1) Senyumlah kepada orang di sekeliling kita.
2) Senyum dan ringankan mulut untuk bertanya khabar pada 'makcik cleaner.'
3) Angkat tangan dan senyumlah kepada pengawal keselamatan yang 'menyambut' kehadiran kita yang sedang memandu memasuki premis tempat bekerja.
4) Letakkanlah tong sampah di luar pejabat apabila ianya penuh untuk dikumpulkan 'makcik cleaner.'
5) Sewaktu 'makcik cleaner' membersihkan pejabat kita, janganlah kita senyap sahaja dan buat muka tiada perasaan. Anda ingat 'makcik cleaner' itu bisu atau suka dengan perangai endah tak endah anda itu?
6) Sentiasalah menitipkan ucapan terima kasih buat 'makcik cleaner' selepas dia selesai membersihkan pejabat kita. Senyum jangan dilupa.
7) Ucapkanlah terima kasih sewaktu menerima makanan atau baki wang daripada penjual makanan/minuman di kafeteria / kedai makan. Muka mesti senyum dan ceria.
8) Pengawal keselamatan yang dipanggil 'pakcik guard, makcik guard, adik guard, brother guard' itu semuanya manusia dan layak untuk kita hormati serta layak untuk menerima senyuman ikhlas daripada kita. Anda ingat anda sudah jadi Raja atau orang paling kaya di dunia untuk berlagak?
9) 'Makcik cleaner' itu juga manusia yang wajar kita hormati juga kasihi, layak untuk menerima kata-kata perbualan ringkas juga senyuman manis daripada kita. Apa anda ingat anda sudah terlalu 'besar' untuk tidak layak berborak atau bertanya khabar dengan seorang 'makcik cleaner' ?
10) Kita selalu tidak perasan bahawa kita ada ego, sombong, keras hati dan mungkin juga 'busuk jiwa' dengan mengambil pendekatan tidak menghiraukan mereka dengan alasan 'itu memang kerja dia!' Tanyalah diri sendiri, maaflah jika dikatakan bahawa seandainya sehingga ke hari ini kita memang jarang sangat / tidak pernah mempraktiskan perkara (1) hingga (7) di atas, kita memang tanpa disedari telah dijangkiti penyakit jiwa, hati kita agak kotor dan perlu 'dibersihkan.'
Neba2020: Paling susah untuk dijaga ialah hati, paling rumit untuk difahami ialah penyakit hati, paling payah untuk diajar dan dikawal ialah kehendak hati, paling mudah untuk merosakkan perangai kita juga adalah hati yang keras, hati yang terlalu mementingkan diri sendiri....
1 comment:
Btul 2 sir!! setuju2!! Mereka pun manusia gak..ingat lagi sorang mck cleaner kat mmu nie...skali kita tegur dia tanya khabar....setiap kali kita org terserempak dia akn tegur punya...dia x lupa kot muka2 kita yg lyn dia n sentiasa beri senyuman hormat pd mereka..
kadang2 ada gak manusia yg abaikn dia org n ada mentaliti "itu memang kerja dia!".tp bila tgk blik...mck2 cleaner 2 truskn tanggungjwb they all ngan hati yg terbuka kot..mungkin dia org pun h mls nk lyn org2 yg bak kata Mr Fendi "dijangkiti penyakit jiwa, hati yg agak kotor dan perlu 'dibersihkan."
Post a Comment