1) Lawan web sosial Facebook sememangnya kini menjadi sebutan ramai, pilihan umum, jenama sensasi, media yang berkuasa dan ikutan moden. Semua perkataan yang 'terbaik dan terkini' menjadi milik Facebook.
2) Applikasi Facebook yang paling mendapat respon positif juga menjadi 'kegilaan' warga Internet ialah perkongsian status terkini penggunanya. Apa saja yang terlintas difikiran boleh dikongsi dengan semua rakan-rakan mahupun peminat sistem Facebook. Mahu mengarut, mencarut ataupun menghina? Silakan. Mahu memuji, menyebar ilmu ataupun meraih simpati? Silakan. Mahu 'syok' sendiri, perasan bagus ataupun meluahkan emosi? Silakan. Facebook sentiasa 'bersedia' untuk mejadi 'posmen ekspress' menyebarkan apa jua status anda secara percuma ke seluruh dunia!
3) Pada 12 Januari (2011), saya letakkan status berbunyi: "Kita shampoo rambut, kadang2 siap pakai conditioner. Badan bersabun siap dengan shower foam shokubotsu, protex, dettol, st ives.. Pastu sembur perfume harga beratus RM.. Ada yg muka disapu toner, sun block, make up berlapis. Tapi pernah tak kita bersihkan HATI dan Jiwa kita?"
4) 14 Januari (2011), saya kongsi pula satu lagi 'falsafah baru' ciptaan saya: "Bila Hujan Turun Kita Komplen ... Bila Cuaca Panas Sangat Kita Komplen .... Bila Ribut Kuat Kita Komplen ... Bila Hari Lambat Terang Kita Komplen .... Rupa-Rupanya Kita Akan Sentiasa Hidup dalam Komplen ... Kita Lupa atau Sengaja Buat-Buat Tidak Tahu Betapa Kita Lebih Banyak Komplen daripada memberi cadangan, bersyukur kepada Tuhan dan memahami masalah orang lain."
5) Falsafah 'moden ala Facebook' yang saya letakkan sebagai status itu nampaknya mendapat respon yang baik daripada rakan-rakan. Setakat 15 Januari (2011) jam 9.00 pagi, 'falsafah' pertama mendapat sebanyak 7 komentar dan 20 orang yang menyukainya. 'Falsafah' seterusnya juga memperoleh 7 komentar dengan 14 orang yang memilih untuk menanda 'like' iaitu mereka suka padanya. Ketepikan seketika soal penggunaan bahasa status yang semestinya tidak berpaksikan sistem rasmi yang jitu kerana Facebook adalah tempat kita 'bersantai' sambil 'bersosial' secara aman dan terkawal. Apa yang penting ialah maksud baik yang boleh direnung dan difikirkan bersama.
Neba2020: Setiap apa jua yang dicipta mahupun direka semestinya akan mempunyai dua pilihan. Kita boleh menggunakannya untuk kebaikan ataupun ke arah yang negatif. Hidup ini akan sentiasa ada sisi putih dan sisi hitamnya. Tiada yang lengkap dan sempurna tetapi tiada juga yang 100% buruk mahupun hina. Pilihlah jalan yang boleh membawa keharmonian kepada persekitaran juga kehidupan. Kita boleh pilih untuk membuat orang tersenyum dan kita boleh juga pilih untuk buat orang berduka nestapa serta bermasam muka ....
No comments:
Post a Comment