Saya amat berbangga menjadi seorang anak Malaysia yang dilahirkan juga dibesarkan di sebuah daerah yang bernama Segamat. Daerah di bahagian utara negeri Johor Darul Ta'zim ini nyata menghadirkan sesuatu yang cukup istimewa kepada pembentukan diri saya sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Lihat sajalah kepada komposisi peratusan pengundi mengikut kaum yang tertera di bawah ini, maka selebihnya adalah satu kisah hubungan erat antara kaum yang terjalin secara mesra dan tinggi muhibahnya seawal alam persekolahan dan selanjutnya.
Secara peribadi, Pilihan Raya Umum ke 12 ini akan menjadi saksi kepada 'kekuasaan' saya sebagai pemilih buat kali yang ke dua setelah pertama kali berpeluang mengundi pada tahun 2004 sewaktu berusia 21 tahun. Satu pengalaman yang tidak akan dilupakan selamanya !
Parlimen Segamat dibahagikan kepada dua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berbeza iaitu DUN BULOH KASAP dan DUN JEMENTAH. Selain menjalankan tugas untuk memilih wakil untuk Parlimen Segamat, saya turut 'berkuasa' untuk memilih wakil ke Dewan Undangan Negeri Johor bagi kawasan Jementah (N2).
Menarik untuk diperhatikan di sini betapa Parlimen Segamat dikuatkan dengan 3 wakil rakyatnya yang berbeza asal-usul bangsanya, juga berlainan agama serta lain partinya di dalam komponen Barisan Nasional (BN).
Pada Pilihan Raya Umum 2004, Parlimen Segamat diwakili calon BN daripada parti MIC (India - Hindu), DUN Buloh Kasap pula dikuasai wakil UMNO (Melayu - Islam) dan DUN Jementah diperoleh parti MCA (Cina - Buddha).
Inilah keunikan yang memvariasikan lagi kehidupan saya dan seluruh warga Segamat yang hidup aman damai juga makmur selalu di sebuah negeri yang cukup kami sayangi -
Johor Darul Ta'zim : Allah Peliharakan Sultan Johor, payung tempat kami rakyat jelata berteduh daripada anasir-anasir jahat !
PARLIMEN P140: SEGAMAT, Johor
Calon 1 - MIC Dr S. Subramaniam
Calon 2 - DAP Pang Hok Liong
Komposisi Kaum - Melayu: 40.99%, Cina: 47.68%, India: 11.26%, Lain-Lain: 0.07%
Keputusan Pilihan Raya Umum 2004:
MIC Dr S Subramaniam - 17,953
DAP Pang Hok Liong - 10,144
Barisan nasional menang majoriti 7, 809 undi
DUN N1: BULOH KASAP, Johor
Calon 1 - UMNO Datuk Othman Jais
Calon 2 - PAS Firdaus Masod
Komposisi Kaum - Melayu: 52.41%, Cina: 33.57%, India: 13.95%, Lain-Lain: 0.06%
Keputusan Pilihan Raya Umum 2004:
UMNO Othman Jais - 9072
PAS Mohd Rozali Jamil Al-Hafiz - 1540
BN menang majoriti 7, 532 undi
DUN N2: JEMENTAH, Johor
Calon 1 - MCA Dr. Lee Hong Tee
Calon 2 - DAP Pang Hok Liong
Komposisi Kaum - Melayu: 34.03%, Cina: 56.28%, India: 9.62%, Lain-Lain: 0.07%
Keputusan Pilihan Raya Umum 2004:
MCA Dr Lee Hong Tee - 11174
DAP Pang Hok Liong - 6449
BN menang majoriti 4,725 undi
neba2020: Lirik Lagu Bangsa Johor - Allah Peliharakan Sultan, Nugerahkan Dia Segala Kehormatan.. Sihat Dan Ria Kekal Dan Makmur... Luaskan Kuasa, Naungkan kami... Rakyat Dipimpini Berzaman Lagi... Dengan Merdeka Bersatu Hati, Allah Berkati Johor... Allah Selamatkan Sultan.