Tuesday, October 27, 2009

Malaysia : Macam-Macam Ada !

Salam Buat Semua,

1) Nik Abdul Nik Mat tiba-tiba umpama 'meroyan' keseorangan apabila mahu PAS mengadakan EGM bagi 'membersihkan' orang-orang seperti Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden), Mustafa Ali (Setiausaha Agung) dan Dr. Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor).

2) 'Tok Guru' PAS yang seorang ini merasakan bahawa 'orang-orang' yang menyokong idea kerajaan perpaduan (kerjasama antara UMNO dan PAS) perlulah diketepikan daripada terus 'berkuasa' di dalam PAS.

3) Keluarga mendiang Teoh Beng Hock yang didapati mati selepas disoal-siasat oleh SPRM pula ingin kuburnya digali semula bagi dilakukan bedah siasat kali yang ke 2. Seorang pakar bedah mayat dari Thailand sebelum itu membuat konklusi bahawa kemungkinan untuk Beng Hock dibunuh adalah 80% dan 20% lagi adalah kebarangkalian untuk dia membunuh diri dengan melompat daripada bangunan. Apa yang menarik, pakar tersebut mendakwa terdapatnya kesan cekikan di leher mendiang dan duburnya mempunyai kesan ditusuk dengan objek yang keras.

4) Persoalannya, logikkah untuk pegawai SPRM 'menyiksa' Beng Hock hingga ke tahap duburnya 'dimasuk / ditujah' dengan objek yang cukup keras dan lehernya dicekik? Mungkinkah yang hayat Beng Hock telah cuba 'ditamatkan' oleh individu tertentu yang 'takut dan gentar' bahawa mendiang akan membocorkan 'rahsia' tertentu?

5) Di Malaysia juga kita sedang leka mengikuti isu Dr Chua Soi Lek dan Ong Tee Keat di dalam MCA, PKR yang sedikit 'bising' dengan isu pelantikan ketua-ketua di peringkat negeri Sabah dan Sarawak yang pada mulanya telah mengutamakan warga Semenanjung, Samy Vellu si Presiden MIC yang semakin 'ditunjukkan' jalan penamat karier politiknya, kes perbicaraan liwat Anwar Ibrahim yang digesa supaya dicepatkan kerana sentiasa ditangguhkan dengan pelbagai alasan juga permintaan daripada pihak bekas Timbalan Perdana Menteri itu, Ibrahim Ali si ahli Parlimen bertaraf bebas yang tidak mahu masuk PAS tetapi tetap belum bersedia 'rujuk' semula kepada UMNO dan tidak lupa ialah kekecewaan segelintir kakitangan kerajaan yang tidak menerima bonus sekurangnya satu bulan gaji bagi tahun ini.

Malaysia memang ada macam-macam cerita yang tidak membosankan hidup rakyatnya !

Neba2020: Apa jua kisah dan cerita, jangan sampai kita lupa kepada Tuhan dan sentiasalah berwaspada dengan cabaran-cabaran kehidupan yang makin lama semakin sukar untuk difahami juga diramalkan ....

2 comments:

Anonymous said...

bagi menjawap soalan no 4 ... ingatlah bahawa saudara KUGAN telah mati dalam tahanan polis.. dan betapu celarunya laporan perubatan beliau...akhirnya angota polis dihadakan dimahkamah..


MALAYSIA BOLEHland

wira internet said...

Tidak membosankan? Kerenah-kerenah sebiginilah yang membuatkan sebilangan rakyat muak dan tidak kurang juga yang naik angin.

Tidak kira wakil rakyat dari pihak pembangkang mahupun kerajaan, semuanya suka berdolak-dalih dan perangai mengalahkan anak-anak kecil.

Lihat sajalah karenah mereka di Parlimen, kaca TV dan akhbar-akbar,
langsung tidak membayangkan mentaliti seorang dewasa yang sivil.

Banyak lagi isu yang penting untuk diperkatakan/bincangkan daripada 'character assassination' yang semakin menjadi 'trend' sejak kebelakangan ini.