Monday, February 18, 2008

BN Lemah di Kawasan Maju, Tetapi Tidak di Johor !

Salam Buat Semua,

Ada pihak merasakan bahawa para pengundi di kawasan bandar adalah lebih kritikal dalam memilih calon atau parti yang akan diundi sewaktu Pilihan Raya. Pengundi-pengundi bandar dikatakan lebih 'bermaklumat' dan lebih 'celik' terhadap perkembangan semasa dan tidak mudah terpedaya dengan janji-janji pembangunan daripada parti pemerintah.

Oleh itu, tidak hairanlah jika diperhatikan bahawa banyak kawasan yang diklasifikasikan sebagai 'maju dan moden' telah dikuasai oleh parti-parti pembangkang sewaktu Pilihan Raya ke 11 pada tahun 2004. Andai pihak pemerintah menjadi juara, majoriti yang diperoleh nyatalah amat kecil dan suara penyokong parti pembangkang tidak dapat 'disenyapkan' dengan mudah.

Berikut adalah 10 contoh nyata yang berlaku ketika Pilihan Raya Umum ke 11 yang jelas menunjukkan bahawa para pengundi di kawasan yang agak tinggi tahap kemajuan mahupun 'intelektualitinya' didapati mempunyai 'fahaman mengundi' yang agak kritikal:

PARLIMEN P138 : KOTA MELAKA

MCA - Wong Nai Chee: 31,217
DAP - Kerk Kim Hock: 30,998
BN menang majoriti 219 undi

PARLIMEN P65 : IPOH BARAT

MCA - Datuk Ir Ho Cheong Sing: 22,337
DAP - M Kulasegaran: 22,935
DAP menang majoriti 598 undi

PARLIMEN P64: IPOH TIMUR

MCA - Thong Fah Chong: 19,077
DAP - Lim Kit Siang: 28,851
DAP menang majoriti 9,774 undi

PARLIMEN P60: TAIPING

PPP - Datuk M Kayveas: 20,129
DAP - Ong Chee Keng: 17,957
PKR - P Annah Dorai: 4,371
BN menang majoriti 2,172 undi
* BN dikira tewas jika undi parti pembangkang (DAP + PKR) digabung.

PARLIMEN P120: BUKIT BINTANG, Kuala Lumpur

MCA - Tan Chew Mooi: 18,799
DAP - Fong Kui Lun: 19,103
MDP - Wee Choo Keong: 1,107
BEBAS - Billi Lim Peng Soon: 132
DAP menang majoriti 304 undi

PARLIMEN P144: KEPONG, Kuala Lumpur

GERAKAN - Ma Woei Chyi: 21,428
DAP - Dr Tan Seng Giaw: 23,282
DAP menang majoriti 1,854 undi

PARLIMEN P123: CHERAS, Kuala Lumpur

MCA - Lee Boon Kok: 17,195
DAP - Tan Kok Wai: 29,056
DAP menang majoriti 11,861 undi

PARLIMEN P195: BANDAR KUCHING

DAP - Chong Chieng Jen: 17,914
SUPP - Wee Kok Tiong: 15,873
DAP menang majoriti 2,041 undi

PARLIMEN P212: SIBU

SUPP - Datuk Robert Lau Hoi Chew: 20,689
DAP - Wong Ho Leng: 17,344
BN menang majoriti 3,345 undi

PARLIMEN P49: TANJONG, Pulau Pinang

GERAKAN - Ooi Swee Hing: 17,424
DAP - Chow Kon Yeow: 21,652
DAP menang majoriti 4,228 undi

Berikut pula saya turunkan keputusan di 5 kawasan Parlimen yang bolehlah ditakrifkan sebagai 5 kawasan yang paling maju di antara 26 kawasan Parlimen serata negeri Johor Darul Ta'zim:

PARLIMEN P160: JOHOR BAHRU

UMNO - Datuk Shahrir Ab Samad: 54,073
PAS - Atan Ahmad: 7,281
BN menang majoriti 46,792 undi

PARLIMEN P159: PASIR GUDANG

UMNO - Datuk Mohamed Khaled Nordin: 38,123
PKR - Abdul Razak Ahmad: 7,002
BN menang majoriti 31,121 undi

PARLIMEN P158: TEBRAU

MCA - Ling Ban San @ Teng Boon Soon: 32,071
PAS - Muhram Muhamed: 6,060
BN menang majoriti 26,011 undi

PARLIMEN P161: PULAI

UMNO - Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamad: 42,406
PAS - Nasir Wahab: 7,480
BN menang majoriti 34, 926

PARLIMEN P162: GELANG PATAH
MCA - Tan Ah Eng: 41,001
PKR - Song Sing Kwee: 9,335
BN memang majoriti 31, 666 undi

Berdasarkan penelitian ringkas ini dapatlah 'diperhatikan' bahawa 'trend' di negeri Johor adalah cukup berbeza berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini. Di Johor, semakin maju sesuatu kawasan itu, maka semakin kuatlah sokongan rakyatnya terhadap Barisan Nasional ! Boleh dilihat betapa sukarnya pihak pembangkang untuk 'meraih simpati' para pengundi bertaraf 'maju dan intelek' di negeri Johor, sukar dan begitu mustahil untuk dimimpikan mereka !

Neba2020: Kira-kira 11 juta pengundi akan menentukan nasib parti-parti yang bersaing untuk edisi Pilihan Raya Umum ke 12, 2008. Memilih biarlah berlandaskan harapan dan keyakinan kita kepada parti yang dipilih, jangan sesekali emosi dijadikan penetap kata hati....

2 comments:

Anonymous said...

mereka yg mengundi pembangkang adelah mereka yg bijak berpoliktik..
calon2x UMNO(BN) di Johor adalah di kalangan rakyat tempatan yg berkaliber..ade latar belakang agama yg baik...
jd..susah utk PAS menapak di sana...
bg saya...perlu pembangkang dlm parlimen...
bukan semua yg diputuskan parti pemerintah tu betull.perlu sgt2x pembangkang utk menyedapkan keadaan..

squall-shinoda said...

Johor memang kubu kuat BN sepecially UMNO sebab UMNO pun memang asalnya ditubuhkan di Johor Bahru semasa menentang Malayan Union. Sebab itulah pemimpin2 UMNO Johor memang sentiasa jaga hubungan dengan rakyat, keadaan ekonomi Johor etc. Hasilnya Johor menjadi antara salah satu negeri termaju di Malaysia (dan kalau diikutkan dalam sejarah sebenarnya adalah negeri maju pertama).

Dasar Pak Lah sekarang tak mesra penduduk bandar. Dasarnya yang melebihkan pertanian tapi membiarkan sektor2 lain di bandar terutamanya industri, perkhidmatan dan komersial. Akibatnya, penduduk bandar terhimpit dgn kos sara hidup yang tinggi, inflasi yang tinggi, kenaikan harga barangan, tol, minyak dsb., pengangguran dll.

Soalan sekarang... adakah Pak Lah boleh dapat majoriti besar seperti tahun 2004? Not so easy... jadi sama2lah kita tunaikan tanggungjawab kita 8 Mac ini...!!!