Tuesday, October 20, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah (20 Oktober 2004)

Salam Buat Semua,

1) 18 Oktober, 2004 saya melapor diri sebagai pendidik di MMU. Encik (ayah) yang hantar terus dari kampung halaman.

2) Gembira tak terkata sebab memang sejak kecil lagi saya bercita-cita mahu jadi 'cikgu.'

3) Zaman sekolah, kita sentiasa perlu menulis 3 cita-cita di kad rekod pelajar.

4) Sehinggat tamat sekolah, cita-cita di tangga ke 3 sentiasa berubah-ubah. Saya sekadar mengisinya semata-mata untuk mengisi tempat kosong yang telah sedia ada. Kerja-kerja seperti peguam, guru dan akauntan pernah menjadi pilihan rambang.

5) Cita-cita di tangga ke 2 yang memang saya idamkan dan ditulis setiap tahun di kad rekod pelajar ialah untuk menjadi seorang pensyarah universiti. Saya terlalu suka kerjaya itu. Saya mahu jadi 'cikgu' di universiti!

6) Cita-cita yang sentiasa menjuarai carta 'angan-angan' saya selaku seorang 'budak sekolah' era 1990an ialah 'mengidam' mahu menjadi ahli politik. Namapun cita-cita, tidak salah menanam cita-cita, asalkan mampu menjadi sumber inspirasi juga motivasi kepada diri sendiri. Itulah pegangan diri ini sejak di alam sekolah rendah lagi.

7) Maka pada 18 Oktober, 2004 itu secara rasminya saya berjaya 'mencapai' cita-cita yang sentiasa 'setia' saya tuliskan setiap tahun di kad rekod pelajar sewaktu zaman sekolah iaitu untuk menjadi 'cikgu' di universiti.

8) 20 Oktober, 2004 pula menjadi detik yang cukup bersejarah bagi diri ini apabila pertama kali melangkah ke kelas untuk menyampaikan 'ajaran' kepada anak murid. Saya diarahkan untuk mengambil-alih kelas tersebut daripada seorang pensyarah yang telah 'senior.'

9) Malam sebelum kelas yang pertama itu, tidur saya tidak nyenyak dan asyik terjaga sahaja. Sebelum jam 1 pagi, saya 'tekun dan bersemangat' sekali 'belajar semula' sebagai persiapan untuk 'berceramah' dihadapan para pelajar. Walaupun subjek itu tidaklah rumit sangat (pandangan saya sebagai seorang pelajar dahulu) tetapi saya 'berusaha' pergi jauh sedikit dengan cuba meramalkan apakah soalan-soalan yang ada kemungkinan akan ditanya oleh pelajar dan bahagian manakah yang pasti akan menimbulkan sedikit kecelaruan untuk mereka fahami. Azam saya, tidak mahu kelihatan 'bodoh' di depan pelajar sendiri walaupun itu adalah 'kelas pertama' yang akan dikendalikan.

10) Tempoh satu jam sebelum kelas bermula (10 pagi) sungguh membuatkan jiwa saya 'berkocak dan bergemuruh' dengan hebatnya. Walaupun tidak minum banyak air tetapi saya kira hampir 5 kali saya berulang-alik 'melawat' tandas!

Tepat jam 10 pagi, 20 Oktober, 2004 saya melangkah masuk ke dalam kelas tersebut dengan 1001 perasaan yang pelbagai. Nama rasmi subjek tersebut ialah 'Principles of Economics II' yang berkaitan dengan ekonomi makro, topik ke 4 iaitu 'Inflation and Unemployment' bagi pelajar peringkat Pra (Asasi), Multimedia University (MMU).

Neba2020: Selebihnya adalah sejarah yang sehingga ke saat ini telah berusia 5 tahun ....

2 comments:

Anonymous said...

Takpernah pon inginkan cita2 menjadi cikgu menjadi kenyataan..tapi .arus nasib membawa ke arah ini...but bersyukur coz dibawa kesini..berkenalan dgn die dan memenuhkan memori bersama die di sini..:)

Helmy Ahmad said...

Separuh dekad telah berlalu. Fendi dengan rasminya menjadi seorang pendidik. Bukan pendidik biasa yang kita fahami seperti guru atau pun cikgu, tapi di institusi tinggi yang bertaraf Universiti. Yang mengendalikan manusia yang mencecah peringkat peghujung usia remaja. Yang telah tamat peringkat sekolah menengah dan berada di perantaraan dunia remaja dan dewasa yang hasilnya akan menjadi seorang warganegara yang akan menjadi aset bernilai tinggi dan mahal kepada negara, bangsa dan agama hendaknya... Dengan sukacitanya saya merasa bangga dan dan teruja seperti ingin rasanya dilaungkan kepada dunia bahawa saya mempunyai kawan yang pada peringkat umur yang muda telah, sedang dan akan mempunyai title Ph. D... Tepukan gemuruh!!! Tepukan gemuruh!!!...