Salam Buat Semua,
1) Entah mana sumbernya secara tanpa diundang, heboh sesetengah rakyat mengatakan bahawa harga petrol RON95 yang berada pada harga RM1.80 seliter akan dinaikkan menjelang 12 malam, 1 Julai,2010.
2) 'Berkeliaranlah' berita tidak rasmi yang agak kencang bunyinya di kalangan rakyat biasa pada 29 dan 30 Jun, 2010 sekaligus 'menggalakkan' mereka untuk memenuhkan tangki minyak sebelum kenaikan berlaku. Dengan kecanggihan dunia komunikasi, 'berita' itu tersebar dengan mudahnya di pelbagai medium perantaraan seperti Yahoo Messenger, MSN Messenger dan Facebook.
3) Saya menerima banyak 'nasihat dan gesaan' rakan-rakan yang menyuruh memenuhkan tangki minyak tetapi semuanya saya sambut dengan respon 'senyum dan bisu.' Saya tidak merasakan bahawa berita itu adalah benar dan tidak juga memikirkan bahawa adanya keperluan untuk saya bergegas ke stesen minyak secara tergesa-gesa. Saya 'faham benar' dengan cara Perdana Menteri ke 6 berfikir! Dia 'berhati perut' sebenarnya walaupun ramai yang cuba untuk menafikan kebenarannya.
4) Kepimpinan Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak rasanya sudah 'banyak belajar' daripada kaedah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi berhadapan dengan 'krisis subsidi minyak' dahulu. Seandainya kenaikan harga petrol tidak dapat dielakkan, adalah diyakini bahawa Perdana Menteri Mohd. Najib akan mengumumkannya lebih awal sebelum ianya dilaksanakan. Beliau pastinya tidak akan cuba mengujudkan situasi panik di kalangan rakyat seperti apa yang Perdana Menteri Abdullah lakukan pada tahun 2006 dan 2008 dahulu.
5) Bukti kewarasan Perdana Menteri Mohd. Najib dalam menguruskan 'sentimen rakyat' ini dapatlah dilihat kepada keterbukaannya untuk 'membuka' ruang perbincangan sebelum keputusan akhir dicapai terhadap cadangan-cadangan awal yang melibatkan Model Ekonomi Baru, penghapusan peperiksaan awam (UPSR dan PMR) dan pemberian lesen judi sukan kepada syarikat dibawah naungan Vincent Chan.

Neba2020: Jangan panik tidak bersebab andainya yang dikejar itu hanyalah keuntungan jangka masa pendek yang akan cepat hilang, cubalah untuk hidup di bawah naungan rasa tenang dan aman jiwa selalu....
No comments:
Post a Comment