1) Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2010 menyaksikan Malaysia mara ke peringkat akhir. Lawan kita ialah Indonesia. Perlawanan akhir diadakan secara timbal balik di mana ke dua-dua negara berpeluang bermain di tempat sendiri dengan juaranya ditentukan secara kiraan aggregat.
2) Perlawanan pusingan pertama diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 Disember sebelum bertembung sekali lagi di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta (29 Disember).
3) Malaysia menang 3-0 di hadapan penyokong sendiri, sesuatu yang cukup untuk menggembirakan seluruh rakyat Malaysia yang sudah cukup lama menantikan era kebangkitan bola sepak negara yang sentiasa 'lesu dan lembik' di sepanjang dekad 1990an sehinggalah tahun 2009 apabila kita memenangi pingat emas Sukan SEA Laos.
4) Dilaporkan seramai 100000 (The Star, 27 Disember, 2010) penyokong berada di Stadium Nasional untuk menyaksikan perlawanan dua gergasi baru bola sepak Asia Tenggara itu. Kapasiti maksima yang mampu 'ditanggung' stadium terbesar di Malaysia itu tercapai! Sewaktu pertemuan menentang juara bertahan iaitu Vietnam di peringkat separuh akhir pertama di lokasi yang sama, hampir 60000 peminat bola sepak menghadirkan diri walaupun diadakan pada hari bekerja.
5) Sebelum Sukan Komanwel 1998 berlangsung, pembinaan Stadium Nasional dan induknya iaitu Kompleks Sukan Nasional, Bukit Jalil telah dijadikan 'isu' oleh segelintir pihak yang sentiasa curiga dengan pihak kerajaan. Stadium Nasional dikatakan sebagai sebuah 'projek mega' yang merugikan rakyat dan pembaziran hasil negara. Selepas 12 tahun, jelas Stadium Nasional terbukti berjaya menjadi 'lokasi' penyatuan rakyat Malaysia yang bersorak penuh patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang tanda jiwa sepenuhnya mencintai dan bangga menjadi warga bumi bertuah ini. Mungkin kita perlukan stadium yang berkapasiti 120000 ataupun 150000 pula selepas ini?
Neba2020: Tahun 1985, jambatan Pulau Pinang dikatakan projek membazir, Putrajaya pernah mahu 'dilelong' oleh Presiden PAS era 1990an jika mereka memerintah, menara berkembar Petronas juga membazir, KLIApun membazir, Litar Sepang juga membazir. Kalau semua dalam hidup ini membazir, maka lembablah perjalanan ekonomi negara ....
No comments:
Post a Comment