1) Tahun 2008 saya hasilkan 100 'cerita' di blog ini.
2) Tahun 2009 juga ianya mencecah angka 100 untuk tempoh 12 bulan.
3) 'Kisah' yang sedang ditatap ini adalah untuk 'posting' yang ke 41 bagi tahun 2010 yang berbaki tidak sampai 20 hari lagi untuk ditinggalkan.
4) Sepanjang November, 2010 blog ini 'sunyi tanpa cerita' dan umpama ditinggalkan begitu sahaja.
5) Adakah saya telah jemu dengan alam blog? Blog sudah hilang serinya?
6) Sindrom blog yang menjadi 'sunyi dan senyap' sepanjang tahun 2010 rasanya bukan dialami oleh saya sahaja tetapi seakan sindrom ini turut 'menjangkiti' majoriti 'bloggers' amatur yang 'tiada nama, tiada pangkat, tiada kepakaran.'
7) Suka atau tidak, terpaksalah diakui bahawa momentum semangat untuk saya menulis di blog sememangnya tidak sehangat dan tidak seghairah tiga tahun sebelum ini (2007-2009). Watak-watak yang menjadi semangat untuk saya menulis / kritik seperti Tun Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi), Tok Nuar (Anwar Ibrahim), Bang K.J (Khairy Jamaluddin) dan Tok Guru Nik Ajis (Nik Abdul Aziz Nik Mat) semuanya seakan tiada yang menarik lagi untuk diperhatikan.
8) Tun Pak Lah sudah berundur diri daripada jawatan Perdana Menteri sekaligus melepaskan Malaysia daripada 'zaman kelam dan penuh mengantuk.' Tok Nuar pula seakan hanya menunggu sahaja zaman tenggelamnya kerana seperti sudah menjadi orang 'gila kuasa' yang cakapnya sentiasa gagal dilaksanakan dan penuh dengan rekaan umpama kartun di dalam majalah komik. Partinya sendiri menjelang akhir 2010 ini kelihatan penuh huru dan hara! Macam mana beliau mahu menjadi Perdana Menteri kepada lebih 28 juta rakyat Malaysia jika PKR (Parti Keadilan Rakyat) 'beliau' yang 'didakwa' memiliki 0.4 juta ahli itupun penuh kacau-bilau?
9) Abang K.J pula kini umpama harimau muda yang tiada taring, mukanya macam orang yang malu pada diri sendiri, datangnya tak diundang dan perginya juga tak siapa yang akan endahkan. Tok Guru Nik Ajis pula semakin hari semakin berbelit-belit cakapnya, berbeza sungguh dengan Tuan Guru yang kita kenal di era 1990an dahulu. Ingatkan beliau dapat mengagamakan politik tetapi yang jadi ialah agama yang dipolitikkan.
10) Bagaimana pula dengan Tun M (Dr. Mahathir Mohamad) yang juga antara 'watak' terpenting InspiRasi ~~ sejak awal dahulu? Syukur kepada TUHAN, kalau emas tulen, dihina dicaci dan dihitamkan dengan cara apa jua sekalipun, akhirnya kilauan emas itu tetap bersinar kembali. Pasti ramai pembenci Tun M yang dahulunya (sekitar 2006 hingga awal 2009) bersorak gembira melihat dia 'diketepikan' kini terpaksa menerima hakikat bahawa beliau tetap unggul dan suaranya berterusan mendapat liputan, sambutan dan kemana jua perginya Bapa Pemodenan Malaysia itu, suasana meriah dan penuh gemilang tetap menemaninya.
Neba2020: Populariti Facebook semakin lama semakin 'menggila' dan 'berapi.' Hakikatnya, warga Internet kini lebih menyukai dan selesa dengan Facebook yang penuh interaktif, mudah dan 'betul-betul' dapat bersosial di alam maya, sesuatu yang Blog tidak dapat menandinginya. Tetapi sejauh manakah Facebook berkesan dalam berkongsi ilmu, berbincang secara ilmiah dan menggalakkan keupayaan menulis juga beranalisa masih menjadi keraguan, sesuatu yang Blog semestinya dapat menghasilkan.
3 comments:
Fendy,
Masuk sahaja hujung tahun 2010 ini, penceritaan tentang pelbagai issue tak kira lah issue semasa ka, siti nurhaliza ka, kritikan terhadap individu yang menjadi 'objek' dalam topik perbincangan Fendy dan macam-macam lagi subjek semacam tenggelam dalam kesibukan kehidupan harian kita. Tetapi FB hidup segar dengan segala kemeriahannya sehinggakan aku pun ingat Fendy dah tak berminat nak ber'blog'. Kalau tidak mengadap PC untuk meng'update'kan status terkini dalam FB, melalui handphone pun sudah boleh kemaskini... itulah 'tendangan padu' FB yang sungguh 'KAW' seperti slogan iklan Kopi Kapal Api...
Harap-harapnya, Fendy punya blog terus hidup dalam persona nya tersendiri
Aminnnnn....
Skarang ni femes, twitter
haha!
Bila nak start melabur dari skim EPF tuan?
- ashraaf 013 342 8339 hehe
Isu Tok Mahathir masih lagi relevan. Contohnya, kesan krisis perlembangaan yang melibatkan penghapusan kuasa raja-raja Melayu (Ketuanan Melayu). Kesannya sehingga kini.
Post a Comment