Thursday, November 1, 2007

31 Oktober 2007 : 4 tahun Pak Lah sebagai P.M....

Salam Buat Semua,

31 Oktober 2003, Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 5. Peristiwa petang Jumaat di bulan Ramadhan itu semestinya masih kekal dalam memori kebanyakan rakyat Malaysia. Manakan tidak, peristiwa 'mendapat Perdana Menteri baru' bukanlah suatu perkara yang 'biasa-biasa' bagi rakyat negara ini. Kita bukannya seperti Jepun yang kadang-kadang mempunyai 5 Perdana Menteri dalam tempoh 10 tahun ! Sebelum 31 Oktober ,2003, kali terakhir berlakunya peristiwa Perdana Menteri mengangkat sumpah jawatan ialah pada 16 Julai, 1981; saat bermulanya era pemodenan dan 'proses aggresif melangkaui minda normal rakyat' di bawah Perdana Menteri ke 4 iaitu Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Y.A.Bhg. Tun).

Salah satu bukti berlakunya satu proses aggresif yang tidak terbaca oleh pemikiran kebanyakan rakyat Malaysia ketika tahun-tahun awal pentadbiran Dr. M itu ialah apabila pada 7 Mei, 1983 Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) ditubuhkan secara rasminya. Detik gemilang yang memulakan proses 'henjutan pemikiran' untuk negara muda yang baru mencecah usia 28 tahun itu ialah apabila model pertama keluaran PROTON dilancarkan pada 1985 !

4 tahun pentadbiran Dr. M ketika itu disimbolkan dengan pelancaran PROTON SAGA yang menjadi kebanggaan ramai dan membolehkan mereka yang 'tak pernah berangan' memiliki kenderaan beroda empat akhirnya 'berjaya' menikmati pemanduan lancar bersama ahli keluarga lainnya tanpa mengira keadaan cuaca, hujan mahupun panas....

Sempena 4 tahun pentadbiran Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, bersama-samalah kita berdoa semoga segala impian dan idea-idea beliau untuk menganjakkan lagi ekonomi dan taraf hidup seluruh warga Malaysia akan tercapai.

Pastinya Dato' Seri Abdullah juga mengimpikan sebuah legasi peninggalannya yang bakal menjadi ingatan warga Malaysia di kemudian hari nanti. Adalah besar harapan kita seluruh komuniti negara ini agar projek-projek mega zaman Perdana Menteri ke 5 ini seperti Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR), Koridor Pembangunan Ekonomi Utara (NCER) dan Koridor Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER) serta program-program penumpuan kepada industri asas tani, bioteknologi mahupun pembinaan modal insan akan mencapai objektifnya sekaligus memandu Malaysia ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Moga-moga....

Neba2020: Tunku Abdul Rahman dengan Merdekanya, Tun Abdul Razak dengan pembangunan luar bandarnya, Tun Hussein dengan memupuk perpaduannya, Dr. Mahathir dengan pemodenan negara serta Wawasan 2020-nya. Moga Pak Lah akan dikenang dengan kejayaan pelbagai pembangunan koridor yang digagaskannya juga proses cemerlang, gemilang dan terbilang untuk seluruh ahli negara. Pemimpin silih berganti, moga rakyat terus bahagia maju selamanya....

2 comments:

Rozailin-Rahman said...

mudah2an apa yang Pak Lah cuba terjemahkan menjadi realiti tanpa menjual maruah dan kedudukan orang melayu dan islam khususnya...aminnnnn....

Anonymous said...

harap apa yang diwawarkan oleh pak lah menjadi kenyataan ..dunia diambang sengkete..jangan kita bersengkete antara kita sudah la.tapi kita kene yakin bahawa semua benda ada baik buruknya..jangan agungkan pemimpin lepas jika kita mahu maju.