Abdul Aziz akan mengapakah hampir 90% anak-anak Kelantan mencari rezeki dan membina penghidupan berkeluarga di luar negeri itu, semestinya beliau akan memberi jawapan 'berhikmah' seperti anak-anak Kelantan lebih suka mengamalkan konsep hijrah, mencari pengalaman di luar adalah dituntut, meluaskan pemikiran di rantau orang dan mereka digemari banyak pihak.

6 comments:

Muhammad Hazimin Wahab said...

nampakny serangan ke-2 utk tok guru bermula :)

Anonymous said...

(1) Tidak kah anda merasa pelik kenapa SPR menetapkan waktu mengundi kepada tarikh yang kurang menyenangkan, iaitu pada hari bekerja?

(2) Salahkan jika dibuat pada hari minggu, di mana ramai akan mempunyai masa terluang untuk mengundi?

(3) Adakah ia satu cubaan untuk mengurangkan majoriti pengundi, terutama pengundi luar kembali ke "tanah air"?

p.s.: Konspirasi? Saya serahkan kepada pembaca untuk menilainya.

Anonymous said...

anak2 kelantan tetap setia. biar takdok highway pun utk balik kelantan dengan selesa. Tapi perjuangan tetap diteruskan. Mungkin otak anak2 kelantan lebih ligat berfikir boleh kenal mana lurus mana bendul.

fendy_ahmad said...

Salam,

Buat Anonymous pertama:

- Anda lebih kedepan berbanding pemimpin kanan Pakatan Rakyat nampaknya. Tidak pula isu ini menjadi topik besar bagi mereka.

- Di Kelantan cutinya hari Jumaat, hari minggu cuti negeri lain pula ialah Ahad. Sabtu pula tidak semua sektor diberikan cuti sepenuhnya.

- Saya tidak rasa ada konspirasi. Di negeri mahupun kawasan yang sememangnya BN kuatpun Pilihan Raya kecil selalu dibuat dihari bekerja.

Buat Anonymous kedua:

- Tapi pastinya orang-orang seperti anda akan tidak berasa senang andainya bandaraya-bandaraya tempat 'rezeki/belajar' anda jalannya teruk, tidak luas, berlopak, kurang kemudahan, perkhidmatan majlis bandaran yang lembab dan seumpamanya.

- Rasanya tidak bijak untuk mendakwa anak-anak negeri lain tidak cukup ligat berfikir dan tidak tahu mana lurus mana bendul.

- Maaf kata, anak Johor (penulis orang Johor) yang majoritinya taat setia kepada UMNO (seperti mana anak Kelantan taat setia kepada PAS)tidaklah 'bebal dan dungu' sangat. Orang-orang Johor banyak yang 'laku, laris dan ternama' di Malaysia ini.

Anonymous said...

Walauapapun hujah saudara,

Saya memohon ke hadrat Allah swt untuk memberikan hidayat kepada kita semua semoga berkekalan kebahagian di dunia dan diakhirat kelak.

Anonymous said...

org johor majoriti menyokong umno,,,dan sekian kita tau ape itu parti umno,,,,,seakan akal yg diberikan tidak digunakan dgn sebaik baiknya dgn menyokong umno...itu saje,