Kita rakyat Malaysia, kadang-kadang 'banyak' juga tentang Malaysia ini yang kita tidak tahu ataupun tidak tersedar. Kita berbangga dengan sistem beraja yang dimiliki tetapi kita tidak tahu fakta-fakta menarik tentang sesetengah Sultan yang memayungi keharmonian negeri juga negara tercinta ini.
Berikut adalah 5 fakta istimewa seterusnya diiktiraf sebagai REKOD MALAYSIA seperti yang disiarkan oleh The Malaysia Book of Records (Icons of Malaysia) untuk edisi tahun 2011:
1) Sultan termuda: Sultan Mizan Zainal Abidin (Terengganu) dimasyhurkan sebagai Sultan Terengganu pada 15 Mei 1998 sewaktu berusia 36 tahun.
2) Kerabat pertama berlayar mengelilingi dunia: Sultan Sharafuddin Idris Shah (Selangor) berjaya berlayar mengelilingi dunia dalam tempoh 644 hari, tamat pada 6 November 1996.
3) Sultan tertua: Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Kedah) diputerakan pada 28 November 1927.
4) Hakim termuda: Sultan Azlan Shah (Perak) dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 1 Julai 1965 sewaktu berusia 37 tahun dan menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 November 1973 (45 tahun).
5) Sultan pertama menerima lesen memandu lokomotif - Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar (Johor) berjaya memperoleh lesen memandu lokomotif (keretapi) pada 28 Jun 2010 selepas Baginda selesai memandu lokomotif milik Keretapi Tanah Melayu (KTM) sejauh 391.3 km dari Stesen JB Sentral, Johor ke Stesen KTM Gemas, Negeri Sembilan.
Neba2020: Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !
No comments:
Post a Comment