Tuesday, February 19, 2008

Keranamu Mahathir dan Keranamu Siti Hasmah !


Salam Buat Semua,

Andai anda perhatikan, saya tidak pernah mengepilkan sebarang foto untuk mana-mana nukilan di weblog ini sejak ianya 'bersuara' pada lewat tahun 2006 yang lepas...

Buat pertama kalinya saya terdetik untuk 'mengindahkan' weblog ini dengan 2 gambar yang diambil melalui kamera peribadi saya pada 18 Februari, 2008 bertempat di Grand Hall, Multimedia University (MMU), Cyberjaya bersempena dengan Majlis Kejayaan & Kesyukuran MMU.

Secara peribadi, saya cukup TERPESONA, KAGUM, TERTAWAN, JATUH CINTA, TERUJA dan BERSEMANGAT SELALU dengan 2 personaliti hebat ini !

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD - Tanpa syak dan tanpa prejudis saya telah dan pasti selamanya akan berbangga selalu untuk mengisytiharkan kepada sesiapa jua bahawa inilah dia, inilah lelaki anak Malaysia yang paling saya kagumi dulu, kini dan selamanya ! Inilah dia pemberi INSPIRASI utama sejak saya mula mengenal erti hidup. Semangat dan wawasan Dr. M sentiasa mengiringi perjuangan saya membentuk keperibadian diri dalam mengejar impian. Kejayaaan mahupun keunggulan seorang Perdana Menteri Malaysia yang dipanggil Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003) sememangnya tidak mampu untuk saya huraikan di sini kerana segalanya adalah sejarah yang tidak bisa disembunyikan kerana ianya akan sentiasa terpancar dengan kuasanya yang tersendiri ... Bagi saya, inilah Datuk Seri yang terhebat selamanya !

TUN DR SITI HASMAH MOHD ALI - Wanita ini tidak pernah gagal membuatkan hati saya tenang dan redup tatkala melihat wajahnya dan mendengar suaranya. Keunggulan beliau sebagai pencinta ilmu dan isteri Perdana Menteri (1981-2003) yang cukup bijak sentiasa terserlah ! Tidak mudah untuk saya lupakan betapa Datin Seri Siti Hasmah (suatu waktu dulu) sentiasa bersama-sama buku nota kecil dan pen untuk mencatat segala fakta penting yang diucapkan suaminya di sesuatu majlis. Juga kuat di dalam memori saya bagaimana sifat keibuan dan minatnya kepada sukan badminton membuatkan beliau memeluk dan mencium wira-wira badminton negara seperti Rashid Sidek mahupun Foo Kok Keong (dekan 90-an) apabila kejayaan untuk negara mereka kecapi (Bayangkan seorang yang bertaraf isteri Perdana Menteri sanggup memeluk tanda bangga kepada sang atlit yang kebasahan dengan peluh !). Beliau adalah isteri Perdana Menteri contoh yang lebih banyak terlibat dengan isu-isu kerakyatan dan kebajikan, tidak pernah menjadikan isu-isu murahan seperti fesyen, imej mahupun butik-butik sebagai prioritinya ...

DR M adalah lelaki yang paling saya sayangi selepas Encik (ayah) dan abang !
Tun Siti Hasmah adalah wanita yang paling saya sayangi selepas Emak dan Arwah Tok Pah !

Semangat kalian akan sentiasa menemani perjalanan hidup saya !
Doa saya pastinya akan sentiasa menemani perjalanan hidup kalian !

neba2020: Lawak untuk dikenang betapa sejak saya kecil di alam sekolah rendah lagi, Encik selalu bercerita secara sinis kepada kawan-kawannya dan juga saudara-mara bahawa anak bongsunya yang seorang ini lebih percaya kepada Mahathir Mohamad berbanding dirinya sendiri sebagai seorang ayah. Tetapi, Encik tidak pernah berkecil hati kerana dia selalu berbangga kerana anaknya yang seorang ini mengagumi seorang lelaki hebat yang dia sendiri mengangapnya sebagai WIRA BANGSA, WIRA NEGARA, PENGUBAH MENTALITI BANGSA ! Encik seorang yang keras hati dan teguh pendiriannya (maklumlah, bekas tentera !), apa yang dikatanya mesti saya turuti tanpa bangkangan .... Tetapi atas nama Mahathir Mohamad, Encik mampu mengalah ! Andainya saya cuba membela diri dengan menggunakan kata-kata seorang yang bernama Mahathir Mohamad itu dikala tidak bersetuju dengan pendapatnya, Encik akan mengalah dan membiarkan saya dengan pendirian sendiri. Itulah kuasa Mahathir Mohamad yang mencorakkan perjalanan hidup saya dan keluarga !

8 comments:

Anonymous said...

Sir!!Dimanakah muka saya??tak termasuk rupanya dlm kamera anda tuh:( xperla, janji tgn saya ni dah salam dgn dua2 Tun yang sy sgt kagumi(^v^)hehe..smoga jumpa lagi!!

Anonymous said...

Salam dari Melbourne! Member aku sorang nih memang fanatik Mahathir. Pernah sekali dia tinggalkan meja makan kiteorang time ade orang komen pasal Mahathir. Percaye jangan tak percaye! - Zul

Anonymous said...

Kenapa kamu, apa-nama, pegang isteri saya?

Yang Benar,
Dr. M

squall-shinoda said...

Pehh... hebat la kau fendy, dapat gak kau jumpa dan salam dgn Tun Dr. M dgn Tun Siti Hasmah, aku betul2 tumpang bangga kau dapat jumpa dgn Bapa Malaysia Moden yang amat kita kagumi, hehehe...

Anonymous said...

mana bleh peluk2..bahaya tu..

fendy_ahmad said...

da. m, mintak ampun dong... itu pegang salam umpama cucu hormat kepada neneknya... dan kamu pun mungkin ada angan-angan mahu seorang isteri seperti Siti Hasmah ini ya... bagus-bagus...

anonymous,
Peluk bangga seorang negarawan yang menganggap para jaguh sukan itu umpama anak-anaknya sendiri....

Anonymous said...

tralalala...

yeahh!~ idopp Johor!~ saye syg Dr M..

Anonymous said...

Yeah~
Dpt Salam ngan Tun Dr. Mahathir gaks...
Sy berasa sgt bangga dn berada di awangan saat Tun berada dpan mata..
Terasa sebak dada...
Terasa basah mata...
dek kerana terlalu kagum dn gembira...
daku terkesima~~
huhu...
Terasa dibuai mimpi indah... ^_^
(bila la dpt jumpa lagi ek??)
Hurm~~