Friday, May 21, 2010

10 Tahun di MMU

Salam Buat Semua,

1) Hari ini tepat 10 tahun saya menjadi warga Multimedia University (MMU).

2) 10 tahun lepas, saya mendaftarkan diri sebagai pelajar MMU untuk mengikuti program Pra Pengurusan.

3) Mei, 2001 pula saya memulakan pengajian di Fakulti Pengurusan dan Undang-Undang (MMU, Melaka) bagi program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) pengkhususan Perbankan dan Kewangan.

4) April, 2004 secara rasminya pengajian saya tamat. Majlis konvokasi berlangsung pada 25 Julai, 2004.

5) Selepas konvokasi ijazah pertama, saya mulakan alam pekerjaan bersama dengan Telekom Malaysia Berhad di Kuala Lumpur.

6) Jodoh saya dengan MMU memang 'kuat.' 18 Oktober, 2004 saya 'kembali' dengan memulakan tugas sebagai 'cikgu' di Pusat Pengajian Asasi sebagai Penolong Pensyarah.

7) Pengajian Ijazah Sarjana saya di bawah kelolaan Universiti Utara Malaysia (UUM) bermula pada bulan April 2005 dan tamat menjelang akhir 2006. Konvokasinya berlangsung pada Mac, 2007.

8) Saya beralih ke Fakulti Perniagaan dan Undang-Undang sebagai Tutor pada Januari, 2007 dan seterusnya 'naik pangkat' sebagai Pensyarah pada Mei, 2007.

9) Masa 'berlari' dengan pantas. 10 tahun telah berlalu.

10) Adakah saya akan terus 'di sini' 5 tahun lagi ataukah 'mungkin' akan menyambut ulang tahun ke 20 di MMU pula pada tahun 2020 nanti? Segalanya mungkin ya, mungkin tidak.

Neba2020: Apa yang penting di dalam hidup ini ialah ketenangan hati, kebahagiaan berterusan dan kesihatan yang baik .... Keupayaan kita untuk menjaga hubungan diri dengan TUHAN, keluarga dan masyarakat akan menentukan sama ada kita mampu meraih 'perkara-perkara penting' itu ataupun tidak ....

Wednesday, May 19, 2010

Cuti Bersalin - Setahun Lebih Baik Daripada 3 Bulan?

Salam Buat Semua,

1) Mulai tahun 2011, cuti bersalin bagi kakitangan wanita di negeri Kelantan (agensi / jabatan di bawah kelolaan kerajaan negeri) akan dinaikkan kepada 90 hari berbanding dengan 60 hari seperti yang dipraktiskan sekarang.

2) Alasan yang dikeutarakan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Wan Omar ialah bagi membolehkan kakitangan wanita mengambil masa lebih panjang menjaga anak dan keluarga dalam tempoh pantang bersalin itu.

3) Semestinya 'bakal-bakal' ibu mahupun ibu-ibu sedia ada amat gembira dengan perkhabaran ini.

4) Terfikirkah kita betapa 'cuti panjang' menyebabkan tugas-tugas si empunya badan akan 'beralih' kepada pekerja-pekerja lain pula. Bebanan petugas lain menjadi lebih untuk jangka masa yang panjang.

5) Sebelum akhir 1990an, para pekerja mendapat cuti bersalin tidak sampai 60 hari. Generasi 'lama' itu tetap bersemangat, sehat dan mampu untuk hadir menjalankan tugas sebaik sahaja tamat tempoh 'berpantang.'

6) Ada baiknya kita mengujudkan skim pilihan kepada 'ibu-ibu' untuk bercuti bersalin selama 2 bulan, 3 bulan, 4 bulan, 5 bulan mahupun 6 bulan. Sebabnya, mungkin ada yang berasa perlu untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada bayi, penyusuan badan dan menjaga kesihatan tubuh sepenuhnya.

7) Tempoh tambahan selepas 2 bulan bolehlah diberikan dengan syarat ianya berbentuk cuti tanpa gaji. Baik juga kiranya 'duit' itu diagihkan pula kepada petugas gantian.

8) Malaysia ini sudah sedia maklum dan diketahui sebagai antara negara di dunia ini yang mempunyai cuti am terbanyak ditambah dengan majoriti sektor yang memberikan cuti mingguan selama 2 hari penuh (Sabtu dan Ahad). Bertambah banyaknya cuti bermakna semakin sedikit tugas yang dapat diselesaikan. Mungkin tugas asas dapat disempurnakan tetapi pekerja tidak mempunyai cukup masa itu menambah kecekapan dan ilmu untuk kebaikan di masa hadapan.

9) Produktiviti pekerja di sektor kerajaan sudah lama dipertikai, jumlah pekerja di sesetengah agensi adalah 'terlebih' berbanding dengan kerja yang perlu dibuat, penyelesaian kerja adalah lambat dan kualiti hasil kerja diragui. Sama ada betul ataupun tidak, itulah hakikat dan persepsi masyarakat kita secara umumnya.

10) Ada baiknya wanita yang berasa mahu menjadi ibu sejati, penuh tanggungjawab, ikhlas dan mahu meletakkan kepentingan keluarga di carta teratas di setiap detik masa memikirkan untuk 'bersara' daripada pekerjaan dan bertukar kepada profesion sebagai surirumahtangga sepenuh masa.

Neba2020: Sayangkan anak pukul-pukulkan, sayangkan isteri / suami tinggal-tinggalkan, sayangkan keluarga korban-korbankanlah apa yang patut ....

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru (16 Mei) ....

Salam Buat Semua,



Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera-puteri negara kita.

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukunegara kita
Panduan hidup kami semua.

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta.

Amanah yang diberi
Kami tak pesiakan
Apa yang kami janji
Tunai, tetap kami tunaikan.

1) Setiap kali 16 Mei muncul, pastinya lagu ini akan dinyanyikan Cikgu-Cikgu sewaktu perhimpunan khas sambutan Hari Guru.

2) Selama 11 tahun di alam persekolahan (Darjah Satu - Tingkatan 5), lagu tersebut cukup memberi kesan mendalam kepada diri ini.

3) Sewaktu rakan-rakan lain majoritinya tidak ada yang bercita-cita untuk menjadi pendidik tetapi saya tidak. Jauh di lubuk hati ini, sejak sekolah lagi saya memang mahu menjadi seorang pendidik. Saya berani kata bahawa saya bukanlah jenis pendidik yang menjadi 'Cikgu' kerana mengejar insentif yang sentiasa meningkat, kerjayanya terjamin, telah bosan dengan dunia pekerjaan lain, tidak berjaya memperoleh pekerjaan lain yang diidamkan awalnya mahupun dek termakan 'kata-kata' sesiapapun jua. Saya jadi 'Cikgu' kerana saya memang 'mengidamkan' kerjaya ini sejak saya berusia satu angka lagi.

4) Saya percaya dan saya yakin bahawa pendidik yang bagus bukan hanya mampu melahirkan seorang anak murid yang mampu mendapat 10A sewaktu SPM, lulus peperiksaan sekaligus tamat ijazah dan berjaya mendapatkan pekerjaan kemudiannya semata-mata. Bagi saya, itu bukan kesan sebenar pengaruh seorang Cikgu dan pendidik !

5) Pendidik ada kuasa untuk mengubah masa depan seorang manusia. Pendidik ada kuasa untuk mengubah pemikiran seorang manusia. Pendidik ada kuasa untuk memberi hala tuju yang bagus untuk masa depan seorang manusia. Paling penting, saya percaya bahawa pendidik ada kuasa untuk melahirkan manusia yang positif pemikirannya, baik disiplinnya, bermoral serta percaya kepada kuasa TUHAN dan sentiasa yakin kepada kemampuan diri.

Saya amat sayang dan cintakan karier ini. Saya bangga menjadi seorang pendidik !

Neba2020: Selamat Hari Guru Kepada Semua Guru Yang Pernah Mendidik Noor Effandi Bin Ahmad ini. Cikgu-Cikgu di Sekolah Temenggung Abdul Rahman, Segamat (1989), Sekolah Kebangsaan Gemereh, Segamat (1990-1994), Sekolah Agama Gemereh, Segamat (1991-1995) dan Sekolah Tinggi Segamat (1995-1999) serta para Pensyarah yang berwibawa di Multimedia University (2000-2004) dan Universiti Utara Malaysia (2005-2006) sememangnya sungguh banyak berjasa kepada diri ini. Moga TUHAN merahmati anda semuanya di dunia dan di akhirat kelak ....

Friday, May 7, 2010

William Chua Meng Hock

Salam Buat Semua,

1) Sepanjang lebih 5 tahun saya bergelar pendidik, belum pernah lagi ada pelajar yang menghantar emel kerana tidak berpuashati dengan markah tugasan berkumpulan yang saya berikan.

2) 2 emel pertama pelajar ini tidak saya berikan sebarang respon kerana sepanjang proses pemarkahan, saya telah menilai setiap tugasan dengan cukup berhati-hati dan amalan saya ialah 'biar terlebih sedikit, bukan terkurang.' Maka, potensi untuk saya memberi markah yang tidak sepatutnya adalah cukup kecil kebarangkaliannya.

3) Walaupun tidak menjawab 2 emel pertamanya, jauh disudut hati saya merasakan pelajar ini adalah seorang yang cukup serius dengan pelajarannya. Saya menetapkan satu pemikiran positif dan tidak terkecil hati dengan tindakan beliau itu.

4) Kehadiran emelnya buat kali ke 3 cukup membuatkan saya rasa lega dan ada gembira yang terpancar. Bukan gembira kerana dia memberikan kata-kata yang indah ataupun disebabkan penyataan maaf itu. Saya amat gembira kerana dia masih ingat 'kata-kata' saya di dalam kelas. 'Kata-kata' itu tidak berkaitan dengan subjek yang diajar tetapi lebih kepada 'kata-kata' motivasi kehidupan daripada seorang Cikgu kepada anak didiknya.

5) Emel William yang ke 4 cukup untuk membuatkan saya lebih bersemangat untuk selalu lagi menyisipkan 'kata-kata' perangsang tentang kehidupan buat anak-anak didik. Rupa-rupanya ada juga yang 'ingat dan terkesan' dengan 'ayat-ayat' yang keluar daripada mulut Cikgu yang seorang ini walaupun sudah berbulan berlalu.

Emel PERTAMA:
30 April 2010 - Jumaat (3.59 petang)

about assignment marks

Dear Mr. Effandi,

We are students from your BBF class section BM102. We have just know about our group project marks and we wonder why it is so low. We really spent a lot of times and ideas to did it and we think it is quite best already.

We really quite disappointed about the 14 marks (untuk rekod: Markah penuh ialah 20. Markah tertinggi diperoleh pelajar ialah 19/20 dan terendah pula ialah 13/20) result which is almost the lowest in the class.( group leader ID: Chua Meng Hock 1091103209 )

We hope that you may reconsider about our group project marks and if possible can we make an appointment with you to discuss about this?

We really think that our work is worth more than that.

Thank you very much for spend your time to read our email and hope to get your reply soon.

Sincerely,
Meng Hock and the team.

Emel KEDUA:
30 April 2010 - Jumaat (4.25 petang)

bbf assignment copy

Dear Mr. Effandi,

For your convenient, we send you a soft copy of our assignment here for you to review. Every single words inside and every ideas inside is by us originally and we feel that is good enough compare many groups. We just wonder why we get so low marks and really......sad and disappointed because we really did very much for the assignment.

I hope that you may give us another chance by review the assignment. Actually we gave many ideas in the assignment especially in leverage analysis, profitability analysis about why Tanjong cost was increased, some more we still refer to the world coal and gas price chart in appendix. and P/E ratio about why stable P/E ratio of Tanjong is preferable. Go through the assignment, you can see that every single words is our effort to make the assignment perfect.

Thanks for spend your time to read our email and hope to hear your news soon. Anyway, we will respect your last and the final decision. Thanks for spend your time to read our email and hope to hear your news soon.

Sincerely,
Meng Hock and the team.

Emel KETIGA:
2 Mei 2010 - Ahad (10.03 malam)

APOLOGISE due to the assignment marks issue from our team

Dear Mr. Effandi,

After some discussion, we would like to apologise with you due to the assignment marks issue. Maybe that day we are too emotional, we are regret with the action we did.

We should accept the marks given to us.

Maybe there is some insufficient of our assignment so we get the low marks. We will accept this and learn from this lesson and try to do better in future.

Anyway, thanks for your lecture and guiding in the past 5 months and we really like your class, it is fun, interesting and we really learnt a lot. We will do our best in the final and we will always remember what you have told us.

LIFE IS MORE THAN STUDY.

PLAY HARD, STUDY SMART.

Best regards,
Meng Hock and the team.

RESPON SAYA:

4 Mei 2010 - Selasa (1.09 tengahari)

Re: APOLOGISE due to the assignment marks issue from our team

Dear Meng Hock,

Noted with thanks.

I wish you all the best in the Final Exam, no need to seek an apology from me. Life is full with disagreement and we are not always on par with what we assume it should be. However, this is just a beginning, I believe that it will be a good lesson for your 'starting point' as a finance student.

I really appreciate your kind-words, I'm not a good lect enough and throughout your study in MMU, you will find that I'm just a normal-average lecturer.

Take care,

Cheers!
Mr. Fendi

Emel KEEMPAT:
4 Mei 2010 - Selasa (5.50 petang)

RE: APOLOGISE due to the assignment marks issue from our team

*Sorry for the long words, I hope you feel free to read, it is some of my feeling about you, the class, and what I have learnt so far in the past 5 months.I just think that it is something that I have to tell. From the bottom of my heart.

Dear Mr. Effandi,

Yes, alright. We just worry that our stupid action will bring you some inconvenient We should think and evaluate what is our mistake in the job 1st rather than sending you email without thinking and evaluation. Actually our job might be some insufficient that's why we get low marks.

Anyway, it is too late to take back our action as spoilt milk doesn't recover back. So, what we can do is only apologise to you here and we promise that we will learn from this lesson. As you said, everyone are stupid and we are learning always. Again, we really feel thankfulness and appreciate for your lecturing and guiding in class, not only about finance but also about life.

Yes, in your class I learn a lot besides finance and my attitude become more optimist maybe influence by you. As your first mmls post mentioned: finance is interesting. yes, I experience and know this in your class and I think I choose the right major. And, I would like to say: life is interesting. Life is more than study, as you told us. Yes. this is true. I will always remember this and other meaningful words that you told us

Maybe you are just a normal-average lecturer in MMU as you said, but I like your style of teaching and your style of living. Really, I learnt a lot besides finance knowledge in your class. Just one thing is quite sad that I am not manage to be in your tutorial session so cannot get communicate more and learn more with you. However, I am happy to be in Ms Lee class too, she is also a good tutor and I think she know me because I participate actively in her class.

Lastly, I would like to say that even maybe you are not best lecturer in MMU but you are the best in your life. You are quire success in your career and I think your friends, your students, they like to be with you, because you are a really nice person. I will learn with you and hope that I can be success as you one day.

Wish you all the best in your life, your career, and all other aspects in your life. Sorry for take your time with the long words, but I feel that it is something that I have to tell. Nice to meet you as my FM 1 lecturer and thanks a lot for your lecturing in past 5 months. See you, take care, and hope our path do cross again in future.

Sincerely,
Meng Hock

Neba2020: Saya sentiasa berpesan kepada pelajar saya - " Hidup ini mudah, jangan kita susahkan ia. Hidup ini lebih daripada belajar dan peperiksaan. Hayati dan raikan hidup kita sepenuhnya, kadang-kadang ada benda yang datang hanya sekali. Jangan sesekali hidup hanya memikirkan diri sendiri kerana ada masanya kita perlukan keluarga, sahabat dan masyarakat. "