Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIA) dengan kerjasama akhbar The Star di dalam sebuah kajian umum telah menyenaraikan faktor-faktor yang diambil-kira oleh para pengundi dalam menentukan 'pilihan hati' masing-masing untuk Pilihan Raya Umum ke 12 yang diramalkan ramai akan berlaku pada Mac, 2008.
Kajian tersebut menyenaraikan peratusan responden yang merasakan bahawa sesuatu isu tersebut adalah elemen yang cukup penting dan mampu mempengaruhi kehidupan seharian masing-masing.
FAKTA 1 (Faktor terpenting)
96% pengundi merasakan faktor keadaan ekonomi semasa adalah perkara terpenting bagi para pengundi. Ini termasuklah situasi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, inflasi dan juga jatuhnya kuasa membeli rakyat akibat daripada kenaikan harga bahan bakar / tenaga.
FAKTA 2
88% pengundi amat gusar dengan keadaan jenayah semasa yang seolah-olah semakin kronik dan membimbangkan. Mereka berasa kadang-kala kehidupan seakan semakin tidak selamat dan menakutkan.
FAKTA 3
40% pengundi bersetuju bahawa kehadiran melampau para pendatang asing bekerja di negara ini merupakan satu masalah yang perlu ditangani dengan baik. Mereka yakin bahawa kebanjiran para pekerja asing ini akan memberikan kesan negatif jangka masa panjang kepada rakyat.
Apa yang menarik untuk ditelusuri daripada dapatan kajian tersebut ialah hanya 2% pengundi yang berpendapat bahawa ancaman daripada dalam dan juga luar negara sebagai sesuatu yang penting untuk difikirkan / diutamakan. 2% pengundi pula berpendapat peningkatan jumlah kenderaan sebagai perkara yang perlu diberikan perhatian secara serius.
Agak memeranjatkan apabila hanya 1% sahaja yang berpendapat bahawa pemimpin perlulah seorang yang membuktikan apa yang mampu dilakukannya !
Kesimpulannya, para pencatur politik Malaysia seharusnya tidak memandang dengan sebelah mata sahaja kepada hasil kajian tersebut yang mendapati isu-isu semasa politik / kontoversi politik bukanlah sesuatu yang penting di dalam pertimbangan para pengundi untuk edisi Pilihan Raya Umum ke 12 kelak.
Rakyat nampaknya sudah semakin terasa keperitan hidup akibat daripada 'pesta' kenaikan harga barangan dan juga perkhidmatan di negara ini sejak 3 tahun terakhir ini. Nampaknya isu-isu berbau perkauman, agama, peribadi tokoh-tokoh, rasuah, keadilan dan juga projek-projek pembangunan bukanlah elemen-elemen penting yang bisa menentukan parti mana yang akan diberikan undi oleh rakyat.
Walaubagaimanapaun, kita harus sedar bahawa kumpulan pengundi di Malaysia ini sebenarnya terbahagi kepada 3 kelompok:
30% - Penyokong setia kepada pihak kerajaan (parti-parti pemerintah)
30% - Penyokong setia kepada pihak pembangkang
40% - Pengundi yang berasaskan sentimen / elemen-elemen tertentu
Maka, segala bentuk kempen mahupun manifesto 'indah' yang ditampilkan oleh para pencatur politik Malaysia ini sebenarnya hanyalah untuk meraih undi daripada golongan 40% pengundi 'atas pagar' yang bisa berubah 'minat dan cinta' bersandarkan kepada kepercayaan semasa mereka. Bagi 60% yang lain, cinta mereka kepada parti-parti tertentu adalah berbentuk hakiki dan selamanya tidak akan meminta 'cerai mahupun fasakh !' Cinta sejati mana mungkin mampu dirobek oleh apa jua anasir yang cuba mengganggu gugat hubungan janji sehidup semati.... tepuk dada, bukalah minda....
Neba2020: Antara lambang dacing, bulan dan roket... Roket kena seimbang bak dacing yang stabil selalu kalau berangan hendak ke bulan dengan lancar dan selamat ! Masing-masing ada misi dan visi, tetapi tidak semua yang tahu cara mahupun strategi sebenar untuk mencapai setiap apa yang dicanangkan. Menabur janji memang mudah, tetapi termampukah badan melaksanakannya?
3 comments:
salam juara...biau hidup sebagai juara
salam, abg fendy... saya pun setuju dgn faktor2 yg dikemukakan tu. sama2 kita fikirkan apa yg terbaik utk negara yg tercinta ni... :)
*p/s: sila la lawat blog saya yg tak seberapa tu..
http://hazezy-kyo.blogspot.com
-hazezy-
Terima kasih hazezy (Ini junior saya di Sekolah Tinggi Segamat, 'STS Sentiasa Maju !') sebab kerap melawat weblog saya yang juga tidaklah seberapa manapun :p
Post a Comment