Wednesday, January 6, 2010

Blog 'Higher Education in Malaysia'

Salam Buat Semua,

1) Saya telah berkhidmat selama 5 tahun 3 bulan sebagai pendidik di MMU.

2) Saya juga punya ramai sahabat dan kenalan rapat yang berkhidmat di pelbagai institusi pengajian tinggi di serata Malaysia ini.

3) Segala sistem pemarkahan dan peperiksaan di mana-mana universiti di Malaysia ini juga sebenarnya ada 'persamaan' juga 'sistem' yang tersendiri. Sistem dibuat untuk menyeragamkan sesuatu supaya segalanya kelihatan teratur. Pergi dan telitilah banyak universiti ternama di dunia, sistem di Malaysia ini tidaklah 'berbeza' jauh.

4) Apabila ada seorang yang kelihatannya cuba melawan arus dengan alasan berpegang teguh kepada prinsip dirinya yang tidak boleh dijual juga dibeli maka sesuatu perlu dikaji sedalamnya.

5) Kualiti adalah sesuatu yang cukup 'abstrak' untuk ditafsirkan. Bolehkah kualiti graduan dilihat secara terus kepada penggunaan bahasa Inggerisnya semata-mata?

6) Wajarkah kita mengatakan bahawa pelajar undang-undang yang tidak 100% sempurna penulisan bahasa Inggerisnya sebagai 'produk' undang-undang yang tidak bagus?

7) Kalau saya ini seorang pemegang ijazah sarjana muda dengan pengkhususan kewangan dilihat sebagai tidak menguasai penulisan bahasa Inggeris yang sempurna, bolehkah orang menyimpulkan bahawa saya ini tidak bagus langsung dalam berbicara tentang kewangan, ekonomi dan pengurusan?

8) Ada seorang penulis blog yang 'pernah' menjadi pendidik di universiti untuk jangkamasa yang singkat (sekurangnya fakta ini betul untuk perkhidmatannya di MMU dan USIM) mempotretkan dirinya sebagai 'mangsa' kepada sistem yang kejam. Dia juga kelihatan sebagai seorang yang kuat pegangan agamanya, prinsip dirinya cukup tinggi lagi terpuji dan berani menghadapi apa jua rintangan demi menegakkan kebenaran.

9) Tetapi dia juga tidak sedar betapa harga dirinya kelihatan cukup rendah apabila di blognya juga dia mudah memunafikkan manusia lain, me'lesbian'kan seorang perempuan, membangga dirinya tidak bertempat, riak memberitahu 'dunia' bahawa dia cantik dan datang daripada keluarga yang berada dan mudah mengeluarkan kata kutukan mahupun cacian.

10) Saya berbicara tentang siapa? Anda lawatilah blog bernama 'Higher Education In Malaysia' dan buatlah konklusi sendiri.

Neba2020: Janganlah melihat dunia daripada segi yang kotor dan hina, kerana dapatannya ialah sesuatu yang kotor dan hina juga .... Lihatlah dunia daripada segi yang bersih dan suci, nanti dapatannya ialah sesuatu yang bersih dan suci juga .... Lebih prasangka hanya akan menyakitkan jiwa kita sendiri, lebih positif akan membawa kepada hati yang tenteram dan jiwa yang tenang selalu ....

4 comments:

Noor Ashraaf said...

Mesej yang saya dapat dalam artikel ini ialah,

Bersangka Baik :D

nice one!

Noor Ashraaf said...

Jikalau diteliti blog yg abg fendi sajes tu, highereducationmalaysia saya rasa betul la,

minah tu memang bermasalah. dia rasa dia betul je,

comments pon off, which means die sendiri tak mahu menerima pendapat orang lain, apebende tu? mengata dari sebelah pihak die je, point of view orang lain takde nak dengar pun.

camne nak improve gitu?

ibarat masak nasi goreng tak sedap, pastu orang lain komplen tak sedap tapi die rase die dah buat nasi goreng terbaik, pastu die salahkan orang kata nasi goreng die tak sedap kerana die claim die dah ada ijazah buat nasi goreng so die assume die terbaik.

ada jugak yea org yg berpelajaran tinggi tapi kurang berpelajaran.

Anonymous said...

saya bukan hendak mempertahankan penulis blog tersebut tetapi dia membawa kedepan isu yang agak menarik.

jelas sekali kita tidak boleh menafsir seseorang dengan menengok secara luaran sahaja.

Noor Ashraaf said...

Saya respek idea cik anonymous, tapi secara keseluruhannya, kalau diteliti, segala2nya baginya betul, dan orang lain adalah salah, die adalah mangsa dan orang lain adalah pemangsa.

Dia menyalahkan sistem, pemerintah tak berwibawa, student tak cukup bagus, jadi bagi dia bagus itu adalah yang bagaimana?

Nak kata dia begitu perfect, tak jugak, kerana dia sendiri tak boleh nak menerima dengan mudah pandangan orang lain,

jadi anda fikirkan sendiri, adekah die yg patut berubah ataupun, orang2 disekeliling dia yang patut dipersalahkan?

words of thought..

" For things to change, i must change first! "